Ticker

6/recent/ticker-posts

Ayam Masak Kicap Berempah

Ayam Masak Kicap Berempah | Masak-masak di hari cuti Krismas. Walau hanya saya dan Nada aje yang ada kat rumah, Ibah belum balik dari bercuti umrah, Kak Ajan pagi-pagi da keluar mengukur jalan kat JB, tetap bersemangat jugak nak masak.

Memula plan nak buat Ayam Pongteh macam dalam buku chef Hanieliza hadiah top commentator dari kak Suria Amanda tu. Tapi tak jadi pulak sebab bahan-bahan tak cukup. Malahan, bahan paling penting takde, iaitu taucu. Malas la pulak nak keluar rumah beli barang.



Jadinya, kita buat masak kicap aje lah, yang simple pulak tu. Bawang semua main hiris aje, tak kisar pun. Selalunya kalau masak kicap, saya akan ikut cara mak saya, dia kisar segala bawang dan cili. Tapi sebab kan memula nak buat Ayam Pongteh tak cukup bahan, so hiris je lah bawangnye.

Nak resepi ke? Alaaa cincai aje lerr!

Bahan-bahan:
4 ketul ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 tangkai cili merah
Sedikit air asam jawa
Sedikit kicap manis
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan tumis:
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inchi halia (dihiris)
1 sudu kecil biji ketumbar
1 kuntum bunga lawang
1/4 batang kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih


Cara-cara membuatnya:
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, goreng sampai ayam masak, tak perlu terlalu garing.
  2. Keluarkan separuh minyak menggoreng ayam tu, atau keluarkan sampai minyak cukup untuk menumis.
  3. Goreng bahan tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan cili merah. Tambah sedikit air kalau suka berkuah. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan hingga ayam lembut.
  6. Rasakan dengan garam jika perlu. Masukkan hirisan tomato kalau suka.
  7. Jika dah ok, tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.
Selain dari Ayam Masak Kicap Berempah ni, kitorang makan bersama ikan masin dari Sabah tu dan salad Bayam Brazil Nada petik depan rumah. First time saya makan bayam ni, ingatkan kena masak ke, rupanya boleh makan begitu sajokk.




Korang pernah makan Bayam Brazil?

Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. mak inche ada ketam masak lomak cili api...sudehhhh haha

      Delete
  2. ayam masak kicap fav anak2 akak.. sedap dan senang.. berkuah pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, senang nak buatnya, licin pun sekejap aje...sekelip mata...haha

      Delete
  3. Wak kalau makan ayam suka cari drumstick

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...bagus, saya tak suka drumstick, so boleh tolak kat wak..hahaha

      Delete
  4. Sedapnya. Warna dia tu pergh menggoda nya

    ReplyDelete
  5. faberet kamek ayam msk kicap yea. tambah gik ikan masin. nang kenyang lah makan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com