Ticker

6/recent/ticker-posts

Khasiat Misai Kucing Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Misai Kucing Yang Ramai Tak Tahu | Masa kecik-kecik dulu, agak hairan bila tengok sejenis tumbuhan yang mak saya tanam dalam pasu bersebelahan dengan tumbuh-tumbuhan lain kat tepi tangga bawah rumah. Bentuk bunganya unik berwarna putih, sedikit stylo berbanding bunga-bunga lain sebab bunganya mempunyai beberapa level tangkai halus yang menyerupai seakan-akan misai kucing.


Dari situlah mungkin tumbuhan tu dapat namanya, Misai Kucing, atau nama saintifiknya Orthosiphon stamineus. Pokok Misai Kucing adalah sejenis tumbuhan herba yang boleh ditemui di kawasan tropika. Tapi kecik-kecik dulu, tak pernah tahu pun khasiat pokok herba ni, dan tak pernah tanya mak pun, kenapa dia tanam. Haha! Yang pasti, pokok Misai Kucing sangat cantik!

Baru-baru ni, saya berpeluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang pokok Misai Kucing ni. Bioalpha Holdings Berhad (Bioalpha) merupakan antara pengeluar terbesar pokok Misai Kucing kat negara ni, dengan jumlah ladang herba seluas 1,303 ekar di Desaru, Johor dan Pasir Raja, Terengganu, menjadikan Bioalpha sebagai pengusaha ladang herba terbesar di Malaysia.

Desaru Herbal Park

Di Desaru, ladang herba Bioalpha berkeluasan 300 ekar, dengan lebih 100 ekar dah pun penuh dengan aneka tumbuhan herba manakala lagi 200 ekar tengah dalam proses penanaman. William Hon, Pengarah Urusan Bioalpha cakap, dengan adanya ladang sendiri, diorang boleh kawal kualiti hasil tuaian dengan lebih baik, disamping dapat make sure bekalan bahan mentah berterusan untuk produk kesihatan diorang, sekaligus akan memberi pulangan yang lebih baik.


Antara tumbuhan yang diorang da tanam kat sini adalah Misai Kucing, Durian Belanda, Tongkat Ali, Serai, Tembikai dan Kelapa. Penanaman kat sini menggunakan kaedah organik, bio-fertilisers pun diorang guna baja tahi ayam je. Segala prosedur penanaman pulak mematuhi kaedah penanaman MyGAP, juga Thailand’s EarthSafe foundation.

Cara Mudah Menanam Misai Kucing

Saya berpeluang untuk melihat dan membuat sendiri penanaman pokok Misai Kucing kat sini. Menariknya, antara petak-petak batas Misai Kucing kat sini, diorang tanam pokok Kelapa Pandan yang berfungsi sebagai naungan semulajadi kepada pokok Misai Kucing. Raja, salah seorang Pembantu Peladang mengajar kitorang menanam Misai Kucing melalui keratan tangkai.



Kaedah penanaman Misai Kucing ni tak jauh beza dengan tanam pokok Daun Kesum rupanya! Kita boleh kerat tangkai pokok yang dah matang dan berbunga, asingkan bunga dan daun matang sebelum mencucuk keratan tangkai tu ke dalam petak batas yang baru. Dalam satu lubang, boleh tanam sehingga empat tangkai pokok, so diorang tak terlalu berebut air dan ruang. Jangan lupa, siram air secukupnya.



Pokok Misai Kucing mengambil masa dua minggu untuk matang dan berbunga. Bila dah matang, diorang akan tuai pokoknya guna jentera khas yang kita boleh laraskan ketinggian pemotongnya dari aras tanah. Simple dan mudah kerja peladang dengan jentera tu. Mana yang dah dituai pulak akan dikumpulkan dalam bakul sebelum dibawa ke rumah pengeringan semulajadi (natural drying house).




Kat rumah pengeringan ni, hasil tuaian akan dikeringkan dengan haba yang terkumpul dari kepungan ruang kat dalam rumah tu, yang mana suhunya lebih kurang 5°C lebih tinggi berbanding suhu di luar rumah. Memang terasa yeee bahangnya, kalau peladang kat sana boleh tahan 10 minit je kat dalam tu, kita ni tak sampai 5 minit dah berlari keluar! Tapi dengan cara tu je la, diorang boleh jimat elektrik dan proses pengeringan juga boleh dilakukan dengan lebih cepat. Misai Kucing yang dah diproses kebanyakannya dieksport ke Korea selain digunakan di Malaysia.

Khasiat Misai Kucing

Apa sebenarnya yang bagus sangat dengan Misai Kucing ni? Haa, ni nak habaq! Patut lah mak saya tanam pokok ni kat rumah, banyak betul khasiatnya. Antaranya, pokok Misai Kucing memelihara fungsi ginjal, menjaga fungsi hati dan mengelakkan gout. Macam mana tu?

Misai Kucing:
  • Menghalang pertumbuhan kristal kalsium oksalat di dalam badan manusia untuk meminimumkan risiko mineral terlepas ke dalam buah pinggang.
  • Agen diuretik dan hypouricemic yang berpotensi untuk gout dan gangguan buah pinggang yang lain.
  • Pengurusan diabetes yang tak bergantung kepada insulin kerana ia adalah anti-diabetik.

Teh Campuran Misai Kucing Apotec Malaysia

Disebabkan khasiat-khasiat tu, Bioalpha keluarkan Teh Campuran Misai Kucing di bawah jenama Apotec, yang bahannya terdiri daripada Misai Kucing dan Daun Teh Hitam. Antara kebaikan Teh Campuran Misai Kucing Apotec ni adalah melawas pembuangan air kencing, mengawal glukosa dalam darah dan hipertensi, mencegah batu ginjal, menyahkan asid urik serta mengelak gout.


Hanya perlu masukkan 1 uncang Teh Campuran Misai Kucing ke dalam air panas, biarkan sekejap dalam 1 – 2 minit sebelum diminum. Boleh amalkan secawan dua sehari. Insya’Allah uols akan rasa perbezaannya selepas beberapa hari mengamalkan minuman teh herba ni. Kalau uols nak cuba Teh Campuran Misai Kucing Apotec dari Bioalpha ni, uols boleh beli online dekat LAZADA.


Selain daripada tu, kitorang sempat tengok pokok Tongkat Ali yang dah ditanam selama 8 tahun kat ladang herba ni, juga pokok Durian Belanda yang daunnya sangat berguna dalam perubatan terutamanya yang berkaitan dengan kanser dan imunisasi tubuh. Dah penat bercucuk tanam, siap pakej minum air Kelapa Pandan lagik! Hihihi.





Akan datang, diorang nak tanam Roselle, Daun Pudina dan Keledek juga. Tak sabar nak datang lagi satu hari nanti! Let’s hope one day, kita boleh buat aktiviti AgroTourism kat Ladang Herba Desaru!


#ApotecMisaiKucing
Rujuk website: www.apotec.com.my
Produk Apotec juga boleh didapati di Constant Pharmacy berdekatan.

Post a Comment

20 Comments

  1. wak amek gmbr misai kucing nih tepi longkang jeeer.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii..best betul misai kucing tumbuh tepi longkang aje!

      Delete
  2. kat kampung mak akak ada jugak tanam pokok misai kucing nih, senang nk hidup n jaga... kadang mak akak buat teh...

    kat umah kampung pun abah akak ada tanam pokok tongkat ali tuh, besar panjang dah, siap kadang ada orang mintak anak nya... merata anak nya sebab biji benihnya banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh baru tahu tongkat ali boleh tumbuh dari biji benih ek...

      Delete
  3. yeay boleh terus beli ja lah pasni. hehe

    ReplyDelete
  4. Kat rumah wak pun banyak misai kucing
    sebab ada ternak 10 ekor kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahhaha rumah saya pun banyak gak la macam tu...hahhaha

      Delete
  5. Kesian juga kucing tu...ada ke misainya di buatnya teh ek hahahahah..
    Tapi yaa laa, memang misai kucing bagus...cuma bila jadi teh, kelat mata nak telannya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ok sis...sedapppp yang apotec ni...takde kelat sangat...

      Delete
  6. Replies
    1. haah uncle..skang da buat secara besar-besaran sebab orang korea suka import..

      Delete
  7. Kucing pun suka kot pokok depa tu hehehee...

    ReplyDelete
  8. mujur ada background knowledge sket tau da misai kucing ni tumbuhan..
    penah sembang dgn kawan dia ingt misai kucing betul betul misai tu...

    parah cemni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah betul jugak tu ek! tapi memang ada je kan yang tak tahu kewujudan tumbuhan herba ni...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com