Ticker

6/recent/ticker-posts

Tengok Wayang Punca Muka Berkedut?

Tengok Wayang Punca Muka Berkedut? | Muka berkedut dan menonton filem, apakah kaitan antara keduanya?

Anda suka menonton wayang? Jeng jeng jeng…adakah anda tahu, aktiviti kegemaran di masa lapang anda itu boleh buat anda tua sebelum waktunya. Tak percaya? Jom baca perkongsian artikel ini. 


Ekspresi muka

Ada kajian yang mengatakan saat kita menarik wajah ketika menonton filem berunsur thriller atau seram atau komedi, perbuatan itu boleh menyebabkan kedutan muncul pada wajah. Malahan apabila anda ketawa menonton filem komedi juga dikatakan menyumbang kepada penuaan pada kulit wajah anda. Menakutkan, bukan?

Dalam satu kajian melibatkan 2,000 individu mendapati, mereka yang menonton filem seram akan memalingkan wajah sebanyak 20 kali sepanjang tempoh tayangan. Manakala ekspresi wajah terkejut atau tegang dilakukan sebanyak 50 kali oleh penonton yang menyaksikan filem thriller

Sementara itu, individu terlibat dalam kajian yang menyaksikan filem komedi, mempamerkan reaksi ketawa atau tersenyum sebanyak 115 kali. Orang kata ketawa itu bagus, namun dalam masa yang sama garis kedutan pada bahagian mulut akan meningkat lebih 40 peratus. Jadi sekarang ‘nak’ ketawa ke ‘tak’?

Berulang kali

Pakar kecantikan jenama Foreo, Dr Harry Singh yang mengetahui kajian ini berkata, “Ekspresi terkejut dan mengerutkan muka yang dilakukan juga boleh menyumbang kepada garis kedutan di wajah. Apatah lagi jika ia secara berulang kali untuk tempoh lima tahun akan meningkatkan garis kedut sebanyak 50 peratus.”

Jadi adakah anda masih mahu menonton wayang? Mungkin artikel ini akan membuatkan anda berfikir berulang kali sebelum menyaksikan sebarang filem. Tetapi adakah terdapat sebab lain yang turut boleh menyebabkan muka berkedut?

Punca muka berkedut

Sebenarnya selain menonton wayang, banyak lagi faktor lain yang boleh turut menyumbang kepada garis kedutan di wajah sebelum masanya. Antaranya adalah:

Kosmetik
Produk kecantikan sememangnya dapat menjadikan wajah kelihatan menarik. Namun dalam masa yang sama ia juga boleh menjadi punca utama kedutan. Ini disebabkan kandungan bahan kimia dalam produk yang anda pakai. 

Sinaran matahari
Kita perlukan sinaran matahari untuk mendapatkan vitamin D. Tetapi pendedahan secara berlebihan boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kedutan. Atasinya dengan memakai krim pelindung matahari setiap kali anda melangkah keluar dari rumah.

Dehidrasi
Tidak cukup air dalam badan juga boleh jadi punca muka berkedut.  Ini kerana badan yang tidak mendapat air yang secukupnya cenderung menyebabkan kulit kering. Keadaan ini sekali gus membuatkan kulit tidak dapat menjana sel-sel baru, akhirnya timbullah kedutan dan garis-garis penuaan di wajah. 

Tabiat tidak sihat
Merokok dan pengambilan alkohol sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Merokok akan menyebabkan bekalan darah berkurangan di dalam badan dan akhirnya mewujudkan garis-garis halus serta kedutan sekeliling mata dan bibir.

Manakala alkohol punca kulit kering dan seperti dikatakan tadi, kulit yang mengalami dehidrasi akan membuatkan wajah berkedut. Taraaaa…jadilah anda kelihatan tua sebelum masanya.

Pemakanan
Aspek pemakanan juga penting untuk mengelakkan muka dari cepat berkedut. Amalkan diet pemakanan seimbang, kaya mineral dan vitamin. Jangan lupa untuk memakan sayuran dan buah-buahan setiap hari!

Kafein
Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh menyumbang kepada kewujudan kedutan di wajah. Kafein ini bukan hanya dalam kopi, malahan minuman lain seperti teh dan coklat juga mengandungi kafein, cuma jumlah kafein sahaja berbeza. Jadi berpada-padalah yer.

Kesimpulan

Sebenarnya, kedutan dan garis halus pada wajah boleh wujud dalam pelbagai cara bukan hanya dengan menonton wayang. Faktor sekeliling seperti pencemaran udara juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Jadi cara yang terbaik adalah untuk memberikan perhatian yang secukupnya dalam aspek penjagaan diri secara menyeluruh. Sayangilah diri anda!

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:


Dapatkan lebih info kesihatan di Hello Doktor

Post a Comment

6 Comments

  1. Hahaha I'm writing this comment with a coffee cup next to me and watching funny movie sekali. Jenuh lah berkedut hahaha

    ReplyDelete
  2. alamak.. betul ke ni.. takut plak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la mamapp! usahakan ek kurang2 kan benda2 tu...

      Delete
  3. sik baik sy suka tgk tv hahahaha kononnya...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com