Makan Tengahari di Restoran Nyonya Suan, Melaka | Bila masa pulak pergi Melaka? Ada la hari tuuu, pertengahan bulan Disember yang lepas. Tapi baru sekarang ada masa nak menulis. Kesibukan melanda bila dah hujung-hujung tahun, nak masuk tahun baru ni.
Biasa lah, kalau ke Melaka, mesti sesekali nak cuba masakan Baba dan Nyonya. Melaka kan memang dikenali sebagai negeri warisan peradaban Baba dan Nyonya sejak berapa kurun yang lepas. Dari segi budaya dan makanan, memang tak lari jauh dari pengaruh Baba dan Nyonya.
Salah satu restoran yang menjadi pilihan untuk menikmati menu Baba dan Nyonya kat Melaka ni sempat saya kunjungi dalam perjalanan nak ke Selangor pada 13 Disember yang lepas. Restoran Nyonya Suan namanya, terletak di Jalan Merdeka, berhadapan dengan Dataran Pahlawan Megamall Melaka.
Masuk aje ke dalam restoran, saya terpesona dengan hiasan dalamannya yang klasik dan simbolik dekorasi Peranakan Baba dan Nyonya. Difahamkan, menu-menu kat sini lebih kepada menu Peranakan dan juga ada sedikit sentuhan Indonesia. Wujud sejak tahun 1998 hingga kini, pemilik restorannya sekarang, Mr. Vincent Tan mewarisi perniagaan tersebut dari neneknya.
Menu apa yang saya cuba masa kat sini? Nahhh jemput tengok dan bayangkan rasanya sekali!
Seafood Tauhu - ada campuran sotong dalam tauhu, dicicah dengan sambal khas yang mengandungi cuka. Saya yang tak suka tauhu pun jatuh cinta dengan menu ni! Rangup kat luar, lembut dan sedap sekali di dalam.
Siakap Nyonya Asam Pedas - macam biasa, asam pedas Melaka kuahnya agak cair berbanding asam pedas Johor. Dan ada daun limau purut dimasukkan ke dalam asam pedasnya. Sedap dan tak terlalu pedas.
Ayam Rendang Nyonya - antara kegemaran saya, sedap rendangnya, lain sedikit dari rendang Melayu.
Udang Lemak Nenas - menu signature kat Restoran Nyonya Suan ni. Diorang masak sedang elok pedasnya, kita boleh mintak sama ada nak pedas sangat ke atau tak nak pedas langsung, ikut citarasa memasing. Udang besar-besar lak tu, sedap lagi-lagi sebab ada nenas!
Telur Dadar - telur dadar biasa aje, jangan expect ada cencaluk pulak. Haha! Sebabnya diorang nak cater semua lidah pengunjung, takut ada yang tak makan cencaluk.
Kangkung Garlic Sos Tiram - nampak simple tapi ya Allah, sedap ok! Tak ada garam ditambah kepada menu ni sebab dah guna sos tiram dalam bahannya.
Chap Cai - sayur campur dengan tumisan belacan, yang ini pun tak ada tambahan garam sebab belacan kan dah ada garamnya tersendiri.
Cendol - tak sangka, menu sesimple ni sedap gila wehhh! Mungkin sebab guna gula melaka yang asli dari Melaka. Dan ia adalah satu-satunya pencuci mulut yang ada dalam menu kat restoran ni. Mmmm, sejuk tekak pada hari yang panas.
Keseluruhannya, saya puas hati makan kat sini. Kalau uols nak cuba, jemput lah tau. Restoran ni No Pork, No Lard, waktu buka 11 pagi - 3 petang dan 5 petang - 9 malam setiap hari.
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
anjuran Tourism Malaysia
Lawatan Media Sempena Malam Penghargaan Media & Industri Tourism Malaysia
bertempat di Selangor, yang telah berlangsung pada 13 - 15 Disember 2019 anjuran Tourism Malaysia
8 Comments
Oooo.... dah lama tak jalan-jalan Dataran Pahlawan, Melaka. Selalu balik kampung jarang nak ke Bandar dah... Hehe.. Almaklumlah, bila dah kat rumah, malas nak keluar..
ReplyDeletenanti bebila ada angin datang, haaa sila laaaa berjalan2..hahaha
DeleteMenunya nampak sesedap belaka
ReplyDeletealhamdulillah, memang sedap wak...
Deletesedapnya menu makanan nyonya. setakat ni belum penah makan lagi :D
ReplyDeletenanti umi boleh cuba kalo teringin ya!
DeleteJomm pergi, tapi pergi MUaz sebelah tu hahahahahhaa
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com