Kelantan Tempat Bermulanya Perang Dunia Kedua | Kalau dengar perkataan Perang Dunia Kedua, secara tak langsung, mesti kat kepala kita terus terlintas Pearl Harbor, kan? Hakikatnya, fakta sebenar adalah, Perang Dunia Kedua telah pun bermula di Pasifik pada tengah malam antara 7-8 Disember 1941, di mana Kota Bharu, Kelantan merupakan saksi tragedi besar yang meragut lebih 50 juta nyawa tersebut. Sehingga ke hari ini, masih ada kesan-kesan peperangan yang ditinggalkan, dan dikekalkan sebagai memperingati mereka yang meninggal dunia.
Menara Jam Kedamaian
Menara Jam Kedamaian yang dibina pada Februari 1988 di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kelantan ni merupakan sumbangan oleh veteran tentera Jepun sebagai memperingati pendaratan pertama tentera Jepun di Padang Pantai Pak Amat, Sabak, Kelantan pada 8 Disember 1941.
"May the clock strike the time for everlasting peace and liberty" |
Dari segi sejarah, Pearl Harbor di Hawaii diserang pada 7 Disember 1941 waktu tempatan (Hawaii), manakala pendaratan Jepun di Kelantan berlaku pada 8 Disember 1941 waktu (Tanah Melayu). Terdapat perbezaan waktu antara waktu Malaya dengan waktu Hawaii ketika itu. Pada masa ini, Malaysia mendahului Hawaii selama 18 jam.
Menurut suatu laporan akhbar Japan Times, pertempuran di Kota Bharu terjadi sebelum Perang Pasifik meletus. Pertempuran Kota Bharu berlaku sebelum serangan Jepun terhadap Pearl Harbor dan sebelum bermulanya Perang Pasifik. (Malaysiakini). Perang Dunia II di Pasifik telah bermula semasa pesawat Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan bagi menyerang Pearl Harbor. (Wikipedia)
Kubu British
Kubu British yang terletak di sebelah jalan besar Pengkalan Chepa merupakan satu antara lebih 20 buah kubu British yang dibina pada tahun 1940 sekitar Kota Bharu. Tentera British membina kubu ni sebagai langkah menghadapi serangan tentera Jepun yang sudah dijangka akan memilih tanah Melayu sebagai sasaran perang.
Selain di kawasan berdekatan landasan lapangan terbang, British turut membina banyak kubu di persisiran pantai. Sampai ke hari ni, uols boleh nampak kesan tinggalan kubu British sepanjang Kota Bharu ke Bachok. Namun, sayang sekali, kubu-kubu ni hampir hilang ditenggelami laut saban tahun. Monsun timur laut yang mengakibatkan ombak besar perlahan-lahan menghakis tinggalan sejarah Perang Dunia Kedua di kawasan pantai Kelantan. (Informasi Tempur)
Muzium Perang Bank Kerapu
Muzium yang Juga dikenali Memorial Perang Dunia Kedua ini ditubuhkan pada tahun 1991, terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka. Asalnya, bangunan ni merupakan bank pertama di Kelantan - "The Mercantile Bank of India Limited" yang beroperasi pada tahun 1912, juga dikenali sebagai Bank Kerapu kerana keadaaan dinding bank tersebut ditampal dengan simen berkerutu dan tidak licin.
Semasa Perang Dunia Kedua, pasukan polis rahsia Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat Kempai Tai, pejabat rahsia Polis Jepun. Bangunan ini juga dijadikan penjara, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka. Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini digunakan semula sebagai bank. (Wikipedia)
Pada tahun 1981, Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991, ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah Peperangan Dunia Kedua (1941-45). (Perbadanan Muzium Negeri Kelantan)
Bayaran masuk:
RM2 Dewasa, RM1 Kanak-kanak (MyKad)
RM4 Dewasa, RM2 Kanak-kanak (non MyKad)
Buka:
Setiap hari KECUALI Jumaat TUTUP
8.30 pagi - 4.45 petang
Syahdu bila baca semula sejarah Perang Dunia Kedua ni. Tak tipu kalau saya cakap, air mata berlinangan dan cuba dihalang dari mengalir deras. Sungguh, kesan Perang Dunia Kedua tu terasa menyiat-nyiat hati dan perasaan, apatah lagi bagi mereka yang hidup pada tahun 1941 sehingga sekarang. Tentu saja peristiwa yang terjadi masih segar dalam ingatan sampai bila-bila.
Sejarah adalah sejarah, tanpanya kita tak akan ada hari ini.
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
anjuran Tourism Malaysia
Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) & Tahun Melawat Kelantan 2020 di Hentian Bas & Kereta Sewa Rantau Panjang
yang telah berlangsung pada 31 Disember 2019 - 2 Januari 2020 anjuran Tourism Malaysia
5 Comments
semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantisa., aminn
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMenarik info ni...teringat dialog filem sarjan hassan, jepun sudah mendarat di kota bharu....
ReplyDeleteEna pon takut taw baca sejarah perang dunia kedua. Tengok rakyat yg menderita tu pon dah buat kite hiba. Memang dahsyatla.
ReplyDeleteRajin betul Sunah menulis bab sejarah, bagus..info yang paduuuuuu...hehehehe
ReplyDeleteEh takde ek ikan kerapu kat situ kann..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com