Ticker

6/recent/ticker-posts

Kimchillax Market EduCity Tarik Pengunjung Korea

Kimchillax Market EduCity Tarik Pengunjung Korea | 21 Januari 2020 yang lepas, EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EduCity) sekali lagi mengadakan aktiviti Chillax Market di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor. Kali ni, tema diorang adalah "Kimchillax", gabungan perkataan "kimchi" dan "chillax", nampak tak apa yang EduCity cuba nak sampaikan kat situ?


Kimchillax membawakan konsep Korea di mana pengunjung yang datang ke Chillax Market pada Selasa lepas dapat explore budaya dan warisan negara Korea melalui pelbagai aktiviti dan produk tempatan. Macam sebelum ni, ada booth-booth jualan yang dibuka, pengunjung boleh try test cuba makanan Korea, malah boleh try pakaian tradisional Korea, "hanbok".


EduCity bekerjasama dengan Korean Society of Malaysia dan komuniti Iskandar Puteri untuk menjayakan Kimchillax Market kali ni. Turut terlibat adalah VRinity (Virtual Theme Park, Mall of Medini), Raffles University, Newcastle University Medicine Malaysia, Raffles American School, Netherlands Maritime Institute of Technology dan University of Southampton Malaysia.






Pengunjung yang datang berpeluang untuk menyertai macam-macam aktiviti yang diadakan, contohnya permainan tradisional Korea "Tohu", ambil gambar kat Hanbokk Photobooth, tengok demo masakan Korea, try buat Kimchi dan menyaksikan persembahan tarian K-Pop. Malam tu paling ramai yang datang adalah masyarakat Korea yang duduk kat sekitar Iskandar Puteri terutamanya Bandar Sunway. Seronok la diorang kan, hilang sikit rindu pada kampung halaman, tiberrr 😆


Paling menarik perhatian ramai adalah persembahan koreografi Soo Taekwando di sebelah malamnya, salah satu kumpulan seni pertahanan diri antarabangsa khas dari Korea. Memula saya ingatkan macam persembahan taekwando biasa aje kat Malaysia ni. Tapi bila diorang dah start, perghhhh!


Semua pengunjung terhibur! Anak-anak Korea yang kecik-kecik kemain excited. Suka sangat dengan performance dari Soo Taekwando ni, pesertanya dari pelbagai peringkat umur, dari yang kecik sampai la yang remaja, semua hebat-hebat buat high kick. Kalau saya lah, dah patah riuk agaknya pinggang ni nak melompat tinggi buat somersault. Haha!


Suka dengan mesej yang cuba disampaikan dari plot koreografi diorang, yang mana seni pertahanan diri ni tak kiralah taekwando ke silat ke karate ke, sangat penting untuk lindungi diri kita dalam kehidupan seharian. Ye lah, orang yang berniat tak baik ada di mana-mana kan?


Selain daripada Soo Taekwando, tarian tradisional Korea juga dipersembahkan oleh penari Korea, Kim Song Hee. Lemah-gemalai aje tariannya dengan alunan muzik gemersik. Cuma kalau ada suara latar yang bercerita kat belakang, kot-kot la ada maksud atau kisah tersirat di sebalik setiap step tarian tu, mesti lagi best.


Persembahan kemuncak pulak daripada our local singer yang tengah naik sekarang ni, Sarah Suhairi. Sarah nyanyikan dua buah lagu, bukan lagu Rise and Fall, bukan lagu Bicara Rasa, tapiiii lagu Korea uolsss! Lagu first tak tahu lagu apa, tapi lagu kedua adalah lagu BLACKPINK, siap ajak backup dancer ke depan. Haha!



Acara bulanan bertema macam ni akan terus diadakan pada masa depan, dengan objektif untuk memberi impak kepada pembangunan sosial, budaya, ekonomi dan alam sekitar kepada masyarakat kawasan sekitar EduCity.

"EduCity Sports Complex is an ideal venue for various events. From neighbourhood-friendly to global scale spaces in which we have took the challenge in taking the brand image of this world class facility to be more than just brick and mortar – coming up with this open-to-all Chillax Market as the focal point for Iskandar Puteri community to come down together and enjoy the space. 
Our gratitude goes to Korean Society of Malaysia who have worked tirelessly to fly in some of the special performances from Korea together with Terrain Property, the event sponsor. We wish to engage more with the Korean community who are among the largest community of expats residing in Iskandar Puteri," - Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi, Pengarah Urusan EduCity

Tak sabar nak tunggu aktiviti bulan depan pulak! Nanti saya update tau!

Nak tengok lebih banyak gambar, boleh belek kat FB page Sunah Sakura.

Post a Comment

14 Comments

  1. best eh, sik payah ke korea, masih juak dapat makey baju kebangsaan cdak. kacak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la...best alu rasa...terus terang kamek kat staff sia, "I am happy today" haha

      Delete
  2. Cari gambar kakak sorang lagi tu
    macam takde

    ReplyDelete
  3. happening kalau dapat tengok tradisi korea dan makan makanan korea sekali sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul....sayangnye ri tu tak sempat nak merasa makanan korea sebab pergi da malam..

      Delete
  4. Belum ada rezeki nak ke Chillac ni aishhh ada je hal nya hahahaha..lepas ni apa plak agaknya kan, Jepun ka? China ka? opsss China taknak, virus!

    ReplyDelete
  5. ive read somewhere.. kalo kanak2 dr kecil involve dengan tekwando memang ada peluang join pertandingan di Korea. selalu ada pertandingan kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius la...patut la diorang bersemangat ek..satu budaya yang bagus kat sana...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com