Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Jelajah Persona Selangor 2019 ke Negeri Johor Darul Takzim

Program Jelajah Persona Selangor 2019 ke Negeri Johor Darul Takzim | Dalam menyemarakkan inisiatif dan usaha proaktif ke arah pelaksanaan Kempen Tahun Melawt Malaysia 2020, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor menganjurkan Program Jelajah Persona Selangor 2019 ke 3 buah negeri di utara dan selatan tanah air sebagai penutup tirai kepada inisiatif strategik berbentuk Program Promosi Pelancongan bagi tahun 2019.


Memilih tanggal 15 hingga 17 Disember 2019 yang lepas, Program Jelajah Persona Selangor ke Negeri Johor Darul Takzim ini telah disertai oleh delegasi dari negeri Selangor yang terdiri daripada wakil dari Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lebih dari 10 operator produk pelancongan negeri Selangor.


Program Jelajah yang sarat dengan intipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik dan antarabangsa khususnya sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.


Di setiap destinasi, sesi pertemuan Business-to-Business atau B2B akan dijalankan melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari negeri Selangor dengan Badan Pelancongan Negeri dan Agensi Pelancongan tempatan.

YB Datuk Abdul Rashid bin Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancogan dan Kebudayaan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, "Program Jelajah Persona Selangor 2019 menjadi landasan kepada penggiat industri pelancongan untuk menjalinkan kerjasama dengan Badan Pelancongan Negeri serta Kerajaan Negeri, secara amnya. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat pelan promosi pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke negeri Selangor Darul Ehsan."


Tarikan produk pelancongan negeri Selangor telah berjaya menyumbang kepada jumlah kedatangan pelancong serami 5.38 juta orang dari bulan Januari hingga September 2019. Angka tersebut merefleksi peningkatan sebanyak 4% berbanding tempoh sama pada tahun 2018.


Seiring dengan Kempen #DiscoverSelangor dan #TakeMeAnywhere yang giat dipromosi di laman media sosial utama seperti Facebook, Instagramd an Twitter, Program Jelajah Persona Selangor 2019 merupakan sebuah penambahan yang signifikan kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan di Malaysia yang kaya dengan seleksi produk pelancongan menarik dan kehijauan yang terpelihara walau dalam kepesatan kemajuan bandar.


Apa yang lebih menarik, penglibatan operator produk pelancongan negeri Selangor pada Program Jelajah Persona Selangor 2019 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri daripada pelancong tempatan yang bermastautin luar dari negeri Selangor-penyumbang kepada peningkatan Ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.

Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk-produk pelancongan negeri, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif.

Post a Comment

0 Comments