Ticker

6/recent/ticker-posts

Minuman Bunga Telang di Sambal n Style, Melaka

Minuman Bunga Telang di Sambal n Style, Melaka | Pernah minum air bunga telang? Tak pernah terlintas di fikiran ni pun untuk cuba minuman tu. Malah, tak plan pun nak makan kat Sambal n Style, Melaka, dalam trip ke Melaka awal bulan Oktober lepas. Semuanya last minute dan pilih kedai makan on the spot aje. Perut dah lapar sangat masa tu, jadi nampak kedai makan yang ok, terus masuk aje.


Restoran Sambal n Style ni hak milik anak Melayu, dia buka sebelah kedai cenderamata, sebelum buka hostel pulak sebelah restoran ni. Maksudnya restoran ni terletak tengah-tengah antara kedai cenderamata dan hostel. Jadi dari jauh, uols akan nampak namanya Sambal | Style | Sleep. Sambal mewakili restorannya, Style mewakili kedai cenderamata, Sleep mewakili hostel. Catchy, kan?

Bila salah seorang ownernya datang bagi menu, terus teruja tengok fokus utamanya adalah bunga telang. Ye, ada macam-macam jenis minuman daripada bunga telang kat sini. Teruja nak pilih mana paling sedap. Haha! Tapi kita cuba aje la mana-mana pun, kak Ajan try Bunga Telang Tea, saya pulak cuba Telang Mojito.



Selain daripada air minuman, tentu lah ada makanan juga kan. Tapi nasi kerabu takde hari tu sebab da habis, tak ingat pulak habis ke atau memang hari tu takde. Jadi kami pilih makanan lain. Dah namanya Sambal kan, tentu ada menu bersambal. Saya pilih Nasi Lemak dengan ayam goreng. Kak Ajan pulak order Aglio Olio Pasta, tapi dalam menu namanya lain. Lupa pulak nak check.

Sesambil tunggu order sampai, kita amek gambar around restoran dulu.




Cantik deko dalam restoran. Hipster gitu. Ada banyak rak buku dalam ni, jadi kalau nak lepak-lepak baca buku memang sesuai sangat. Surau dan toilet pun disediakan kat belakang restoran. Masa kitorang pergi sana tu ada satu group lain juga tengah meeting, tak tanya la pulak diorang tido hostel tu ke ape. Takkan nak tanya pulak, ek? Haha!

Dan akhirnya minuman dan makanan pun sampaiiii.


Gituhhh rupa Bunga Telang Tea dan Telang Mojito yeee! Ada bunga telang kat dalam air tu. Teh tu didatangkan dengan jag kecil. Rasa airnya kak Ajan cakap macam lemak-lemak gitu. Air pun ada rasa lemak-lemak ek? Haha! Telang Mojito tu sedap jugak, ada campuran lemon, daun pudina dan serai. So refreshing.


Sambal nasi lemak dia perghhhhh! Pedas woiii! Tak Melaka la kalau tak pedas kan? Hahaha! Pedas tapi sedap! Alhamdulillah. Aglio Olio pulak meriah dengan seafood, licin kak Ajan habiskan. Dia cakap tak pedas, walau ada banyak chili flakes. Tapi memang kak Ajan tak request pedas pun. Hihi.


Lepas makan kitorang lepak aje kat restoran tu sementara tunggu nak check in hotel kat area Jonker Walk sana. Masa lepak tu lerr baru nampak ade desserts jugak kat kaunter dia. Ada la beberapa jenis kek dan cookies, tapi tak ambil pulak gambarnya, dan tak try jugak sebab dah kenyang sangat.

Kalau uols nak cuba, boleh la ke Sambal n Style, Melaka ye! Bye!


Sambal, Style & Sleep
170, Jalan Bunga Raya Pantai, Pengkalan Rama, Bandaraya Melaka, Melaka

Waktu operasi restoran:
Setiap hari
10 pagi - 10 malam

Tel. No:
010-200 0310

Email:
booking@sambalstylesleep.com

Instagram:

Facebook:

Website:

Post a Comment

17 Comments

  1. yang buat warna nasi kerabu kan ? rare tu jadi air pulak hehehe.. for me i think location dia strategik. boleh jadi hotspot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha biasanya untuk nasi kerabu...yup, strategik location dia...

      Delete
  2. cantik warna nya kan... kat malaysia biasa kalau bunga telang ni orang buat warna nasi kerabu dengan kuih2 je, jarang sangat di buat air kan

    ReplyDelete
  3. Mindset Sis ko ngeri sebab fikir dia menjadikan sesuatu bahan masakan tu bewarna, so duk bayagkan kalau masuk perut, usu Sis jd purple tak ek? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi kalo makan kek lapis asam manis, bayangkan tak usus kaler merah, kuning n hijau?

      Delete
  4. Sebut bunga telang sinonim sangat dengan nasi kerabu kan..baru tahu juga boleh dibuat untuk air minuman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, bunga telang biasanya orang buat nasi kerabu

      Delete
  5. Bunga telang dibuat jus tu biasa ,yg tak biasa bunga ye
    ang tu dicampir dgn pelbagai perisa,sgt unik

    ReplyDelete
  6. Wow....dah lama tak ke sana lepas Diploma dulu....thanks info!
    Boleh singgahhh nantiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. yukkk nona! akak rasa kalo ke melaka banyak kali pun tak jemu sebab banyak tempat boleh explore

      Delete
  7. first time tahu pasal air bunga telang ni. yelah selama ni tahu guna untuk nasi kerabu aje. bunga ni pelbagai guna rupanya ye.

    ReplyDelete
  8. Menarik....SA x pernah jumpa lagi minuman berasaskan Bunga Telang ni...nanti nak cuba la kalu terjumpa

    ReplyDelete
  9. uishh..baru tahu bunga telang ni boleh dibuat minuman. ingatkan untuk pewarna nasi kerabu je

    ReplyDelete
  10. Thank you for the nice words about us.

    Suhaimi Sulaiman
    Owner
    Sambal, Style & Sleep

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com