Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Rasa Masakan India Utara dan India Selatan di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel

Jom Rasa Masakan India Utara dan India Selatan di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel | Apa beza makanan India sebelah utara dengan sebelah selatan? Ada ke beza? Bukan dia satu negara, jadi sama je ke? Itu persoalan terawal yang keluar kat kepala bila tengok tajuk menu buffet terbaru untuk bulan Oktober 2019 kat Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel. Padahal, Malaysia ni pun satu negara jugak, tapi ada macam-macam masakannnn uikkk di setiap negeri! 😆

Sebenarnya, memang berbeza ye uolss! Saya dah cuba rasa sendiri kelainannya. Kalau uols nak tahu, makanan di kawasan utara India lebih banyak bermain dengan gandum, manakala kat India Selatan, penduduknya lebih gemar makan nasi. Menariknya, makanan India Utara banyak dipengaruhi oleh makanan Arab dan Parsi, jadinya makanan diorang lebih berat dan kebanyakannya berkrim berbanding makanan India Selatan yang lebih banyak menggunakan sayur-sayuran, nasi dan makanan laut.

Bulan Oktober ni, Cafe BLD akan membawakan kedua-dua jenis menu terbaik dari utara dan selatan India kepada pengunjung yang datang makan malam kat sini pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Apa yang menarik patut uols cuba kalau join buffet yang ni? Tengok gambar-gambar kat bawah yeeee~

Roasted Chicken Bombay

Chennai Minced Beef

Fish Tikka

Roasted Lamb Leg

Mushroom and Black Pepper Sauce

Baked Vegetables

Salmon with Teriyaki Sauce

Lamb Stew

Roasted Potatoes

Broccoli Casserole

Wehhh, tak nak cakap banyak sangat pasal benda lain, surprisingly, masakan broccoli aje pun boleh jadi sedap gila! Biasanya, seketul Sunah tak berapa suka sangat rasa brokoli yang terlalu kuat, sampai tenggelam rasa makanan yang lain kalo dia ada. Tapi guess what? Broccoli Casserole kat Cafe BLD ni sedapppp gilerrr! Rasa cheesy dia tu, tak tenggelam oleh sedikit hint rasa broccoli. Kitorang siap ulang cedok, kot! Then recommend dekat guest yang lain supaya rasa jugak benda tu. Hihi.

Salmon with Teriyaki Sauce dia rare gila, tak sangka lak masyarakat India pun suka makan macam ni ek? Teriyaki ni kan macam japanese-japanese sikit. Sedap jugak yang ni, cuma sos tu jangan ambil banyak sangat sebab agak masin kalau terbanyak sangat masuk mulut. Roasted Lamb Leg tu tak payah cerita panjang lagi lah, wajib ye uols makan, rugi oi kalo tak amek. Tapi kalo tak makan kambing, nak buat cane?

Lamb Briyani Rice

Madras Chicken Curry

Lamb Varuval

Prawn Pepper Fry

Fish Sambal

Eggplant Masala

Uols jugak boleh makan nasi briyani bersama lauk-pauk Indian style - Lamb Varuval, Madras Chicken Curry, fish massaman cara Sri Lanka, udang goreng lada, terung masak masala dan banyak lagi menu sampingan yang lain. Jangan lupa keluar ke tempat goreng-goreng jugak sebab ada vegetable pakoras - sayur bersalut tepung khas yang digoreng, udang, sotong, ayam dan ikan digoreng dalam tepung bancuh masala pedas. Unik kan?

Vegetable Pakoras

Lamb Murtabak and Idly

Naan Bread and Tandoori Chicken

Dhaal and Chicken Curry

Mee Goreng Mamak

Rassam Soup

Aloo Chat

Dah makan segala yang berat-berat, jangan lupa cuci mulut dengan aneka Indian dessert pulak. Tapi jaga-jaga sebab manisan India ni manisssss ya ampunnn! Hahaha! Pandai-pandai lah yeee~ Kita dah warning awal-awal 😝

Laddu

Coconut Burfi

Gulab Jamun

Roti Tisu

Ok lah, ape lagiii! Cepat la book your seat!

North and South Indian Dinner Buffet
Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel

Jumaat dan Sabtu | Oktober 2019
6.30 pm - 10.00 pm

RM123.00 nett Dewasa
RM61.50 nett Kanak-kanak (5 - 12 tahun)

Reservation:
Call +607 381 3322
WA +6017 771  3327
Email partheeban.sundaramurthy@renaissancehotels.com

Juga pada bulan Oktober 2019 di Cafe BLD:

Deepavali Lunch and Dinner Buffet
Ahad | 27 Oktober 2019

Lunch 12.00 pm - 3.00 pm
RM70.00 nett Dewasa
RM35.00 nett Kanak-kanak (5 - 12 tahun)

Dinner 6.30 pm - 10.00 pm
RM99.00 nett Dewasa
RM49.50 nett Kanak-kanak (5-12 tahun)

Haunted Halloween Buffet
Khamis | 31 Oktober 2019
6.30 pm - 10.00 pm

RM123.00 nett Dewasa
RM61.50 nett Kanak-kanak (5 - 12 tahun)

Promosi Oktober di Wan Li Chinese Restaurant:

Wan Li's Organic Chicken Little Run
Setiap Hari | Oktober 2019
Lunch 11.30 pm - 3.00 pm
Dinner 6.30 pm - 10.00 pm
RM28.00 nett per dish

Promosi Oktober di Chocolate Cake Company:

Opera Cake
Setiap Hari | Oktober 2019
RM65.00 nett per kg

Post a Comment

10 Comments

  1. lunch tadi akak makan roti kosong ngn kuah dal je sunah oi... ko tayang masakan punya lah sedap, macam2 lak tu... aduhai tergugat perut ni nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah tu menu indian gak tu akak makan 🤣

      Delete
  2. Oh, baru tau beza masakan India utara dengan selatan India. Dan tak silap akak penduduk yg tinggal di India utara lebih cerah kulitnya dari penduduk selatan India, betul tak?

    Yang penting masakan India antara yg membangkitkan selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa betul kak! teringin nak pergi india utara!

      Delete
  3. Sekali nengok menunya, nampak semua memberatkan bdan ek...hahahaha...tapi semuanya sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya banyak menu yang baked dan roasted...jangan lupa, suku suku separuh...hahahahhaha

      Delete
  4. wahhh...rare sungguh hidangan dia kak. kelihatan sedap..siapa suka rasa rempah ratus ala india ni mesti suka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, rare sikit dari yang kita biasa tengok kat kedai mamak Malaysia ni..haha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com