Yummi Western Foods You Can Find in Kuala Lumpur | Sebagai peminat makanan Barat, kebanyakan waktu makan di luar terutama bila mencuba menu di restoran baru, saya akan cari western food. Tapi kalau tanya kat sekalian orang, mesti semua sedia tahu, harga makanan barat ni bukan murah kan? Nak cari yang betul-betul sedap, lagi satu hal. Kalau dah sedap, dapat pulak yang harganya sangat berpatutan, masya Allah, alhamdulillah, rezeki!
Antara menu western food kegemaran saya adalah Chicken Chop. Sedangkan kat JB pun bila teringin, saya hanya akan makan dekat restoran yang saya dah tahu sedap, kalau kat luar JB, sanggup tanya kawan-kawan dan encik google, mana nak cari Chicken Chop sedap? Contohnya kalau saya ke Kuala Lumpur berjumpa encik suami dan adik kat sana, adeiii berpinar bijik mata nak google western food. Kadang-kadang tu bila da jumpa restoran yang ada menu Chicken Chop, adik ipar tanya balik, sedap ke situ?
Merundum terus peratus konfiden. Kahhh!
Jadi, lebih baik saya study siap-siap sekarang kan, kot-kot nanti nak gi KL lagi, boleh la saya terus rujuk entri blog sendiri aje. 😜
Ada banyak sebenarnya western food restaurants kat KL, tinggal pilih aje ikut selera tekak masing-masing. Saya senaraikan kat bawah ni ek dalam 5 destinasi pilihan untuk makan makanan Barat yang halal, terbaik dan berpatutan kat KL.
Top Steak House
Sumber: IG @cintaayu |
Kat sini ada lebih 50 menu makanan Barat yang sedap-sedap belaka. Chicken Chop dia antara yang paling pelanggan suka order kalau datang ke sini. Makan cicah dengan sos lada hitam, confirm terangkat! Terangkat sudu dan garpu ke dalam mulut. Haha!
Eye's Steak
Sumber: IG @mohd_fakhrul |
Eh, kat KL pun hado Eye's Steak? Dulu pernah makan kat cawangan Kilang Bateri, JB. Memang sedap-sedap wei menu Barat kat sini. Yang penting, plating level hotel dengan harga berpatutan! Kalau kat JB pun dah sedap, apatah lagi kat KL kan? Menu nya memang pelbagai dan daging yang digunakan juga berkualiti. Bayangkan lah, steak uols yang juicy dagingnya dicicah dengan sos BBQ, aaaa menjejes ailio kita wakkk! 😋
Murni Discovery
Sumber: IG @shazreensahri |
Walawehh, hipsterrr gila dia punya Chicken Chop! Wajib masuk dalam list ni! Nanti gi KL harus berusaha sedaya mungkin untuk mencubanya! Hahaha! Lagi syok, kat sini uols boleh order Chicken Cho uols sesuka perut uols nak makan macam mana, sama ada nak gandingkan dengan nasi goreng ke, atau letak atas mee goreng ke atau makan begitu saja? Pun bolehhhh.
Big Brother
Sumber: IG @didi_andromeda |
Aaahh, big portion! Sebab tu nama dia Big Brother! Haha. Portion besar, harga murah, sounds good right? Ya, kat sini boleh makan menu-menu Barat pada harga yang sangat berpatutan. Suasana restoran pun santai dan menenangkan, sesuai nak lepak dengan kawan-kawan. Nak cari lokasi restoran pun senang katanya.
Uncle Z Western Food@ Restoran Nasi Kandar Utara
Sumber: Food Panda Malaysia |
Ni antara destinasi yang sangat dekat oi dengan rumah encik suami duduk sekarang ni. Kat Bangsar aje. Menunya pulak sangat pelbagai, dan paling penting, murah-murah jerrr~ Agak-agak encik suami kita pernah makan kat sini tak ek? Atau pernah order online food delivery dari Uncle Z ni tak agak-agak? Heyy, nanti kita siasat! Kalau tak pernah, akan ku heret beliau. Hahaha!
Aaaa, sedap-sedap semuanya. Bila ada list macam ni senang nak rujuk kalau teringin nanti. Tapi, hurmmm, siapa yang pernah pergi KL apatah lagi duduk kat KL, confirm lah tahu macam mana jammednya KL tu kan. Lagi-lagi kalo waktu peak hour, waktu lunch, waktu orang balik kerja petang-petang. Encik suami pulak bukan jenis yang tabah nak redah jammed. Bising aje mulut dia sambil drive. Mana nak cari parking lagi time-time gitu.
Sebab tu kalau biasa tengok IG story beliau, dia lagi suka order online western food delivery, terutama pakai Food Panda Malaysia aje. Klik klik sajokkk di hujung jari zaman now kan? Pilih menu kegemaran sama ada kat apps atau website, bayar "kacing-kacing", tunggu aje makanan sampai depan pintu. Tak payah nak stress-stress driving dalam jammed dah.
Ye, akan saya usulkan pada beliau nanti. Haaa tunggu aje. 😆
1 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com