Pengalaman Masuk ke Media Access Centre, Sepang International Circuit | Teruja sungguh saya bila tengok dalam itinerary Media FAMTrip ke Selangor, ada lawatan ke Sepang International Circuit (SIC). Terus screenshot dan share dalam group whatsapp family. Sebabnya, adik lelaki saya adalah peminat sukan bermotor. Memang dia jeles teruk bila tengok saya diberi peluang untuk menonton WTCR depan-depan mata.
Tapi kurang sikit jeles dia bila tau, saya tak akan sempat tengok EWC.
WTCR, singkatan kepada FIA World Touring Car Cup, manakala EWC adalah FIM Endurance World Championship. Bezanya, WTCR adalah sukan bermotor jenis kereta, dan EWC adalah sukan bermotor jenis motorsikal berkuasa tinggi. Kedua-dua sukan ni adalah milik Eurosport Event di bawah kumpulan Discovery.
Races of Malaysia pula merupakan tambahan terbaru dalam acara antarabangsa yang diadakan di SIC. Sebagai litar lumba yang sangat terkenal dengan sukan F1 dan MotoGP, SIC adalah antara litar yang paling digemari oleh ahli sukan ni. Dengan panjang 5.543 km, litar lumba SIC mempunyai 15 turns dan 8 straights, di mana pelumba boleh mencapai kelajuan melebihi 300km/j.
Dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia di bawah kempen Visit Malaysia 2020, acara WTCR dan EWC diadakan serentak pada 13 - 15 Disember 2019 yang lepas, hasil dari undian majoriti pada tahun 2017, tentang sukan antarabangsa yang ingin ditonton oleh para peminat SIC di Malaysia.
Oh, sudah, cukup-cukup sudah. Nanti jadi wartawan bahagian sukan pulak seketul Sunah ni. Hahaha!
Pada 15 Disember 2019, kami diberi peluang untuk masuk ke Media Access Centre di SIC dan melihat sendiri macam mana liputan acara sukan dilakukan oleh media kat sini. Nak masuk ke dalam Media Access Centre bukan senang-senang ya. Kena ada pass khas dan ada security team yang mengiringi kita masuk ke dalam paddock entrance. Sangat strict kat sini sebab dah ada kes sebelum ni akibat security yang longgar.
Tak jauh dari paddock entrance tu ada signage SIC. Kitorang berhenti kat situ kejap ambil group photo dan individual photo dan interrupted photo session. Haha! Interrupted sebab ada team motor dari Poland yang tiba-tiba masuk mencelah nak ambil gambar dekat signage tu. Siap usung motorsikal BMW diorang lagi. Tapi, ok lah jugak. Boleh buat jadi prop bergambar 😂
Dan selepas itu....
Nah, saya kongsikan dalam gambar-gambar berikut.
Steady Sis Lin naik winners podium😆 |
Dari podium boleh nampak racing cars semua tengah get ready |
Bilik khas untuk Encik Akil buat kerja dan monitor race |
Masuk ke tempat media buat kerja |
Media dari serata dunia buat kerja kat sini |
Live race dari sini, boleh terus tengok siapa menang |
OMG, jumpa Alex Yoong weiii...my childhood crush! Wakakaka |
View dari rooftop, antara tiket paling mahal kat SIC |
Makan tengahari kat VIP lounge |
Terjumpa pulak Director General of Tourism Malaysia |
Main game kat booth Tourism Malaysia |
Ok dah, group photo lagi sebelum balik Johor |
Panjang sangat kalau nak cerita dari A sampai Z. Nanti tak cukup space kat blog ni, nak melambangkan betapa terujanya tu dapat masuk SIC Media Access Centre. Huhu. Alhamdulillah atas rezeki dan peluang yang diberikan ni. Memang sangat-sangat rasa dihargai sebab kita datang jauh-jauh kan dan diorang cakap memang special session ni untuk media dari wilayah selatan.
Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak SIC khususnya Encik Akil.
Teruskan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia!
Kalau uols nak tengok video sepanjang saya kat sana, boleh belek my IG stories ni ya: WTCR'19
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
anjuran Tourism Malaysia
Lawatan Media Sempena Malam Penghargaan Media & Industri Tourism Malaysia
bertempat di Selangor, yang telah berlangsung pada 13 - 15 Disember 2019 anjuran Tourism Malaysia
7 Comments
Best nya. Serius jeles teruk dapat jumpa alex yoong. Crush saya juga. Hahahaha
ReplyDeleteeeeeeee kita terharu gila tau masa tuuuu...nak nangis rasa...hahahahhahaha
DeletePhewww selesai membacanya hahahaha...
ReplyDeleteSatu pengalaman yang tak akan di lupakan, tetiba rindu dengan bebelan En Aqil tu hehehehe
kan sisss....memang tak akan lupa sampai bila2...😍
Deletewak pon x penah masuk dlm sepang circuit nih., huhuhu
ReplyDeleteBestnya dapat masuk dalam ni. Bukan sembarangan orang dapat masuk. untung sangat join media kan.
ReplyDeleteSatu pengalaman yang ohsem..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com