Ticker

6/recent/ticker-posts

Grand Opening Wacha Tea, Taman Sutera Utama

Grand Opening Wacha Tea, Taman Sutera Utama | Ingat tak Wacha Tea yang dulunya kat Holiday Villa, Johor Bahru? Saya pernah tulis dalam blog ni dalam bulan Mac yang lepas. Masa tu kali pertama saya pergi Wacha Tea dengan adik, cousin dan kawan-kawan blogger JB.



Terbaru, hujung minggu lepas saya pergi pulak ke Grand Opening Wacha Tea cawangan Taman Sutera Utama pada 16 November 2019. Dan ketahuilah, yang kat Holiday Villa tu dah lama tutup sebelum yang kat Taman Sutera ni dibuka. Masa tengok berita closing dulu, agak sedih jugak lah. Sebab minuman dia sedap sangat, antara bubble tea terawal yang saya minum sebelum kemunculan The Alley dan Xing Fu Tang, tau!

Dari kiri, Kenneth Toi, Sean Wong dan Ivan Teo rasmikan Grand Opening Wacha Tea Taman Sutera Utama

Pemiliknya, Ivan Teo bagitahu, yang kat Holiday Villa tu tutup sebab ruang kedai yang agak kecil dan susah nak parking. Customer kena park masuk hotel pulak kalau tak jumpa parking kat sekitar hotel tu. Bila pindah ke Taman Sutera Utama ni, kedainya lebih luas dan ruang parking pun banyak walaupun faham-faham lah crowdednya macam mana kat lot kedai taman tu.

Apa yang saya suka sangat dengan Wacha Tea ni?


Uolsss, minuman signature Cheesecake series dia sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Saya rekemen sangat-sangat uols try Strawberry Cheesecake dengan Oreo Cheesecake dia, sumpah sedap! Kalau suka cheese dan suka strawberry, mesti setuju dengan saya. Haha! Selain dari tu, dia punya Brown Sugar Bubble Fresh Milk dan Brown Sugar Bubble Milk Tea pun sedap! Matcha Latte pun uikkk, dulu pernah rasa masa kat Holiday Villa, tapi bila nak repeat, pusing 44 kali cari parking tak pernah jumpa sampai lah dia tutup kedai. Haha!

Wajah gembira seketul Farahain

Macam Grand Opening kat Holiday Villa dulu, kali ni pun sama happeningnya. Macam-macam aktiviti yang diorang buat untuk pengunjung. Selain dapat beli cup kedua Wacha Tea pada harga RM1 ajeee, sape yang bertuah dapat la tajaan minuman boba selama setahun! Malah, dapat stay 1 night jugak kat hotel kalau menang game dia pada malam tu.

Game apa?




Hah ni diaaaa! Game minum 1 balang besar bubble tea sampai habis. 10 orang pengunjung berebut menghabiskan air teh boba ni sehingga ke bubble-bubble nya sekali! Kitorang yang tengok pun teruja, sampai fokus kat sorang mamat ni sebab dia da tinggal separuh, rupanya sorang lagi mamat hujung sana da kosong da balang dia! Laju gilerrr, mesti tak minum dari pagi ni 😂



Lepas game minum air boba, ada game tembak bubble pulak! Yang ni kena join in partner, so sorang jadi mangsa tembakan, sorang lagi kena menyumpit bubble. Haha! Dan paling tak ku sangka-sangka...


Seketul Farahain menang woi! Dia ngadap je kene sumpit ngan abang dia, dapat points 1000 lebih kau! Rezeki diorang lerr dapat tajaan minuman bubble tea selama setahun dan stay kat hotel berdekatan Taman Sutera Utama tu, tak ingat pulak nama hotelnya.

Overall memang best la lepak Wacha Tea! Sesambil minum air, diorang buat live nyanyi gak. Dengan Ivan sekali menyanyi, kemain dia. Haha! Ok lah, kalau uols teringin nak cuba minuman dari Wacha Tea, singgah lerr uik!


Wacha Tea
Taman Sutera Utama
41, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, Skudai

Waktu perniagaan:
Setiap hari
12 pm - 10 pm

Facebook:

Instagram:

Tel. No:
012-611 2911

Post a Comment

5 Comments

  1. minum sambil santai...memang best giler.

    ringan rasa palak bak kata urang Sarawak hehehe

    ReplyDelete
  2. Ok boleh try new bubble tea nnti. Dia punya signature cheese cake tu mcm memanggil manggil. Ha nak try la nanti once free.


    Wah ain bestnya..... congrats menang 👍

    ReplyDelete
  3. Peminat matcha haruslah try matcha cheese cake tu Sunah

    ReplyDelete
  4. Wuhoo!! Mau terkencing habiskan satu balang tu..eh..tetiba teringin

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com