Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Dah Demam, Berkurang Jugak Berat Badan

Bila Dah Demam, Berkurang Jugak Berat Badan | Hari ni akhirnya saya kecundang jugak. Semalam, balik dari Pontian, tekak dah rasa sakit dan hidung memang dah tersumbat sejak on the way balik ke Pasir Gudang lagi. Dari Pasir Gudang, balik ke Pulai, kepala macam dah ting tong sikit. Tapi gagahkan diri juga, lepas solat Maghrib, terus siapkan deko brownies untuk dihantar ke UTM selepas Isyak.

Masa mendeko tu dah rasa macam nak ajak housemate temankan sebab takut tak boleh nak drive. Tapi senyap aje kat tingkat atas, takut pulak menganggu kalau-kalau dia dah tidur sebab hari ni kan kerja. Saya tawakkal je lah, sedapkan hati, "dekat je, insya'Allah boleh." Masa drive masuk ke UTM dari pintu belakang tu macam-macam pulak yang dibayangkan. Ye lerr, time ni badan kita paling lemah kan. Aduiii, jangan lah nampak pelik-pelik. Sampai ke situ ek, haha!


Akhirnya, balik aje ke rumah terus telan panadol dan ubat selsema. Mana tahu hari ni dah ok. Rupanya tak. Makin teruk pulak. Dengan nak delivery brownies lagi kul 10.30 pagi tadi. Terpaksalah setelkan jugak sebab customer dah bayar. Muka pucat-pucat pergi Ulu Tiram hantar brownies. Haha. Lantak lerr kalo customer terpinga-pinga tengok.

Balik dari Ulu Tiram kepala duk fikir-fikir nak beli bubur Marrybrown ke, nak masak bubur sendiri ke atau nak makan megi sup aje. Akhirnya sampai rumah masih tak decide ape-ape. Ah, makan ubat and tidur dulu lah, nanti dah lapar baru fikir. Haha. Masa dah baring tu laa kak Ajan wassap bagitau dia lapar. Dan saya pun gitau saya demam, tak larat pulak nak keluar temankan dia makan. Dia pun offer belikan makanan.

Bangun tidur makan nasi dengan sup ayam dari Restoran Orang Kampung. Keluar lah peluh dari badan sikit. Lepas tu sambung tidur, petang bangun kak Ajan belikan burger daging dari gerai jiran, Opiey's Burger lak. Menjerit-jerit dari ruang tamu panggil makan. Haha! Terima kasih kak Ajan.

Tadi timbang berat, uik bawah 58 kg dah. Dahsatt demam ni. Haha! Akhir-akhir ni susah benar nak nampak angka 57. Nak kena demam selalu ke ni? 😜

Moga-moga esok kebah lerr demam ni, banyak kerja tak siap lagi ni.

Post a Comment

7 Comments

  1. Jenis sy kalau demam selera mkn xpernah kurang itu yg pelik skit

    ReplyDelete
  2. sama lahhh haritu pun demam teruk jugak. Habis berpapan ubat pun badan lemah lagi. Berat pun turun jugak tapi tak banyak pun hahaha

    ReplyDelete
  3. semoga sunnah cepat sembuh.. penat sangat dah tu kejap sana kejap sini.. take care sunah..

    ReplyDelete
  4. seronok kalau kurang berat tapi xmola demam.. get well soon tau..
    kembali ceria selalu =)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com