Makan Seafood di Restoran Todak (Orang Asli) | Ni sebenarnya kisah orang tak puas makan seafood kat Sabah, balik Johor terus cari seafood. Hahaha! Siapa lagi haa? Seketul Sis Lin lah! 😝
Lepas balik dari Sabah hari tu, Sis Lin ajak makan kat Restoran Todak. Ni pertama kali lah saya ke restoran ikan yang menyerang Singapura ni. Kih kih kih. Pernah baca kat blog Sis Lin aje tentang restoran ni. Bila sampai sana, baru tahu restoran ni diusahakan juga oleh orang Asli. Ada pekerjanya terdiri daripada masyarakat orang Asli dari sekitar kawasan Teluk Jawa tu.
Restorannya terletak atas laut menghadap ke Selat Tebrau. Jadi, segala makanan laut kat sini dah confirm-confirm segar dari laut. Uols boleh pilih makanan laut yang uols nak, then bagitahu nak masak ape kat pelayan yang ambil order uols.
Tengok tu, semua makanan laut uols masih hidup lagi tau. Just pilih aje lah ikut bajet masing-masing. Harga bagi setiap makanan laut tu ada diorang pamerkan pada papan putih kat area situ jugak. Kitorang makan apa? Jemput tengok gambar kat bawahhhh!
Udang kari |
Ketam blackpepper |
Kailan ikan masin |
Roti mantou |
Sotong goreng butter |
Sedappp sangat udang kari dia! Makan pulak dengan roti mantou tu, rasa tak cukup aje 4 ketul. Patut beli 6 ketul. Hahaha! Ketam blackpepper tu terbaik lah! Isi banyak, segar lak tu. Tak gatal langsung kita makannnn~ Sotong goreng butter, recommended by pelayan dia. Memula nak amek goreng tepung, tapi pelayan tu kata goreng butter lagi sedap. Haaa, memang sedap rupanya! Kailan ikan masin, biasa lah kannn, pelengkap piramid makanan 😜
Sebelum makan, diorang kasi wet tissue siap-siap |
Harga untuk semuanya tak ingat, tapi tak lebih dari RM200. Dua ekor ketam tu, RM90. Tu aje yang mahal, ketamnya pun memang besar dan isinya banyak. Puas hati makan. Udang kari pulak 5 ekor RM20. Sotong tu pun RM20. Kira harganya masih reasonable lagi untuk portion dia yang besar dan rasanya yang enak tu. Lobster kitorang tak try pun sebab kat Sabah dah puas makan lobster 😆
Ok, kalau uols nak pergi, kita sarankan pergi la waktu weekdays sebelum petang atau weekend sebelum tengahari kalau tak nak berebut tempat duduk. Hahaha! Tapi kalo ok aje nak menunggu, pergi aje la waktu malam. Lagi syokkkk!
Masa kitorang gi tu, weekdays dan sebelum tengahari. Awal-awal tu tak berapa ramai orang. Baru satu dua meja aje yang orang duduk. Tapi bila dah nak balik, haaaa tu dia, tak sedar dah full house sebab sibuk gigit ketam. Hahaha!
Restoran Todak (Orang Asli)
1, Kg. Orang Asli, Telok Jawa, Masai, Johor, Malaysia
Buka setiap hari, 11.30 pagi - 11.30 malam
07-386 3696
NO PORK, NO LARD
16 Comments
Bestnyaa!! Tak minat sangat seafood except ikan. But would love to see those sea creatures swimming and moving around, suka perhati hehe :3
ReplyDeletehahaha...sila la datang menonton kat sini :p
DeleteAlaaaa...kan best kalau ada kat KL...sedapnyaaa....ok tgh pantang lagi so kena duduk dendiam dulu
ReplyDeletemai datang johor!
Deletegeram tengok ketam dia tuh, mmg nampak isi nya penuh tuh.. fresh semuanya
ReplyDeletekan kak..sedap pulak tu masakannya
DeleteTerus laporr oiii..
ReplyDeleteHujung bulan jomm pergi lagi heheheh
woiii hahahhaha!
DeleteLapar nanga, ketam yea, aduduuduuu nyemss lalu. Eh nok udang kari sik pernah juak encoba eh
ReplyDeletecoba la...nyaman bah udang kari...
DeleteKenapa johor byk tempat makan bes2 ni..... Tak adill hahah emo tetiba. Sedapnya seafood kak sunahhh.
ReplyDeleteyee johor memang banyakkkkkkkkkkkkk tempat makan best!
Deletepernah tengok restoran ni kat youtube blimey. tengok seafood kat sini boleh rambang mata semua nak
ReplyDeleteserius lahhh ade dalam blimey! wowww!
DeleteMurah jugak lah RM20 untuk sotong tu. Dekat sini pun dah 20 lebih itupun tak besar mana.
ReplyDeletekann...berpatutan sebenarnya harga dia
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com