Instagram Encik Suami Kena Hacked | Aduhai, ni ape yang berlaku dua hari lepas. Encik suami ada kat Johor pada hari Khamis dan Jumaat, ada program BOP kat pejabat RHB Asset Management, Jalan Kebun Teh. Jadi memang dua hari tu spent time dengan dia je lah.
Pagi Jumaat, dia tiba-tiba buka cerita, ada orang cuba nak login akaun IG dia. Dia dapat notification kat email. Tapi dia tak ambil apa-apa tindakan pun lepas tu. Takde tukar password ke apa. Tak sangka pulak akhirnya pada login attempt yang kedua hari Jumaat tu pukul 11.46 pagi, orang yang hacked tu dah berjaya login dan fushhh~
Masa ni nak report pun dah tak boleh |
Gone already.
Ya, instagram encik suami yang sebelum ni ada 16.5k followers tu da hilang terus dari muka bumi. Huhuhu. Orang tu hacked kemudian delete akaun dia atau tukar kepada nama lain, tak pasti lah. Yang penting, username dia selama ni dah takde dah. Hurmmm. Habis semua kerja dia dalam tu, dengan job yang banyak masih pending lagi, bayangkan lah nak hadap klien macam mana.
Akaun lama yang semua gambar dah hilang |
Dia dah ambil guna nama lain agaknya? |
Terpaksa buat akaun IG baru |
Dengan terpaksa, encik suami buka akaun IG yang baru. Takde rezeki nampaknya nak recover akaun lama tu. Dah usaha macam-macam dah, memang tak dapat balik. Uols ambil iktibar dan langkah berjaga-jaga tau. Make sure uols on Two-Factor Authentication kat Security setting IG tu, supaya setiap kali ada login, pihak IG akan bagi code kat phone or email uols dulu untuk uols key in, baru boleh login.
Memang la renyah, tapi kalau sayang semua memori dalam tu, better buat daripada takde.
Saya dah warning ni!
15 Comments
kesian sungguh Ady, kenapalah dia tak alert masa terima notis tu.. apa nak buat, dah tak ada rzeki agaknya
ReplyDeletepenjenayah betul yg buat keje tu..
tu la pasal...bila belek entri ni, baru perasan bilangan posts tu berbeza lah...dia da upload new posts la kan maksudnya...mungkin dia da block saya dan kawan2 terdekat
Deletedownload sekali authentication apps tu ..
ReplyDeleteapa tu? haaa...aku pun tak tahu apekah itu
Deletedia tak buat 2 factor ke sunah,, sebelum ni mudah nak kena hack tu, masa ada orang tolong ingatkan, kwani terus buat huu, kalo jadi mcm ni .. susah la.. dah lah follower banyak tu.. tak apelah mula balik. insyaAllah Allah ganti dengan yg lebih baik
ReplyDeletetak kak wani..dia tak amek tau pasal 2 factor tu dulu...
DeleteAllahhh.. Hmm takde rezeki. Semoah everything will be okay. Byk jugak followers tu. patut la org hacked. Ish dorang ni nak kerja senang je hm
ReplyDeletetu la pasal..nak followers banyak je tu...hacked akaun orang lain
DeleteFiza pun pernah kena hacked dulu. Alhamdulillah dapat cuma kena tukar nama baru. dah on siap² two factor tu.
ReplyDeleteAllahu...pernah kena jugak ye...alhamdulillah sempat tukar...
DeleteErmmmm masin gak kan cerita kita sembang pagi tu, baru cakap, siap suruh tukar pasword lagi tapi...kun fa ya kun, benda nak jadi, maka terjadilah ...
ReplyDeletekan sis...tak dapat nak buat apa dah lah..
DeleteAlahai sayangnya.. apa motif org Tu jahatnya
ReplyDeleteda tengok da baru2 ni, dia memang da blocked saya dan kawan2 rapat...saya guna akaun IG lain check, dia tengah delete gambar2 kat IG tu...dari 4k tinggal 2k aje..sah memang nak followers tu aje...
Deletetak sangka ada oramg sanggup berbuat begiitu..
ReplyDeletesekiranya ada hajat ...maka doakan terus kerana musibah kecil ini adakah peluang untuk dapat doa tanpa hijab
apa-apapun bersabar sahaja kerana setiap kejadian ada hkmah yang tersendiri untuk kita
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com