Ticker

6/recent/ticker-posts

Hard Rock Hotel Desaru Coast Raikan Kanak-kanak OKU Sempena Krismas

Hard Rock Hotel Desaru Coast Raikan Kanak-kanak OKU Sempena Krismas | Sebelum Krismas hari tu, saya berkesempatan untuk turut serta meraikan anak-anak kelainan upaya dari dua buah rumah kebajikan sekitar Johor di Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRH DC). Acara keraian yang diberi nama "Christmas Charity Lunch" tu diadakan di Sessions Restaurant, HRH DC.


Dua buah rumah kebajikan yang terlibat adalah Persatuan Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya Xi Li Er Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-kanak Kurang Upaya Negeri Johor. Seramai 16 orang kanak-kanak dari dua rumah kebajikan ni merupakan antara penghidap penyakit Sindrom Down, Autisme, Cerebral Palsy, Learning Disabilites dan lain-lain, berumur dalam lingkungan 4 hingga 15 tahun.

Sebelum pukul 12 tengahari lagi diorang dah sampai kat HRH DC. Terus dibawa ke Sessions Restaurant untuk majlis keraian diorang. Yang menariknya, bila saya masuk aje dalam restoran tu, mata terus nampak hadiah-hadiah atas meja. Wahh, meriah sangat sebab macam-macam rupa hadiah ada, dengan pelbagai warna wrapping. Bila tengok dekat-dekat, eh eh siap ada nama kanak-kanak yang datang, umur dia dan hadiah apa yang dia nak. Alorrrr comell sangatt!



Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan daripada General Manager HRH DC, Mr. Clinton Lovell, sebelum beliau menyampaikan hadiah untuk setiap kanak-kanak yang hadir, satu demi satu sampai habis. Turut serta meraikan kanak-kanak ni pada hari tu adalah maskot HRH DC yang bernama Styler. Rock gilerrr Styler, padahal dia gegirl tau! Haha!

Nah, kita share sedikit gambar-gambar pada hari kejadian.






Alhamdulillah, tahniah HRH DC atas kelancaran program CSR hari tu. Rasanya yang tu last kot sebelum tahun ni berakhir? Tahun depan, moga lebih banyak program CSR dari HRH DC untuk mereka yang memerlukan.

Kalau uols nak turut sama membantu rumah-rumah kebajikan ni, boleh hubungi diorang ya!

Persatuan Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya Xi Li Er Malaysia
Alamat: 1, Jalan Bakawali 22, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
No. Telefon: 07-353 0139

Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-kanak Kurang Upaya Negeri Johor
Alamat: 1, Jalan Keembong 45, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
No. Telefon: 013-999 9524

Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com