Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuih-muih Kelantan di Pasar Besar Siti Khadijah

Kuih-muih Kelantan di Pasar Besar Siti Khadijah | Kalau ke Pasar Besar Siti Khadijah, biasanya orang akan cari apa ya? Kalau sebelum ni, kitorang masuk explore sendiri, beli keropok lekor kering je lah dengan serunding. Asam jawa pun ya jugak.



Tapi baru-baru ni, bila ke Kelantan lagi, dengan tourist guide terbaik Malaysia, Abe Rusdi (Abe Di), dia lead kitorang redah pasar tu. Maka, masa kitorang lebih berkualiti kat dalam tu, tak lost tertanya-tanya nak ke mana, atau terbeli benda yang tak perlu.


First of all, dia bawak explore bahagian ground floor. Sebelum ni tak pernah la teringin nak beli makanan ke apa kat bawah tu. Tapi dengan Abe Di, haaa tu diaaa, merasa jugak makan kuih-muih tradisional Kelantan.

Kali ni nampak la betapa pemurahnya peniaga-peniaga kat Kelantan ni. Semua benda diorang nak bagi kita rasa. Stop depan mana-mana gerai, mesti disua makanan atau disuruh merasa. Dapat pulak makanan yang sedap-sedap. Memang terbeli la seringgit dua 😂


Kuih Beko ni paling saya suka. Sedap sangat rasa dia. Sebelum ni dah pernah makan kat Terengganu, tapi lain sikit paras rupanya. Yang kat Terengganu tebal sikit dan agak kering. Warnanya pun berbeza, yang Terengganu warnanya lebih coklat, yang Kelantan ni nampak suci sikit. Haha. Tapi serius sedap! Kitorang beli RM2 je kongsi empat orang, adeiii menyesal tak beli banyak!

Baca juga: Kuih-muih Tradisional Terengganu


Kuih Akok, harus lah semua kenal kan. Macam biasa, rasa telur. Dan rupanya harus lah semakin tak berapa helok, semakin sedap khennn. Niat kitorang nak cari Akok Salor, tapi masa kitorang sampai situ pada hari kedua, gerainya tutup. 1 Januari 2020 kan, maybe sibuk hantar anak ke sekolah.


Ketupat Serunding, ketupat palas yang berinti serunding. Ada jugak yang berinti kacang dan yang kosong. Yang ni pun peniaga berebut-rebut nak bagi rasa. Tapi saya tak rasa pulak hari tu. Shieda je yang rasa dan beli. Entah, tak teringin pulak nak makan. Kalau musim raya, kemain mencari.


Etok Salai, sejenis kerang yang menjadi kudap-kudapan rakyat Kelantan. Sebelum ni pernah baca kat blog Abam Kie, terus teruja bila nampak sendiri depan mata. Tapi sayangnya tak sempat nak rasa, Sis Lin ada beli tapi tak sempat nak makannye sebab jadual yang padat. Esoknye Etok dah busuk dah.


Ubi Keling, kalau orang Jawa Johor sebut Kentang Jembut. Kulitnya hitam legam, isi kat dalam putih melepak. Rasanya macam ubi biasalah, sedap jugak buat kudap-kudapan minum petang atau sarapan pagi. First time gak la tengok ubi ni sebenarnya.






Selain daripada tu ada jugak diorang jual Keropok Lekor, Kacang Pool, Buah-buahan dan barang-barang lain. Macam-macam adooo. Sangat variety yauuu! Lauk-pauk da siap pun ada. Tinggal uols pilih aje mana yang berkenan di hati, eh, mana yang diperlukan. Hihi.



Ok lah, kalau uols nak cari kuih-muih tradisional Kelantan, sila lah pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah. Buka setiap hari pukul 6 pagi hingga 7 petang, kecuali Jumaat diorang tutup sekejap waktu solat Jumaat pukul 12.45 tengahari - 2.30 petang.

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) & Tahun Melawat Kelantan 2020 di Hentian Bas & Kereta Sewa Rantau Panjang 
yang telah berlangsung pada 31 Disember 2019 - 2 Januari 2020 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

25 Comments

  1. banyak sangat pilihan kuih yg ada kat kelate ni. boleh rambang mata dibuatnya ^_^

    ReplyDelete
  2. amboih dia... saja je menayang kan, etok salai tu sedap tapi kalau yg baru pertama kali nak makan susah sikit lah nk buka dia tu.... ada cara nk bukak kulitnya dah makan isi nya...

    kentang jembut, lucah betul bunyi nya kan kalau org jawa johor panggil hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...tak sempat nak cuba bukak etok ri tu..ahahaha

      haa? lucah??? hahahahha apooo

      Delete
  3. wahhh.. banyaknya pilihan sun.. macam2 ada.. banyak jugak kuih dan makanan yg akak x pernah tahu.. haha.. teringin sangat nak pergi pasar siti khadijah ni.. 1 hari mesti sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah moga murah rezeki akak dan family ke sini satu hari nanti...ameen

      Delete
  4. Kuih beko is my fav selepas akok. Hahaha

    ReplyDelete
  5. okay .. next week nak p sana boleh cuba kuih2 original prg kelantan buat

    ReplyDelete
  6. sunah knapa ambik gambar kat blakang pasar? lain kali klu g lagi ambik kat depan parkson bru cantik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...ada jugak pergi depan parkson tu, tapi nape ek tengah renovate ke ape katanya....so tak amek pun gambar kat situ..

      ni sebab jalan kaki dari ofis tourism tu ke sini...nampak nama dari jauh, terus snap aje..hahaha

      Delete
  7. Aduhlah bestnya dpt pergi sini and yes lagi best kalau dpt makan kopok lekor tu hahaha.

    ReplyDelete
  8. Bak kata kawan PC..inilah syurga kuih muih Kelantan.

    ReplyDelete
  9. Tiba terbayang-bayang apam gebu tu...nape laaa tak beli ek....

    ReplyDelete
  10. Tak pernah sampai lagi ke pasar besar siti khadijah ni.

    Dah lama niat nak kesana tau SS.

    Syurga makanan.

    Tu semua Ruby suka sangat aihh. Beko, akok, ubi keling, ketupat palas. Nyum nyummm.

    Etok tu pernah makan sekali ritu kakak bagi. Tapi tak pandai nk makan. Sebab saiz dia kecik sgt yang dpt tu

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Bestla ada orang guide. Haha. Kite main redah je. Xsempat pon terjah bahagian kuih sbb xtahu. Next time kena btol2 explore semua.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com