Reach the Infinity @ VRinity Malaysia | Gituhhh tagline dia wak. Sejauh mana infiniti yang bakal tercapai kalau ke VRinity Malaysia tu, agaknya? Tak tercapai dek akal bila memikirkannya. Kena datang sendiri bagi menjawab persoalan tu. Maka, dengan hati yang rela, saya pun pergi ke Mall of Medini hujung bulan lepas untuk meleraikan segala kemusykilan 😌
VRinity ni merupakan pusat hiburan interaktif yang mengetengahkan konsep teknologi virtual reality sepenuhnya, antara yang pertama seumpamanya kat Malaysia, khususnya di Johor Bahru. VRinity dibawa masuk oleh KT Corporation, sebuah syarikat telekomunikasi dari Korea Selatan, dengan kerjasama dari Iskandar Innovations Sdn Bhd, anak syarikat Iskandar Investment Berhad. Kat Malaysia, syarikat joint venture ni dinamakan sebagai Virtua Realm Sdn Bhd. Masuk aje ke dalam VRinity, uols akan disajikan dengan pemandangan pelbagai ruang interaktif merangkumi keluasan tiga lot kedai di ground floor Mall of Medini.
Harga promo tiket masuk all-access bagi seorang rakyat Malaysia dewasa sempena pembukaan VRinity ni adalah RM83 (9 tahun ke atas). Manakala untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 8 tahun, harga tiket masuk adalah RM69. Uols boleh main selama 4 jam tak henti-henti sampai puas dengan harga tiket all-access tu. Tapi kalau uols tak nak main semua, uols boleh jugak beli tiket per game. Boleh cek harga tiket lebih lanjut kat page Pricing - VRINITY.
Rugi kalau dah beli tiket all-access, tak cuba semua permainan yang ada. Saya berkesempatan mencuba VR roller coaster kat Dynamic Theatre. Ada 3 maps yang disediakan, maksimum 2 orang pemain bagi setiap ride. Cuba map The Great Wall, duduk aje kat kerusi dia, pakai VR headset, dan alami efek 4D sepanjang ride tu. Tips untuk uols enjoy the ride fully, lupakan bahawa semua tu adalah hanya VR game dan anggap uols betul-betul duduk atas roller coaster. Memang gila!
Satu lagi permainan yang sangat mengujakan, Black Badge Signal. Perghhh, macam hidup dalam dunia game uolsss! Kelebihan VR headset ni berbanding uols main game biasa adalah, pemandangan yang uols dapat masa bermain tu adalah seluas 360º! Jadi, bayangkan lah uols kena selesaikan misi menyelamat saintis sambil diganggu oleh alien sepanjang dalam lif turun ke bawah tanah. Sekeliling uols sangat gelap, hanya lampu pada kepala uols aje sumber cahaya menyuluh apa yang ada kat depan. Seram betul bila alien datang menyerang betul-betul atas kepala.
Kalau main dalam 2 - 4 orang, dan ahli kumpulan uols tu jenis melayan betul-betul segala fantasi tu, memang haru-biru jadinya. Kecoh betul! Failed segala mission! Adehhhh! Kalau tak percaya, tengok la video kat atas tu 😂
Lagi satu yang boleh main dalam team ramai-ramai, Special Force: ACE. Ni game e-sport pertama Korea yang berkonsep survival, uols kena pandai plan strategi sebab game ni perlukan konsentrasi yang tinggi dalam ruang virtual reality selama 5 - 10 minit. Yang ni Ain, Zaki, Syahmi dengan Jannah yang main. Setup dia punya la lama nak tunggu, kitorang pun mampu tengok aje la. Duk memaki-maki aje si Jannah sebab asyik kena tembak. Hahaha! Tapi efek dia tu macam real sakit aje sebab dia asyik mengerekot belakang badan bila kena tembak. Ye, main yang ni kena pakai special vest dia sekali.
Selain game tembak-tembak, ada jugak bilik VR Sport. Kat sini uols boleh main badminton, tennis, memanah, squash, table tennis dan baseball, sama ada lawan AI player atau bersaing dengan kawan uols. Paling suka archery sebab senang gilerrr nak dapat 9 - 10 points! Hahaha! Tennis susah gilerrrr walopun level paling senang/beginner je 😖
Kalo suka racing, ada Tobot VR, uols boleh lawan lumba kereta robot transformer dalam car-shaped simulator yang provide dua map, iaitu kat bandar atau pun off road. Game ni based on animasi popular, Tobots. Anak-anak boleh main dengan mak pak diorang dengan gumbira. Jangan bergaduh siapa menang, sudah lah. Hahaha.
Lagi? Ada lagiii...! Ada Robot Taekwon V, VR Room dan World War Toons untuk segenap lapisan usia. Apa yang menarik tentang game ni dan macam mana perasaannya bila main, kita tak nak cerita lebih-lebih. Uols kena lah datang alami sendiri!
VRinity Malaysia
Lot G27 - G29, Ground Floor, Mall of Medini, Iskandar Puteri, Johor
Buka setiap hari 10 pagi - 10 malam
Email: hello@vrinity.com
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
yang telah berlangsung pada 23 - 24 September 2019
anjuran Tourism Malaysia
Tourism Malaysia Travel Mart @ JB di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru
Media FAM Trip 2019 yang telah berlangsung pada 23 - 24 September 2019
anjuran Tourism Malaysia
7 Comments
Ain pernah main dkt KLIA. tahun lepas. Tapi roller coaster jelah pakai alat ni. Nak pengsan macam real. Sebelum ni igt diri ni tak takut tinggi. Dah pakai tu nak nangis sbb mcm betul2 hahahaha pengalaman betul
ReplyDeletehahahahah, lagi real kat legoland weiiiii! sebab sambil naik roller coaster, sambil pakai VR glasses...ape kee heyyy, yang landai pun rasa macam curam ajeeee
DeleteHahaha tak boleh ingat betullah main benda alah ni hahahah seriau + fobia Sis kau hahahahaha
ReplyDeletehahahahahha nasib tak terkucil kannnnn
DeleteHuhu kalau ena jujur tak berani. Kite bayang pon dah macam hape.. Apa lagi nk tengok real.
ReplyDeletehuhuhuhu...
Deleteok.. kak mia tak lulus... tak berani walaupun VR... hahahah...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com