Coronavirus: 10 Tip Bercuti Keluar Negara | Cuti Tahun Baru Cina dah habis, tapi ada juga yang extend cuti untuk pergi melancong. Uols bakal melancong keluar negara terutamanya ke China dan sekitarnya? Tapi bukan ke sekarang tengah kecoh pasal virus Wuhan, kalau memang dah tak dapat nak dielakkan atau dibatalkan percutian, ape persediaan uols?
Nah, kita kongsikan 10 tips bercuti keluar negara pada musim wabak dari Hello Doktor ni.
Percutian vs virus Wuhan yang makin merebak
Sebut saja bercuti, pastinya ia satu perkara yang menyeronokkan, apatah lagi jika ia merupakan percutian bersama keluarga. Sudah tentu ia memberikan pengalaman yang membahagiakan.
Baca juga: Travel Solo atau Berkumpulan?
Tapi memandangkan sekarang sedang hangat kes virus Wuhan, apakah persediaan yang boleh anda ambil untuk mengelak keluarga terutamanya anak-anak daripada dijangkiti virus ini?
Sebelum berbincang lebih lanjut tentang tip yang patut diamalkan sepanjang percutian anda, apa kata anda ambil tahu tentang virus Wuhan ini dulu.
Wabak virus Wuhan atau dipanggil virus corona, mula dikenal pasti dan dilaporkan pada 12 Januari 2020 kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Ia dikatakan satu virus corona baharu kerana strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu. Virus ini turut dikenali sebagai virus China kerana ia berasal dari China. Virus corona merupakan satu jangkitan melibatkan jangkitan paru-paru (pneumonia).
Simptom virus corona baharu
Seperti yang telah diterangkan, virus corona adalah sejenis virus yang akan menyerang sistem respiratori haiwan mamalia, termasuklah manusia.
Bagaimana untuk tahu jika ia mungkin dijangkiti oleh anda? Perhatikan simptom-simptom coronavirus berikut:
- Demam
- Selesema
- Hidung tersumbat
- Bersin
- Batuk
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Kepenatan
- Asma bertambah buruk
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, ia mungkin tanda anda dijangkiti penyakit demam yang biasa sahaja. Namun, ia juga mungkin tanda anda diserang wabak virus corona yang baharu ini. Jadi, sila berjaga-jaga, terutamanya jika anda baru sahaja pulang dari melancong ke negara yang terlibat dengan virus corona ini.
Tips bercuti pada musim wabak
Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Ini 10 tips yang wajib diamalkan oleh anda sepanjang cuti ini bagi mencegah penularan virus corona:
1. Vaksin
Sebelum bercuti, pastikan anda mendapatkan nasihat dan rundingan doktor mengenai tahap kesihatan sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu sebelum tarikh percutian.
Anda mungkin perlu beberapa jenis suntikan vaksin, dan sesetengah vaksin memerlukan sedikit masa sebelum antibodi terbentuk. Oleh sebab itu, anda disarankan mengambil vaksin beberapa minggu sebelum mula bercuti.
2. Membasuh tangan
Sentuhan merupakan antara salah satu punca kepada penyakit berjangkit. Jadi untuk mengelaknya, anda haruslah memastikan anak-anak mencuci tangan dengan kerap.
Pastikan anak mencuci tangan menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 30 saat sebelum membilas. Lakukan proses ini setiap kali sebelum atau selepas makan, selepas keluar bilik air dan apabila perlu.
3. Gel pembersih tangan
Sekiranya anda khuatir ketika bercuti, anda susah mencari sumber air, pastikan anda membawa gel pembersih tangan (hand sanitizer) sebagai pengganti air.
Gunakan ia apabila diperlukan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minit setiap kali digunakan.
Umumnya, kebanyakan gel pembersihan tangan diperbuat daripada sebatian alkohol. Ada yang mengandungi sebatian antibiotik, yang lebih cenderung untuk membunuh bakteria. Tapi ia tak berfungsi untuk melawan virus seperti selesema.
Memandangkan virus Wuhan ini boleh berjangkit melalui penyebaran cecair, seperti ketika bersin dan selesema, maka adalah penting untuk anda memastikan anak dan keluarga menggosok tangan dengan gel pembersih tangan sekurang-kurangnya untuk tempoh empat minit.
Ini kerana terdapat kajian mengatakan, gel pembersih tangan hanya akan berfungsi dengan baik jika ia digosokkan pada tangan selama empat minit.
4. Hindari sentuhan langsung
Jika anda tidak mencuci atau membersihkan tangan, elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut. Ini antara cara yang boleh menghindari sebarang jangkitan daripada memasuki badan.
5. Mengelap segalanya
Salah satu cara untuk menghindari sebarang jangkitan virus seperti virus corona ini, anda digalakkan untuk mengelap segala barang yang akan anda sentuh dengan tisu pembersih (sanitary wipes) terutamanya tempat duduk anak-anak anda seperti kerusi bayi di tempat makan.
6. Topeng muka
Pemakaian topeng muka merupakan antara cara terbaik untuk mengelak jangkitan virus corona. Ini sangat penting jika percutian anda memerlukan anda menaiki sebarang pengangkutan awam seperti kapal terbang.
Pastikan setiap ahli keluarga anda terutama si kecil dipakaikan topeng muka, lebih-lebih lagi jika terpaksa duduk bersebelahan dengan individu yang batuk dan bersin.
7. Pemakanan
Sememangnya rugi jika pergi bercuti, tetapi tidak mencuba makanan tempatan di sana. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan menghindari membeli sebarang makanan atau minuman yang terdedah untuk tempoh yang lama, sayuran mentah dan sebarang makanan yang tidak dimasak, salad atau pun buah-buahan yang tidak dibasuh.
8. Banyakkan minum air
Dapat meneguk air sejuk pastinya amat melegakan selepas penat berjalan-jalan, bukan? Tetapi ketika bercuti di luar negara, terutamanya ke China semasa penularan wabak corona ini, sebaiknya pilihlah untuk meminum air sudah dimasak atau air mineral yang dibotolkan.
Anda boleh mengambil ais jika anda mengetahui ia dibuat menggunakan sumber air yang dimasak atau air dibotolkan.
9. Hindari tempat sesak
Tempat tumpuan khalayak bermakna risiko untuk mendapat sebarang jangkitan virus adalah lebih tinggi. Jadi sebaiknya hindari tempat yang terlalu sesak, jika boleh, lebih-lebih lagi apabila terdapat anak kecil bersama anda.
Ini kerana sistem imun mereka lebih rendah dan lebih terdedah kepada sebarang jangkitan.
10. Gunakan tisu
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda batuk atau bersih, sebaiknya gunakan tisu kerana ia boleh dibuang selepas digunakan. Ini kerana jika anda menggunakan sapu tangan, terdapat risiko pembiakan kuman dan bakteria.
Akhir kata
Tidak salah untuk bercuti, tapi pastikan anda mengambil langkah-langkah persediaan yang sewajarnya untuk keluarga dan anak-anak.
Namun, jika keadaan kesihatan anda atau keluarga tidak mengizinkan, sebaiknya tundakan percutian. Faktor kesihatan adalah lebih penting berbanding percutian.
Oleh Asyikin Md Isa
Dapatkan lebih info kesihatan di Hello Doktor.
12 Comments
Mmg nk travel ke luar negara dh plan awal2...tpi bila tetibe trsebar virus mcm skrg ni aduh rasa serba salah, rosak pula plan
ReplyDeletehuhuhu...takpe, kesihatan lebih utama...
Delete11. Jangan pegi Wuhan r Hobei
ReplyDeletehahahah ya wak! saya setuju 200%
Deleteinfo yg bermanfaat ..seram dengar pasal wabak ni
ReplyDeletetu la...tapi baru2 ni ada seorang jururawat kat Wuhan tu boleh sembuh dari coronavirus ni kan...antibodi kena kuat
Deletebagi akak buat masa ni tak perlu melancong ke china atau negara yang ada masalah jangkitan corona virus yang banyak.
ReplyDeletesebab virus ni takde vaksin, masih misteri kene extra berhati-hati
tu la tu...ramai gak cakap camtu...
DeleteTakpela Sunn, dah baca kan kat komen Ady tu...so kita doakan aje la semuanya baik-baik aja..kang tak bagi pergi kata jeles hahahahahahaha,..
ReplyDeleteerkk..terus nak pi baca kat komen Ady..hahahah
Deleteat the moment kita duduk dlula dalam negara (padahal mmg xde trip hehe) tapi insyallah ambil langkah berjaga2 ni dan doa sentiasa insyallah xda pape..
ReplyDeleteinsya'Allah...mudah2an macam tu la kan
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com