Ticker

6/recent/ticker-posts

Penyanyi Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia

Penyanyi Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia | Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Khabar duka pagi ni bila dapat tahu penyanyi zaman kecil saya dah pergi meninggalkan dunia tengah malam tadi. Menurut sumber Berita Harian, penyanyi Datuk Nassier Wahab, 57, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada jam 12.45 tengah malam tadi.


Pembantu peribadinya, Ariff Salim memberitahu, Allahyarham pergi dalam keadaan mengejut selepas muntah darah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

"Seperti semua sedia maklum, arwah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, Julai lalu. Selepas itu, arwah melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi.

"Doktor meminta arwah menjalani rawatan menambah darah semalam (kelmarin) kerana beliau tampak terlalu pucat. Jika diikutkan, tiada apa-apa rawatan pada hari ini (semalam). Ketika sedang berehat tadi (malam tadi), arwah meminta saya mengurut tangan dan belakang badan, tetapi tiba-tiba, dia muntah darah yang banyak.

"Saya dan isteri arwah yang berada di sisinya terus meminta bantuan doktor. Tiba-tiba sahaja semuanya berlaku. Pada jam 12.45 tengah malam, doktor mengesahkan abang Nassier sudah tiada,” katanya kepada BH Online.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi ini untuk urusan pengebumian.

Nassier yang memulakan karier sejak era 1980-an, berasal dari Pulau Pinang dan aktif menyanyi serta berlakon. Antara lagu popular Allahyarham adalah Sekali Aku Jatuh Cinta, Undangan Rindu dan Memori Cinta Luka.

Pada 1988, Nassier merakamkan lagu duet Susah Senang Kita Bersama dengan Ramlah Ram. Nassier turut menyertai musim kedua Gegar Vaganza (GV) hingga ke pentas akhir pada 2015 dan mendapat tempat keempat.

Pada 15 Julai lalu, BH Online melaporkan Nassier menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri di sebuah pusat perubatan, di sini.

Ariff dilaporkan berkata, ketumbuhan itu mula dikesan selepas Nassier menjalani prosedur mencabut gigi, beberapa tahun lalu.

Sejak itu, Nassier dilaporkan kerap sakit gusi dan bergantung kepada ubat tahan sakit. Namun, apabila kesakitan itu berulang, penyanyi itu membuat pemeriksaan rapi dan doktor mendapati ada ketumbuhan kecil pada bahagian berkenaan.

Ketika laporan itu disiarkan, keadaan kesihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu semakin baik, malah sudah boleh makan seperti biasa tanpa bergantung kepada tiub.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyifatkan pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar kepada industri muzik.

Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah dalam kenyataannya kepada BH memberitahu, kepimpinan tertinggi dan ahli SENIMAN meratapi pemergian Nassier dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Batu Belah, Klang pada kira-kira jam 8.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah Klang pada kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Nassier Wahab. Takziah buat ahli keluarganya, semoga diberi kekuatan dan tabah menghadapi kehilangan.

Post a Comment

8 Comments

  1. inalillah, alfatihah buat arwah

    sangat terperanjat, antara artis lama yang akak suka sebab mukanya yang awet muda, suara nya yang merdu dan lembut je

    ReplyDelete
  2. Moga arwah ditempatkan di kalangan para solehin aamiin. Baik orangnya, 'pergi' pun mudah.

    ReplyDelete
  3. AL-FATIHAH BUAT ARWAH DATO NASIR WAHAB

    ReplyDelete
  4. Memang masih trrkejut lg dgr berita ni..sedih..sbb dia mmg nmpk sihat dan ceria

    ReplyDelete
  5. Sangat menhibakan satu Malaysia, sungguh memeranjatkan...moga yang baik-baik aja untuk arwahyarham Dato Nassier...al-fatihah...

    ReplyDelete
  6. innalillahiwainnailaihirojiun.. Al -fatihah dan salam takziah buat keluarganya. salam kenal. done follow sini.

    ReplyDelete
  7. ‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    Al-Fatihah...

    ‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
    ‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
    ‎آمِّيْن...

    Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para shuhada dan solihin.

    ‎اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com