Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Pantai Dalam

Pertama Kali Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Pantai Dalam | Bulan lepas, encik suami ajak hiking Bukit Gasing, kat Pantai Dalam. Last minute gilerrr dia ajak, malam sebelum nak hiking esok paginya baru dia wassap. Masa tu saya kat Shah Alam, jenguk adik yang baru bersalin. Esoknya tu memang plan nak balik JB dah. Tapi nak jalan-jalan area Seksyen 7 tu je sebelum ke rumah mak mertua adik, kemudian balik JB. Ada pulak add on aktiviti hiking. Haha!


Maka malam tu, kita belek dulu baju adik yang dia dah tak nak pakai. Adik ade simpan baju-baju lama dia dalam plastik, biasanya kalau saya tidur rumah dia dan terextend beberapa malam, dia suruh pakai aje baju dalam plastik tu. Saya cari baju dan seluar yang sesuai untuk kitorang hiking. Kitorang tu - saya dan Ain. Mencabar jugak nak geledah bajunya sebab kebanyakannya baju-baju formal. Alhamdulillah mujur ada jumpa jugak baju tshirt yang nampak ok lahhhhh kalau nak pergi berekreasi gituhhh.

Jadi, jawab kat encik suami, OK! Onzzzz hiking!

Esoknya, pagi-pagi lepas Subuh kami bertolak ke Pantai Hillpark. Ambil encik suami dulu. Jay, boss encik suami pun last minute ikut sekali. Bukit Gasing nya tak jauh pun dari rumah Jay tu. Naik kereta tak sampai 5 minit. Kalau jalan kaki mungkin dalam 5 minit lebih. Masa dah sampai kat kaki bukit, ramai jugak manusia yang parking tepi jalan. Bila start mendaki, ramai jugak yang dah turun balik.


Sebenarnya, ada banyak entrance untuk hiking Bukit Gasing ni. Kitorang tak masuk ikut main entrance yang ada pintu gerbang tu pun. Masuk ikut belah tepi kawasan kondo Pantai Hillpark tu aje. Dan ada banyak trail ikut kemampuan badan kita dan latihan hiking yang macam mana kita nak. Encik suami bawak ikut Pantai Hillpark ni, rasanya yang paling senang lah kut memandangkan saya dan Ain ni dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila tak hiking.


Dari sini nak ke suspension bridge ambil masa tak sampai 10 minit. Suspension bridge dia sedang-sedang panjangnya, tapi hanya boleh dilalui dalam satu barisan aje. Jarak antara satu sama lain juga kena jaga, sebab jambatan gantung bukan boleh tampung banyak sangat orang dalam satu masa kannn! Dak Ain dah mengucap-ngucap kat belakang aku. Haha!


Then lepas suspension bridge tu, tak jauh dari situ ada bahagian yang curam turun ke bawah, kemudian naik semula ke atas. Telan air liur gak la masa tengok bahagian ni dari jauh. Banyak dan tinggi gila kott anak tangga nak panjat. Tak kira pulak ada berapa anak tangga, yang penting saya stop banyak kali kot sebab tak cukup nafas! Hahaha! Maceh encik suami bersabar tunggu kita 😘



Bila dah sampai kat atas, ada satu tempat lapang untuk rehat-rehat dan tarik oksigen masuk semula dalam dada. Rehat lerr kitorang kejap kat situ sebelum sambung balik hiking. Tapi hiking untuk keluar semula ke jalan masuk tadi je lah! Encik suami dah tanya jugak, nak sambung ke trail lain ke? Alahaiii, tak mampu lerrr. Dah lah  kejap lagi nak drive balik JB, ada jugak yang extend lagi sehari kang. Kalau aku sorang, ok lagi nak extend, ni bawak anak dara orang lain. Hahaha!

So, kitorang pun gerak keluar balik aje. Alahai, dekat aje rupanya. 30 minit aje total pendakian celah gigi Bukit Gasing tadi. Pusing-pusing aje dalam tu sebenarnya. Kalau hiking sepenuhnya gi semua point dia, ambil masa sejam lebih juga bila baca kat blog lain. Dan difahamkan, ade trail yang menuju ke temple, juga telecommunication tower. Next time boleh lah panjat ke situ pulak. Kena bersedia dari segi mental dan fizikal dulu 😜



Dari Bukit Gasing tu, encik suami bawak ke Hutan Rimba Bukit Kerinchi pulak. Ambil gambar dekat suspension bridge dia aje. Tak masuk dalam pun. Katanya, hutan yang ni bersambung dengan hutan Bukit Gasing tadi. Dari sini boleh sampai ke Bukit Gasing, dari Bukit Gasing tadi pun boleh sampai ke sini. Kat dalam ni ada air terjun juga tempat orang berkelah. Lain kali lah masuk sini pulak!

Awal bulan depan macam nak gi hiking lagi!

Post a Comment

19 Comments

  1. cantik pemandangan kt jambatan gantung tuh... tp suspension bridge tu seram lak, dhla kecik terhayun2 gitu, mmg berderau kalau akak lalu situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahhaha tu lerrr! time dia bergoyang tu seriau jugak kak

      Delete
  2. Alhamdulillah..seronok ni..mendekati alam dan menyihatkan tubuh.

    ReplyDelete
  3. Wah menariknya Bukit Gasing, boleh try juga ni hiking dekat sini nanti.

    ReplyDelete
  4. Bestnya Sunah. Teringin juga nak ke sini.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. takpe, wak bercucuk tanam je wak...pun healthy jugak!

      Delete
  6. best nyaaa tolonglah ajak saya sekali hehehehe

    ReplyDelete
  7. cantiklah trail dia. nak hiking bukit gasing gak tapi entah bila..rasa kaki tak kuat lagi nak hiking..huhu

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com