Ticker

6/recent/ticker-posts

Enjoy Lebih 20 Jenis Dim Sum di Shang Dim Sum, Hotel Jen Puteri Harbour

Enjoy Lebih 20 Jenis Dim Sum di Shang Dim Sum, Hotel Jen Puteri Harbour | Kalau uols suka makan dim sum dan tercari-cari kat mana lagi nak makan dim sum sekitar Johor Bahru, boleh masukkan Restoran Shang Dim Sum di Hotel Jen Puteri Harbour ke dalam list uols ya!


Jauh? Alaaa, kalo uols memang tengah have fun area sana, boleh lah berkunjung ke sini bila dah lapar dan teringin makanan lain dari biasa. Shang Dim Sum menawarkan lebih 20 jenis dim sum dari kategori kukus dan goreng. Saya sendiri dah cuba beberapa menu dim sum kat sini minggu lepas. Nak tengok apa yang saya cuba?

Prawn Dumplings

Chicken Siew Mai

Custard Salted Egg Balls

Braised Chicken Feet

Salted Egg Pau

Xiao Long Pau

Yam Chicken Dumplings

Seafood Bean Curd Skin

Antara 8 jenis dim sum kat atas tu, paling saya suka adalah Seafood Bean Curd Skin dan Salted Egg Pau. Seafood Bean Curd Skin tu sedap sangat makan cicah dengan sos mayonis. Rangup dan ada isi udang kat dalam kulit tauhu tu.


Salted Egg Pau tu pulak, haaa bila belah dua, tuuu diaaaa salted egg dia masih cair lagi, melelehhhh keluar dari pau. Sedappp, masin dan manis sedang-sedang cukup rasa aje~ Kalau perasan, ada satu lagi yang mengandungi salted egg, iaitu Custard Salted Egg Balls. Dim sum yang ni digoreng, dalamnya ada salted egg yang digaul dengan kastard, jadi intinya tak cair macam pau kukus tadi, rasa manis-manis gitu ha.


Xiao Long Pau tu pertama kali rasa, nervous gila bila nak angkat dia guna chopstick. Kulitnya sangat lembut dan fragile. Kalau terkoyak, keluar lah sup dari dalam dim sum tu. Jadi, kena hati-hati masa angkat dari bekas dim sum tu, jangan gelojohhhh tau! Sup dia tu ada rasa halia yang agak kuat tapi masih boleh telan lagi lah. Hihi.

Lain-lain, Chicken Siew Mai, Prawn Dumpling, Yam Chicken Dumpling tu pun ok, boleh telan. Sebab apa review saya "boleh telan" aje dari tadi? Sebab sejujurnya, saya bukan peminat dim sum tau! Kalau nampak menu dim sum kat buffet mana-mana restoran, memang bukan jadi pilihan saya. Saya selalu seram dengan bayangan rasa dan teksturnya yang pelik-pelik. Tapi wowwww, alhamdulillah kat Restoran Shang Dim Sum ni semua bayangan tu hilang jadi debu, ah gituu! Haha! Amazingly saya boleh telan semua dim sum terbaik yang direkemen ni.


Cuma...maaf lah, Braised Chicken Feet memang saya tolak terus pada kawan-kawan peminat ceker ayam. Dari kecik tak dibiasakan untuk makan kaki ayam, jadi tak dapat nak bagitau rasa apa. Hahaha! Tapi kawan cakap manis-manis gitu rasa dia. Kak Ajan dengan Kak Seri makan sampai licin haaaa!

Maksudnya ok la kan? So, uols yang teringin dim sum lepas habis baca entri ni, boleh lah ke Hotel Jen Puteri Harbour! Restoran dia pun best dan tenang aje. Masuk ke main entrance Hotel Jen Puteri Harbour tu, then naik escalator ke tingkat atas. Restorannya betul-betul sebelah escalator kat atas tu.





Restoran Shang Dim Sum
Lobby Level, Hotel Jen Puteri Harbour, Nusajaya, Johor

Waktu buka:
Setiap hari
10 pagi - 10 malam

Harga:
RM4 - RM10 sebekas

*Harga termasuk 10% Service Charge dan 6% SST

Tel. No:
+607 560 8888

Post a Comment

17 Comments

  1. Alaaaaa...dia tayang lagi...esok nak pi check up ni...hahaha...mmg x leh la makan hari ni...

    ReplyDelete
  2. sedapnya sunah.. bekas tu comel jer... haha

    ReplyDelete
  3. pergh terbontang mata jenuh pikir nak makan yg mana, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah jangan order banyak sangatttttt uikk, pilih mana yang mampu makan jeee

      Delete
  4. Tak sabar nak memakannyaa..walah walah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhihihi...sabar sikit ekkk..tak lama lagi bole cuba sendiri

      Delete
  5. Tak penah makan dim sum. Sadis btol 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. wei sep sikit...tapi sep hujung2 je, sebab dah pernah makan....hahahahah

      Delete
  6. Menariknya ada banyak jenis dimsum. Dahlah suka dim sum. memang jauh kak. tapi kalau ada rezeki singgah sana boleh try makan kat sini

    ReplyDelete
  7. I love dim summmmmm...Tapi biasanya kalau yang bergoreng, x minat sangat..suka yang dikukus...mantap!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com