Pusat Beli-belah Toppen Kini Dibuka Dengan Festival 12 Hari #JelesEk | Pembukaan pusat beli-belah tersebut dilancarkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuklah konsert bersama Joe Flizzow dan Joyce Chu | So, dah masuk hari keenam Pusat Beli-belah Toppen bukak, siapa dah pergi? Ada yang belum sempat pergi lagi? Saya berkesempatan pergi pada tarikh pembukaan Toppen hari tu, memang meriah dah ramai gilerrr orang uik! Tak sangka, walaupun hari bekerja, pengunjung tetap tak sabar nak masuk dalam Toppen, tengok apa yang ada.
Kepada uols yang belum tahu, Toppen ni sebenarnya under IKEA Southeast Asia jugak. Bangunan dia bersambung dengan IKEA Tebrau tu. Kalau jalan-jalan dalam Toppen, boleh sesat barat ke IKEA. Tiberrr nampak restoran IKEA depan mata. Haha! But bagi saya, nice lah sebab dah ada banyak option nak makan mana kalau gi beli barang kat IKEA. Takde la pack sangat kat restoran IKEA tu, semua berebut meatball 😝
Menariknya, sempena pembukaan ni, dari 13 November hingga 24 November 2019, Pusat Beli-belah Toppen menjemput para pengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti bengkel seni, yoga untuk kanak-kanak, melukis wajah dan ber'zumba' beramai-ramai. Peluncur papan selaju, parkour serta tarian berkumpulan tempatan akan turut menganjurkan pertunjukan dan pertandingan. Orang ramai juga dijemput berkunjung ke kedai- kedai permainan, makanan, sudut fesyen untuk melihat banyak lagi acara menarik yang bakal dinikmati di Toppen kelak.
Festival #JelesEk
Diinspirasikan daripada kempen #JelesEk yang meraikan sifat keperibadian warga Johor yang ikonik, Toppen mempersembahkan secara langsung lagu tema #JelesEk pada 16 November 2019, sebagai acara kemuncak festival tersebut. Ia menampilkan bintang kelahiran Johor, Joe Flizzow dan Joyce Chu yang telah bekerjasama mencipta video muzik khas untuk Toppen. Lagu tersebut juga digunakan untuk cabaran TikTok #JelesEk. Buat julung kalinya, Toppen serta peneraju utama video pendek mobile ini, mengajak orang ramai untuk menari dan menyanyi (lip-sync) lagu tema tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM10,000. Untuk menpergiatkan lagi pertandingan tersebut, Toppen juga telah menyediakan beberapa tempat untuk ber-TikTok untuk para pengunjung. Tambahan lagi, Toppen juga turut dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan tahunan Hari TikTok pada 17 November 2019, yang berjaya mengumpulkan lebih 80 ‘influencer’ dari serata Malaysia dan Singapura untuk menghasilkan cerita (content) yang kreatif dan menyeronokkan di Toppen. Juga pada 13, 16, 17, 23, dan 24 November 2019, pengunjung diajak untuk menyertai pertandingan mencari harta karun yang dianjurkan oleh TikTok.
The Topp
Tarikan utama di Toppen iaitu The Topp memegang peranan penting di festival ini. Dicipta khas untuk selaras dengan kelompok komuniti yang berbeza-beza, The Topp menjanjikan aktiviti menarik untuk setiap pelawat. Kepada mereka yang sukakan aksi lasak, pergilah ke zon aktif belia di mana terdapat taman luncur, zon parkour dan tembok untuk aktiviti mendaki manakala mereka yang ingin menjamu selera, terdapat banyak pilihan hidangan tempatan atau antarabangsa di sekitar ruangan al fresco. Di laman luar The Topp juga dibina ruang-ruang interaktif termasuklah gelanggang serbaguna, dewan acara, taman atas bumbung, taman rekreasi air kanak-kanak, panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama dan juga arena e-sports untuk uols meluangkan hari bersama teman dan keluarga tersayang.
"Apabila kami mula membayangkan kewujudan Toppen, kami sedar yang ianya tidak boleh menjadi sekadar pusat beli-belah yang sebanding dengan yang lain. Kami mahu mencipta sebuah tempat pertemuan yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat," kata Christian Roejkjaer, Pengarah Urusan IKEA Southeast Asia.
Tambah beliau lagi, “Kami membina Toppen dengan objektif untuk memenuhi keinginan penduduk di sini. Dengan kerjasama pihak berkuasa dan kumpulan komuniti tempatan, kami berusaha sedaya upaya untuk menyerlahkan lagi keunikan Johor. Di Toppen, kami berbangga mempunyai jenama tempatan dan antarabangsa di samping mencipta sebuah hab di mana bakat-bakat dan komuniti kelahiran Johor boleh berkumpul bersama untuk berkongsi minat dan kreativiti masing-masing.”
Kemudahan yang Mesra Komuniti
Diterajui oleh IKEA Tebrau, pusat beli-belah berkeluasan 1.25 juta kaki persegi ini menawarkan empat aras untuk uols ‘singgah & riadah’ (retailtainment). Dengan 300 buah premis yang menawarkan dari barangan keperluan rumah seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G.) sehinggalah panggung wayang TGV. Toppen juga telah memperkanalkan lebih 80% jenama baru di Johor seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus. Pusat membeli-belah terbaru ini juga memulakan operasinya di samping 90% penyewanya pada hari yang sama.
Joakim Hogsander, Pengurus Besar Pusat Beli-belah Toppen menjelaskan, “Dengan nama seperti Toppen yang bermaksud ‘hebat’ dalam bahasa Sweden ini, membuat kami berazam untuk berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan cabaran. Disamping memahami keinginan masyarakat, kami meraikan setiap pelanggan kami yang unik dengan cara mereka tersendiri. Atas sebab itu juga kami menawarkan perkhidmatan di luar dan dalam talian yang bersesuaian, ringkas dan menepati kehendak setiap pelanggan agar mereka merasai pengalaman membeli-belah yang membuat mereka berasa istimewa dan positif.
Paling best bagi saya, setiap level kat Toppen ni ada surau disediakan. Takde la jauh sangat kalau nak solat kan. Selesa pun, selesa lagi lah setakat ni. Alhamdulillah. Cuma hari pertama dibuka hari tu, air da habis dalam tangki agaknya sebab pengunjung terlalu ramai. Ye lerrr, diorang bagi 2000 goodie bags untuk 2000 pengunjung pertama tau! Sape tak nak?? Haha! Mujur lah Toppen ni sebelah IKEA aje, senang nak tunaikan solat bila dah masuk waktu sebab IKEA pun ada suraunya.
Parking Toppen percuma sehingga penghujung Januari 2020 |
Pusat Beli-belah Toppen merupakan yang ketiga di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara dengan teraju utamanya, IKEA. Mengikuti jejak langkah IKEA dan pusat beli-belah yang lain di rantau ini, Toppen kini bersedia untuk menjadi tempat pertemuan utama bagi mencipta pengalaman yang hebat untuk mereka yang datang berkunjung. Ia menyasarkan untuk menarik lebih 15 juta penduduk tempatan dan pelancong menjelang tahun 2020.
Website:
Facebook:
Instagram:
6 Comments
cantiknya view...surau pon luas dan bersih
ReplyDeleteKita dah pergi masa hari kedua,eh.. yg gambar orang beratur melingkau2 mcm ulau tu knp ek?
ReplyDeletehahaha ada promo sempena pembukaan tu kak!
Deletefuhh meriah betul, luas betul lak tu....
ReplyDeletekalau akak ke sana, mau sesat kot... lama sangat dah tak jalan area tebrau sana...
kalau balik kampung memerap je kat rumah tak pun duduk area pontian je
Ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......
ReplyDeleteAde surau tak?? Bleh info?
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com