Marrybrown Playland Pertama Johor Bahru di Hospital Sultan Ismail | Pertama kali saya makan Marrybrown adalah selepas saya habis degree. Masa tu saya dah duduk luar dari kampus, dan ada satu Marrybrown yang paling dekat dengan rumah sewa tempat saya menginap sekarang. Sebelum-sebelum tu pernah aje nampak Marrybrown dekat Plaza Angsana, dekat Kulai, tapi tak pernah pulak nak masuk duduk. Rasa macam asing sangat nama Marrybrown ni masa tu.
Tapi bila dah cuba pertama kali, terus jatuh cinta! Menu kegemaran kalau datang ke Marrybrown, Fish and Chips dia! Sedap sangattt, sos yang digunakan untuk cicah isi ikan dori yang digoreng bersalut tepung. Coleslaw dia pun sedap dan lain daripada coleslaw fast food yang lain. Selain tu, saya suka jugak Bubur Ayam Marrybrown yang sangat light dan rasa 'Malaysia', kalau saya rasa tak berapa sihat, memang ke sini lah saya cari bubur kalau tak larat dan tak sempat nak masak sendiri. Nasi Lemak Marrybrown pun antara menu febret juga kalau saya rasa nak makan nasi. Macam-macam ada kat Marrybrown ni sebenarnya tau!
Eh eh, pantang cakap pasal makanan, jadi dua perenggan dah kan? Padahal nak cerita benda bukan makanan ni sebenarnya! 😜
Haaa, nak tahu tak, baru-baru ni, Marrybrown berkolaborasi dengan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (HSIJB), dengan pembukaan dan penyerahan MB Playland, sudut permainan kanak-kanak yang disumbangkan sepenuhnya oleh Marrybrown untuk HSIJB.
Sebagai rangkaian makanan segera tempatan pertama dan terbesar Malaysia, dengan lebih 500 lokasi di 16 buah negara, Marrybrown berhasrat untuk mulakan usaha CSR di bawah naungan Marrybrown Charities Association (Persatuan Kebajikan Marrybrown) dengan meletakkan MB Playland di kawasan hospital. Kewujudan ruang permainan MB Playland ni diharapkan dapat menyebarkan kegembiraan di kalangan kanak-kanak sama ada yang datang untuk mendapatkan rawatan atau yang menemani keluarga. Bila diorang berpeluang untuk bermain kat MB Playland ni, secara tak langsung ia meningkatkan kesan positif kepada tumbesaran diorang, dan dalam masa yang sama turut mewujudkan suasana persekitaran hospital yang lebih harmoni.
Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan Marrybrown, Dato' Lawrence Liew, Marrybrown memang dah selalu buat aktiviti kebajikan semenjak dari awal perniagaan diorang dibuka pada tahun 1981 lagi, sebab beliau sentiasa percaya dengan konsep "giving back to the society".
Dengan fokus utama untuk membantu kanak-kanak kurang berkemampuan, ibu tunggal dan warga emas, Marrybrown ingin membangunkan taraf dan kualiti hidup dengan menyediakan bantuan pendidikan dan kebajikan, sekaligus menyumbang kepada keharmonian dan ketenteraman sosial.
Menarik sangat ayat Dato' Lawrence yang ni:
"Helping the needy isn't only about providing donations or money, but to also understand the background they come from and nevertheless still support them in the slightest way possible."
Selepas MB Playland, Marrybrown Charities Association akan mengadakan lebih banyak aktiviti kebajikan bersama masyarakat untuk mengumpul sumbangan bagi mereka yang memerlukan. Kotak sumbangan juga akan diletakkan di setiap outlet diorang, so semua orang boleh menyumbang dan membawa perubahan dalam kehidupan orang lain.
Majlis Pelancaran dan Penyerahan MB Playland kepada Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 10 Oktober 2019 dirasmikan oleh Dato' Lawrence Liew, Datin Nancy Liew (Pengarah Urusan Marrybrown) dan Dr. Khairul Rizal (Timbalan Pengarah 1 HSI JB).
Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, kunjungi:
Facebook
Instagram:
Youtube:
17 Comments
hehehe bab makan tanpa sedar panjang bercerita.
ReplyDeleteyeee! nasib baik tersedorrr jugak...hahaha
Deleteyelah, mesti nak selitkan cerita makan.
ReplyDeleteharuss kan wak...sebab dah namanya marrybrown...hahahha
DeleteSemoga usaha Marrybrown ini mampu memberi kegembiraan kepada kanak2 yg dirawat di HSI, Ya Allah, sedih betul tengok muka dorg
ReplyDeleteinsya'Allah...mudah2an kan kak...
Deleteweh..dulu dulu kat Arked Meranti ada Marrybrown tau
ReplyDeleteserius laaa...hahahhah...tak tau pun!
DeleteArwah Abah Sis laa paling selalu belikan kami adik beradik MB ni..sebab dulu-dulu MB ni kira mampu nak beli masa tu...rindunyaaa buah tangan Abah..huhuhu
ReplyDeletehuhuhu...al-Fatihah untuk arwah abah sis...
Deletesambil makan sambil main.. keriangan berganda =D
ReplyDeletetapi sini playland je siti...takde restorannya..
Deletesedapnya marry brwon selalu ada buaian dalm restoran dia kan
ReplyDeletehaah betul..dulu2 kemain berebut dengan customer lain nakk duduk kat buaian..hahaha
DeleteSemoga ramai yg menyumbang utk tabung kebajikan ini..semoga pihak marrybrown dapat merialisasikan apa yg dirancangkan..
ReplyDeleteinsya'Allah...mudah-mudahan
DeleteThe multi-shaded tights and leotards are the best and most happy with during an exercise. dailytramadol.com website
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com