Ticker

6/recent/ticker-posts

Coronavirus: Malaysia Sekat Sementara Kemasukan Pelawat Wuhan, Hubei

Coronavirus: Malaysia Sekat Sementara Kemasukan Pelawat Wuhan, Hubei | Kerajaan menggantung sementara kemasukan rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta bandar sekitarnya, susulan penyebaran coronavirus baharu yang merebak ke banyak negara, termasuk Malaysia.


Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan petang ini memaklumkan, penggantungan itu membabitkan semua kemudahan Imigresen kepada warga China dari bandar terbabit, meliputi kemudahan tanpa visa, visa semasa ketibaan (VOA), e-visa dan visa manual.

Kenyataan itu menyebut, kemudahan imigresen berkenaan akan diberikan semula selepas keadaan kembali normal.

"Berikutan dengan maklumat terkini, kerajaan mengambil keputusan menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), visa semasa ketibaan, e-visa dan visa manual kepada rakyat China dari Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya.

"Keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel coronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, khususnya di wilayah Hubei dan ia adalah berkuatkuasa serta merta," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan ini bersama pihak kerajaan China.

"Kerajaan sudah mengikut prosedur ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar-pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan ini dari merebak dengan meluas.

"Pemantauan sudah dibuat dari semasa ke semasa. Pelbagai pihak sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah sebarang penularan," katanya.

Katanya, kerajaan juga mengingatkan semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkaitan coronavirus yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

Sumber: Berita Harian

P/S: Risau dengan plan encik suami nak keluar travel solo Sabtu ni.

Post a Comment

12 Comments

  1. sepatutnya dari awal lagi dah ambil tindakan sekat pelancong dari china | ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal...tapi mungkin ada beberapa prosedur yang diambil kira sebelum sekatan dibuat sepenuhnya

      Delete
  2. sepatutnya masa baru tahu pasal tersebarnya virus nih malaysia dah patut sekat dah semua yang dari china, ni sampaikan dah ada 3 orang yang membawa virus... kira bahaya tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cakap lelebih pun tak boleh gak, sebab kita tak tahu kan ape yang berlaku kat atas tu...alhamdulillah akhirnya da sekat juga...

      Delete
  3. Semoga kita semua terlindung dari virus ni

    ReplyDelete
  4. Semoga Kita semua terlindung dari virus ni.

    ReplyDelete
  5. langkah yang patut diambil dari awal

    ReplyDelete
  6. Sehingga kini membimbangkan..harap cepatlah berkahir semuanya...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com