Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Menyertai Johor Scavenger Hunt 2019

Pengalaman Menyertai Johor Scavenger Hunt 2019 | Ini kali kedua saya join Treasure Hunt kat Johor ni selepas kali pertama anjuran Johor Land dulu. Teruja bila dengar treasure hunt ni melibatkan 10 shopping mall sekitar Johor Bahru. Bila baca namanya, "scavenger"? First time lagi dengar. Hahaha! Bila google kejap tadi maksud Scavenger Hunt, haaa ni maksud dia:

a game in which the organizers prepare a list defining specific items, which the participants seek to gather or complete all items on the list, usually without purchasing them - sumber: Wikipedia

Whatttt? Without purchasing?? Dah kenapa hari tu kitorang kena beli segala items dalam arahan task beberapa checkpoint? Scavenger hipstur keee? 🙎



Pagi-pagi lagi saya da sampai kat Medini Mall untuk registration dan briefing. Sepatutnya group kitorang 4 orang, saya, Sis Lin, Farahain dan Zaki, tapi last minute Sis Lin tak dapat join sebab ada masalah kat rumah. Farahain dengan Zaki pulak sampai agak lewat sebab diorang ade event lain sebelumnya. Makanya kami terlepas briefing penuh, dengan sound system yang tak berapa nak dengar di kawasan open space, lagi lerr tak dapat maklumat apa-apa. Hahaha!



Tapi yang bestnya, pagi-pagi da ada cabutan bertuah 😂

Terkejut kita tauuu! Tapi takde rezeki dapat cabutan bertuah, rezeki milik peserta lain.





Perlepasan pun agak lewat, pukul 9.30 pagi baru semua peserta bergerak. Kami naik bas sewa khas ke checkpoint pertama, iaitu Larkin Sentral. Masa turun dari bas ni lah baru kami tahu hakikat kebenaran. Aiyakkk! Sepatutnya kami bahagi-bahagikan, supaya ada yang park dekat Larkin Sentral ni sebab dari sini ke checkpoint seterusnya, kami kena naik kenderaan sendiri! Ah sudah! Kereta kitorang semua dekat Medini Mall! Penyudahnya, kami ambil keputusan untuk naik Grab aje ke checkpoint-checkpoint lain 😬


Bagi setiap checkpoint, ada 2 bahagian task, bahagian pertama mengandungi task basic kena ambil gambar berkumpulan dengan logo Visit Johor, logo Johor Scavenger Hunt 2019, dan dua gambar yang berkaitan dengan checkpoint tu. Untuk bahagian pertama ni, wajib upload ke Facebook dan dapatkan 10 Likes, baru boleh gerak ke checkpoint seterusnya! Jenuh la kitorang share ke group-group whatsapp mintak Likes! Hahaha!


Bahagian kedua pulak, peserta kena sama ada beli barang atau ambil gambar, atau siapkan tugasan.  Ada part kena menari zapin, ada part kena main lompat getah, batik painting, sepak raga, IQ stick, dan banyak lagi yeee. Siap ada kena menjelajah IKEA cari perabot jugak, tapi kitorang tak pergi sampai ke sana sebab jauh kan. Mahal sangat lak Grab nanti. Tak berbaloi!


Antara mall yang sempat kitorang terjah lepas Larkin Sentral tu adalah Capital Mall, Komplesk Kraf Johor, B5 Johor Street Market, R&F Mall dan Komtar JBCC. Semua tempat ni kitorang naik Grab aje tau, kecuali dari R&F Mall ke JBCC, kitorang jalan kaki ikut bridge dia. Fuhhhh sampai kelaparan yeeee membakar kalori! Hahaha! JBCC ni last checkpoint kitorang pergi sebab dah tak larat dan masa dah tak cukup. Padahal JB City Square kat sebelah je nokkk! Tu pun dah hujan lebat sangat dan jalan jammed. Takut tak sempat pulak nak sampai ke Puteri Harbour untuk majlis penutup.




Sampai kat Medini Mall nak ambil kereta ke Puteri Harbour, hujan dah terlalu lebat, guruh berdentum dan petir memancar-mancar kat langit. Allahu. Kitorang tunggu dalam lebih 10 minit jugak baru redah masuk dalam kereta. Memang lencun lahhh!



Dan akhirnya alhamdulillah, tak sia-sia berpenat lelah, berhujan dan menahan lapar bila kitorang dapat tempat kelima kategori Sponsor/Media. Yeeehaaaa! Tahniah weolss! Terima kasih juga kepada Tourism Johor atas peluang yang diberikan! Insya'Allah tahun depan nak join lagi dengan mental dan fizikal yang lebih tersedia! Hahaha!



Visit Facebook Tourism Johor kat sini:

Post a Comment

17 Comments

  1. menariknya aktiviti tuh, teringat main cari harta karun masa sekolah dulu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu lerr...dulu2 sekolah main cari harta karun tu simple giler...yang ni mak aiii

      Delete
  2. tahniah sunah dan geng gelak kuat.. best nye tresure hunt.. tp penat nya pun boleh tahan kan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, bole pengsan...ada masa tu rasa macam berlari 5km bila nak habis ni? hahahhaha

      Delete
  3. Tahniah dapat meluangkan masa untuk menyertai akvititi riadah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah!! Ni kalau empat-empat ada mampos pecah jalan hahahahaha gelak kuat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha masa emcee sebut team Kuat Gelak terus pecah ketawa aku...hahahahhahaha

      Delete
  5. Kalau tak macam tu.
    .mmg takde la saja saja nak ke komleks kraf la...capital mall la...r&f mall...

    ReplyDelete
  6. Sesekali join aktiviti sihat memang bagus

    ReplyDelete
  7. Seronok lah join aktiviti macam ni. takpe kak, tak ada rezeki cabutan bertuah tu. Mungkin ada rezeki lain.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com