Ticker

6/recent/ticker-posts

'Meh Makan' Johor Food Buffet, Promosi November di Pulai Springs Resort

'Meh Makan' Johor Food Buffet, Promosi November di Pulai Springs Resort | Yess, promosi terbaru lagi di Pulai Springs Resort! Untuk makan-makan pada hujung minggu dalam bulan November ni, uols boleh tempah meja segera kalau nak join 'Meh Makan' Johor Food Buffet @ Cinta Terrace Restaurant, Pulai Springs Resort.


Antara tarikh hujung minggu yang uols boleh pilih adalah:

8 November 2019 (Jumaat) - Dinner
9 November 2019 (Sabtu) - Lunch & Dinner
10 November 2019 (Ahad) - Lunch

15 November 2019 (Jumaat) - Dinner
16 November 2019 (Sabtu) - Lunch & Dinner
17 November 2019 (Ahad) - Lunch

22 November 2019 (Jumaat) - Dinner
23 November 2019 (Sabtu) - Lunch & Dinner
24 November 2019 (Ahad) - Lunch

29 November 2019 (Jumaat) - Dinner
30 November 2019 (Sabtu) - Lunch & Dinner
1 Disember 2019 (Ahad) - Lunch

Lunch - 12 tengahari hingga 2.30 petang & Dinner - 6.30 petang hingga 9.30 malam


Apa yang dihidangkan dalam 'Meh Makan' Johor Food Buffet ni? Chef Ronny Koh, Pulai Springs Resort's Chef De Cuisine, akan membawakan hidangan unik rasa Johor kepada para pengunjung. Macam biasa, akan ada pembuka selera dan salad, bahagian sup dan mee, pilihan menu utama, action stalls dengan live cooking, juga bahagian pencuci mulut.

Antara menu higlight dalam buffet ni adalah:

Kulai Sop Power Berempah

Gulai Kari Kambing 3 Hari

Asam Pedas Johor dengan pilihan ikan Siakap atau ikan Pari

Chinese Carrot Cake

Mee Rebus

Mee Bandung

Laksa Johor

Satay Ayam dan Daging

Pisang Goreng dengan Sambal Kicap

Kalau bernasib baik, masa uols datang tu mungkin juga masuk turn Kacang Pool. Selain dari menu highlight ni, uols jugak boleh cuba menu Nasi Ambeng yang sangat digemari oleh orang Johor dekat bahagian main course. Nasi Ambeng ni adalah nasi kukus yang dihidangkan bersama Ayam Masak Kicap, Sambal Goreng Jawa, Mee Goreng Bodo, Sayur Kacang Panjang, Serunding Kelapa, Ikan Masin dan Telur Masin.

Ayam Masak Kicap

Ikan Masin

Mee Goreng Bodo

Sayur Kacang Panjang

Sambal Goreng Jawa

Memang febret seketul Sunah lerr Sambal Goreng Jawa tu woiii! Selain dari Nasi Ambeng, in case uols nak selera nasi lain, diorang ada hidangkan juga Chinese Chicken Rice dan Duck Rice. Eh hari tu ada juga Special Rice yang uols boleh makan dengan Gulai Kari Kambing 3 Hari kat atas tadi.



Bahagian pembuka selera pulak ada aneka salad segar seperti Kerabu Som Tham ala Thai, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Taugeh, Kerabu Maggie, Acar Pulang Sari dan Acar Mentah. Peminat ulam pasti tak kecewa dengan aneka pilihan ulam-ulaman dan sambal yang terdiri dari Sambal Belacan, Sambal Ketuk, Sambal Kicap, Sambal Godok Jawa dan Sambal Ikan Bilis. Fuhhh, puas hati!




Dah puas makan macam-macam makanan berat tersebut, cuci pulak mulut dengan aneka kuih-muih dan minuman, paling best Pengat Pisang! Serius sedappp gilerrr! Uols wajib cuba kalau ada dihidangkan tau! Lemak-lemak manis gitu ha. Air pulak ada Bandung Selasih, teh tarik dan kopi tarik panas.





Dan selebihnya bole belek gambar kat page Sunah Suka Sakura kat bawah ni ye! Banyak sangat lak menu nyaaa. Haa, berbaloi-baloi ke tak?



Berapa harga untuk semua ni?

'Meh Makan' Johor Food Buffet
Cinta Terrace Restaurant, Pulai Springs Resort
(Parking PERCUMA)

RM38.00 nett Dewasa
RM19.00 nett Kanak-kanak
(Beli 5 Dewasa, PERCUMA 1, 5+1)
*Harga termasuk SST

Murah gilerrrr kan?? Ape lagi, cepat lahhh book sebelum terlambat!

Call 07-521 2121
WA +6016 733 2918 (Restaurant Manager)
E-mail enquiry@pulaisprings.com

Post a Comment

11 Comments

  1. Assalamualaikum,

    Makanan semua nampak sedap-sedap belaka,
    Allah bilalah nak lepas ke sini
    Nak rasa makanan yang sedap ni...
    Inn shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam...insya'Allah satu hari nanti!

      Delete
  2. pelik pulak chinese carrot cake tu sunah. semua menu mestilah sedap-sedap. unik-unik pulak tu ada menu tak pernah makan.

    ReplyDelete
  3. Menu masakan Johor memang menjadi ramai pilihan. Sebab boleh di katakan tak kira bangsa, kaum ke semua boleh makan..Aishh sedapnyaa Laksa Johor..

    ReplyDelete
  4. Nasi ambeng..terus terasa nak makan nasi ambeng.Terbayang-bayang la pulak.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya semua menu menarik betul lahh hehe

    ReplyDelete
  6. semua menu dia menarik. tapi yang ada pisang tu apakah namanya. unik betul tak pernah nampak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com