Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Nak Jadi Macam Kau Lah!

Aku Nak Jadi Macam Kau Lah! | Tu ayat salah seorang kenalan yang saya jumpa baru-baru ni. Keluarnya ayat tu bila dia nampak kat Facebook, saya selalu update tentang tempat makan sedap, destinasi pelancongan menarik, butik penjagaan kulit baru buka dan macam-macam lagi aktiviti harian bersama kawan-kawan.

"Aku nak jadi macam kau lahhhh. Bestnyaaa aku tengok," katanya.

Saya terkedu sebentar.

Best ke jadi macam saya?

"Susah lahhh. Kena menulissss," nasib baik saya tak perlu menjawab, kawan yang seorang lagi dah tolong jawabkan.


Hakikatnya begitu lah. Orang nampak kita pergi makan sedap kat hotel, bila terserempak kat luar diorang akan sebut, "Asyik makan hotellll aje! Hari ni hotel mana pulak?"

Haha. Mana yang sempat, kita explain lah sebenarnya tu kerja kita as media. Tak semua kawan Facebook atau Instagram kita tahu, kita ni blogger. Yang menulis kat blog untuk cari rezeki sampingan. Bukan menulis blog hanya sebagai diari kehidupan.

Hakikat sebenarnya bukan kita senang-senang pergi makan dan melancong. Yang disebaliknya, diorang tak nampak kerja kita menimbun-nimbun melebihi masa yang ada. Kalau buat blogger as full time, ok lah. Kalau yang part time, dan ada kerja hakiki lain, lagi sukar nak konsisten menulis.

"Diorang bayar berapa tu?"

Lagi satu soalan cepu cemas. Mana yang ada bayaran, senang kita nak jawab. Tapi lebih banyak job sekitar Johor ni jarang ada payment. Hanya segelintir saja yang faham, bila hire blogger, bukan sekadar nak a blog post. Tapi when you hire a blogger, you are:


Haaa gituh.

Sebab tu kadang-kadang terpaksa tolak job yang agak jauh, bila fikirkan kos petrol dan tenaga. Memang kau dapat makan free, tapi makanan dan cash adalah dua benda yang berbeza. Makanan tak boleh dimasukkan ke dalam tangki minyak kereta 😆

Nak jadi blogger jugak macam saya?

Post a Comment

10 Comments

  1. Blogging ni bukan boleh suka2 je petik nak jadi macam kita, nak ada blog, nak semuanya tapi dia x tau yang kita suffer mula- mula nak kukuhkan platform kan..kalau takde minat..susah la...kena betul- betul minat dan boleh bagi commitment bila dh di hire untuk attend event

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...nak mulakan rentak dari scratch tu bukan senang...kena kukuhkan network dulu...dan kena konsisten, tu la yang payah sikit...

      Delete
  2. ada yang tak paham sunah oi... lainla macam akak nih, blogger bebas, blogger yang suka membebel heheheh

    depa nampak best je, tapi tak nampak kerja yang kene dibuat, tenaga susah payah yang nk dibuat untuk semua yang depa nampak cam best tu

    ReplyDelete
  3. Blogger travel ni memang terbaik lah. Sebab jadi macam juru cakap gitu kan 😁

    ReplyDelete
  4. Selalunya gitulah sbb yg dipaparkan semua yg indah2, best2.. Yg di belakang tabir hanya yg terlibat shj tahu perit jerihnya kan.

    Eh, OK juga tu idea Sunah. Isi tangki kereta dgn makanan. Sapa boleh realisasikan? Moga kurang lah food waste kat negara kita ni :p

    ReplyDelete
  5. Kita setuju! Bersengkang mata nak kejor dateline, orang tak nampakk..kerah idea lagi..kan!
    Saya tak nak jadi macam awak! Tiberghhhhh~

    ReplyDelete
  6. oo okay.. kipidapp cik sunah tuuuh

    ReplyDelete
  7. no money no talk

    atau.. no food no talk, hahahaha

    ReplyDelete
  8. yang blogger je akan faham. yang tak faham tu macam biasalah ada je yang tak kena bila kita buat. kadang tu abaikan je lah

    ReplyDelete
  9. Ramai yang lebih suka melihat senang kita bukan macam mana kita hadap susah untuk kesenangan itu.. Seronok jadi blogger ini hanya pada aktiviti travel dan makan tu je.. Tapi susah untuk menulis post di blog, kos duit dan lain-lain tu orang tak pandang pun.. kan awak..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com