Menginap di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan | Hari terakhir di Kelantan, kitorang menginap di H Elite Design Hotel, Kota Bharu. Hotel yang terletak di tengah bandar Kota Bharu, tak jauh dari Wakaf Che Yeh dan lapangan terbang Sultan Ismail Petra.
Sebelum sampai hotel lagi, Abe Di dah bagi hint kat kitorang. Hotel yang kitorang bakal duduk ni, kitorang akan nampak pemandangan sawah padi! Wow! Teruja betul masing-masing, sampaikan masa kat Maison Raja Rezza, bila Abe Di tanya, nak tengok lagi tak Hakuna Matata Cigar Lounge kat maison tu, terus jawab nak balik hotel. Haha!
Haaa...tengok lobi pun dah best kan? Masa mula-mula sampai, sebenarnya kitorang ingatkan tingkat bawahnya lobi. Sebab hotel baru, kitorang memahami la tingkat bawah tu macam belum siap sepenuhnya lagi. Concierge counter pun takde orang. Then Operations Manager dia, Mr. Kenny Liong bawak kitorang naik lif ke tingkat 4.
Keluar aje lif, woww! Apakah semua ini? 😂
Cantik sangat receptionist counter dia, siap ada lukisan wau gergasi kat dinding belakang. Melangkah masuk ke lobi, sebelah kanan adalah lounge untukk tetamu menunggu atau lepak-lepak. Pada dinding lobi sebelah kanan ni nampak ada banyak bingkai lukisan tergantung. Semuanya adalah hasil karya anak Kelantan sendiri, dan setiap satu lukisan ada harganya untuk sesiapa yang berminat nak membeli.
Dari lobi ni jugak, kita da boleh nampak pemandangan sawah padi. Terpesona tengok bendang menghijau dari jauh. Bila air dalam bendang kena cahaya matahari petang, berkilau-kilau jadinya. Kitorang tunggu kat sini sekejap sebelum General Managernya, Encik Hamzah Rosli dan Assistant Sales Manager, Miss Chia Ying datang menyambut kitorang.
Lepas jumpa diorang, kitorang terus naik ke bilik masing-masing kat tingkat 8. Kat sini tido dalam bilik Deluxe King Room, takde roomate sebab semua dapat bilik lain-lain. Biliknya besar dan luas, masuk aje ke dalam terus terlintas dalam fikiran, "eh, macam Red by Sirocco lah!" Sebab susun atur ruang katil dan bilik air + wardrobe dipisahkan dengan jelas. Bezanya, yang ni sinki dia kat luar, disekalikan dengan cermin besar. Eh tapi kenapa ek lupa nak amek gambar ruang bilik air tu? 😂
Dalam bilik ada TV, water heater, meja yang melekat ke dinding, sofa untuk membaca sambil menikmati pemandangan luar tingkap. Aha, dari bilik ni pun boleh nampak sawah padi juga, tapi belah belakang. Ada construction Mydin Mall baru juga boleh nampak dari bilik sebelah ni. Iron takde dalam bilik, kene call receptionist untuk diorang hantar iron ke bilik.
Lepas rehat, bersihkan diri dan tunaikan kewajipan, malam tu kitorang keluar explore bandar Kota Bharu. Makan malam dekat Food Truck depan Habib Jewels Hotel dengan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Encik Hafiz Hazin. Yang bestnya, malam tu Abe Di belanja kitorang makan, yeehaaa! Ape yang kitorang cuba? Nahhhh tengok!
Satay ayam Kelantan memang lain gilerrr dengan Johor punya! Rasanya lebih macam ayam bakar, kalau satay Johor, satay nya manis, yang ni satay nya tak rasa manis pun, manis dia pada kuah kacangnya. Corndog tu first time makan tau! Haha, teruja makan cheese tarik, tapi kecewa gak sosej nya separuh aje dari corndog tu. Hahaha. Dari situ, kitorang ke Wakaf Che Yeh pulak, Shieda nak beli beg sebab barang-barang dia da lebih muatan. Haha. Round situ sekejap, then balik ke hotel untuk berehat.
Besoknya, pagi-pagi dah turun sarapan kat tingkat sama dengan lobi. Kalau semalamnya, sebelah kanan lobi tu lounge, sebelah kiri pulak restorannya. Cantik sangat dekorasi dalam restoran, pilihan makanan pun pelbagai, yang penting ada Nasi Dagang ye pagi-pagi, harus lah saya makan Nasi Dagang khennnn! Laksam pun ada, sedap jugak!
Lepas breakfast, kitorang buat room inspection sekejap. Meninjau bilik-bilik yang ada kat H Elite Design Hotel ni. Ada 281 bilik kat sini tak termasuk Executive Suite yang belum siap lagi. Uols boleh tengok bilik-bilik lain kat bawah ni, kot-kot nak duduk sini bila datang Kota Bharu nanti.
Deluxe Family Triple - 1 katil bujang dan 1 katil double, kredit gambar: Sis Lin |
Deluxe Family Quad - ada dua bilik dengan katil queen setiap bilik |
Deluxe Suite Triple - ada 1 double bed dengan 1 single bed, bersama ruang tamu dan pantri |
Premier Suite King - 1 katil king dengan ruang tamu dan pantri |
Bahagian rooftop pulak ada 360 Sky Pool & Cafe, terbahagi kepada Kids and Family Pool dan Adult Pool. Swimming pool dia besar dan pemandangan memang wowww, sawah padi kan? Haha! Kolam renang ni dibuka dari pukul 8 pagi - 8 malam, uols boleh la bermandi-manda puas-puas kat sini. Budak-budak pun seronok lerr sebab ada gelongsor terus masuk dalam kolam kot, kakak budak pun suka kalo camni. Haha!
Kids and Family pool |
Adult Pool |
Selain kolam renang, H Elite Design Hotel jugak ada gym dia sendiri, dengan kelengkapan yang lengkap. Lepas dah melantak breakfast, boleh la bakar lemak kat sini, ye dak? Jangan tak tau, kak Ajan terus pergi gym bila dah sampai bilik, lari atas treadmill, dahsyat betul dia. Haha!
Satu lagi ruangan yang saya suka kat H Elite Design Hotel ni adalah Bisik-bisik Lounge dia. Kalau uols menginap kat sini, harus ambil masa waktu siang untuk lepak duduk sini sambil menikmati pemandangan sawah padi terbentang luas yaaauuu! Boleh buat aktiviti membaca atau mengadap laptop sambil berbisik-bisik dengan kawan-kawan. Hahaha.
Overall, saya suka sangat H Elite Design Hotel ni, penginapan yang selesa dan terbaik dengan segala kelengkapan yang ada. Harussss datang menginap kat sini kalau ke Kota Bharu lagi pada masa akan datang, insya'Allah.
Terima kasih kepada Encik Hamzah dan team atas hospitaliti sepanjang kami menginap kat sana. Semoga semakin cepat progress untuk siapkan H Elite Design Hotel seratus peratus. Tak puas rasanya duduak semalam je, sebab tak sempat nak explore semua. Hihi.
Room rate of H Elite Design Hotel |
🧧 CHINESE NEW YEAR PROMOTION 🧧
Festive Holidays Promotion!
Spend your time with family and friends at H Elite Design Hotel Kota Bharu Kelantan!
Chinese New Year holidays Promotion rates only at
RM 128 WITH BREAKFAST
or RM108 WITHOUT BREAKFAST!
21st JANUARY - 29th FEBRUARY 2020
Happiness It's All In The Details
H Elite Design Hotel
AG-G-09, Al-Waqaf@Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
Contact No:
+6012 616 2268 / +609 740 5757
Facebook:
Instagram:
Lebih banyak gambar di Facebook page Sunah Sakura
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
anjuran Tourism Malaysia
Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) & Tahun Melawat Kelantan 2020 di Hentian Bas & Kereta Sewa Rantau Panjang
yang telah berlangsung pada 31 Disember 2019 - 2 Januari 2020 anjuran Tourism Malaysia
14 Comments
Last year pernah g kota bahru..xterfikir pula nak menginap kat hotel nie..mcm menarik..lagi2 ada pool anak2 suzie mesti suka..boleh la try menginap kat hotel nie utk coming soon trip ke kota bahru..😊🤗
ReplyDeleteya kak...nanti pergi duduk sini tauu, best sangat hotel ni!
Deletesubhanallah cantiknya pemandangan tu. paling best dekat dengan wakaf che yeh ^_^
ReplyDeletehaah..boleh meronda-ronda di malam hari
Deletecantiknya kalau ke kb boleh menginap sini
ReplyDeleteya sis..bole masukkan dalam list
DeleteWowww hotel dia... Betul2 cantik...
ReplyDeletekan kan kan....kita suka!
Deletebest.. nampak selesa hotel tok..
ReplyDeletenang selesa...ihihi
Deleteok boleh masuk list
ReplyDeleteyaaa harussss
Deletecantiknya gambar2.. lama x pi Kota Bharu hehe..
ReplyDeleteok fevret view yang pool tu..
kannn..cantik view sambil mandi kolam!
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com