Hard Rock Hotel Desaru Coast Ceriakan Anak-anak Rohingya Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia 2019 | Ini kisah minggu lepas. Tak sangka dapat peluang ni, untuk turut serta dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Hard Rock Hotel, Desaru Coast (HRH DC). Seramai 28 orang anak-anak Rohingya dari Pertubuhan Kebajikan Cahaya Surya Bakti diraikan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia tahun ni.
Dalam pukul 11 pagi, anak-anak Rohingya ni tiba di Roxity Kids Club, HRH DC bersama-sama dengan guru pengiring diorang. Kecik-kecik aje budaknya, baya-baya pelajar sekolah rendah. Sampai-sampai aje, semua kena berbaris mengikut urutan umur masing-masing. Jeng jeng jeng, ada apa agaknya?
Ni lerr..kena menari ikut video kat depan diorang, sebagai salah satu cara untuk break the ice sekaligus warming up sebelum diorang buat aktiviti luar pulak lepas ni. Memula tu macam malu-malu lagi memasing. Then masuk lagu kedua dengan ketiga, haaa kauuu, dengan cikgu-cikgu sekali menari 😆
Bila masing-masing dah berpeluh, teacher dekat Roxity tu pun kumpulkan anak-anak perempuan, then bawak diorang gi bilik persalinan untuk aktiviti di Water Splash kat belakang Roxity tu. Macam water playground gitu ha. Lepas semua budak perempuan dah keluar, giliran budak lelaki pulak tukar baju untuk main air kat luar. Walaupun hari tu sedikit hujan, diorang tetap gembira main air kat luar. Dah tak peduli dah esok demam ke tak. Hahaha! Alang-alang memang nak basah, kan!
Dekat sejam jugak diorang main kat luar tu sebelum masuk semula ke dalam Roxity untuk aktiviti seterusnya.
Aktiviti apa pulak tu?
Tampal-tampal sticker Hard Rock haaa. Sticker ada tiga jenis, diorang boleh pilih nak yang mana satu, then nanti staff kat HRH DC tu tolong tampalkan pada lengan atau mana-mana bahagian tubuh yang diorang nak. Semua nak kat lengan aje punnn, dengan belakang tapak tangan.
Menarik betul sticker tu, just basahkan dengan air masa tekap pada kulit, then angkat kertasnya, dah siappp. Budak-budak lelaki ramai yang pilih sticker gitar, yang perempuan ada jugak beberapa orang pilih gitar sebab nampak cantik kan kaler dia.
Yang bestnya, sticker ni senang aje nak tanggalkan, tak macam sesetengah sticker yang susah betul nak sental sampai merah-merah kulit dibuatnya. Just basahkan dengan air dan gosok sikit-sikit, dah tanggal. Jadi, mudah nak ambil air sembahyang kalau nak solat.
Lepas semua dah ditampal sticker, kitorang berkumpul kat depan Roxity untuk ambil group photo sebelum pergi makan kat restoran dalam HRH DC tu jugak. Menu simple nasi goreng dan drummet goreng untuk anak-anak ni, berselera betul masing-masing. Dapat pulak aiskrim lepas tu, lagi suka diorang!
Then dapat cenderahati buku nota dengan selitan kata-kata motivasi ni. Menarik kan? Jeles kita tauuuu! Haha!
Alhamdulillah, program hari tu berjalan lancar, tahniah kepada HRH DC atas usaha kebajikan yang dilaksanakan. Kalau lepas ni uols nak rancang aktiviti pelajar sekolah ke Roxity Kids Club kat HRH DC ni, uols boleh lah contact pihak diorang ya! Boleh belek gambar kat page FB Sunah Suka Sakura untuk tengok apa lagi yang ada kat Roxity Kids Club tu selain aktiviti kat atas tadi.
Roxity Kids Club
Hard Rock Hotel, Desaru Coast
Call:
010 236 0669 (Manager - En. Azlan)
Email:
roxity@hrhdesaru.com
1 Comments
sangat menarik xtvt ni
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com