Test, Try and Experience Dyson Technology: Dyson Buka Dyson Demo Store Terbaru di Mid Valley Southkey, Johor Bahru, Malaysia | Semalam, 30 Oktober 2019, Dyson merasmikan pembukaan demo store terbarunya di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru. Lot kedai tersebut yang terletak di level G-039 direka bentuk supaya pelanggan yang datang boleh menguji, cuba dan rasa sendiri pengalaman menggunakan teknologi Dyson yang terkini.
Saya sendiri dah pergi, tengok dan cuba antara teknologi utama yang dipamerkan di Dyson Demo Store tu. Tapi, sebelum saya share teknologi apa yang ada kat situ, nak tanya uols dulu, kenal ke Dyson? Pernah nampak peralatan rumah jenama Dyson? Atau pernah dengar orang sebut? Kalau uols tak tahu dan tak pernah dengar, Dyson ni sebenarnya antara syarikat teknologi global yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Filipina dan United Kingdom.
Dengan lebih 12,000 orang pekerja termasuk 4,500 orang jurutera dan saintis, Dyson giat membangunkan teknologi di seluruh dunia dengan fokus utamanya pada sel bateri keadaan pepejal, motor elektrik berkelajuan tinggi, sistem penglihatan, teknologi pembelajaran mesin dan kepintaran buatan (AI). Dyson mula bertapak di Malaysia pada tahun 2000.
Dyson Demo Store pertama Asia Tenggara dibuka di The Gardens Mall, Kuala Lumpur, Malaysia pada bulan September 2017. Yang kat Johor Bahru ni pulak demo store dia yang kedua di Malaysia. Kalau uols nak tahu, Malaysia Development Centre (MDC) kat Johor ni pun diorang yang reka, buat prototaip dan ujikaji, yang mana membantu diorang menambah-baik lagi produk-produk sedia ada.
Apa je produk teknologi dari Dyson ni?
Haaa...meh sini nak share!
Dyson V11™ Cord-Free Vacuum
Vacuum Dyson ni boleh mengesan dan menyedut kotoran secara automatik dengan teknologi Dyson digital motor V11 yang berupaya berputar sehingga 125,000 rpm. Lagi powerrrr dari Dyson Cyclone V10™ vacuum sebelumnya, dengan kuasa sedutan lebih 20%! Sambil menyedut segala kotoran, mesin ni akan tunjuk status real time vacuum kat LCD skrin pada bahagian atas pemegang. So, uols boleh check la tengah guna power mode yang mana satu, berapa banyak lagi bateri yang tinggal dan dapat notis kalau-kalau vacuum tersumbat. Very intelligent, kan? Dekat demo store, uols boleh cuba vacuum ni atas 3 permukaan lantai yang berbeza.
Dyson Pure Cool™ Purifying Fan
Ye, inilah lambang kipas zaman moden. Haha! Kipas tanpa bilah Dyson ni mampu menghapuskan 99.99% alergen dan pencemar udara sehingga sekecil-kecil 0.3 microns, kemudian memberikan uols udara yang lebih bersih dan sihat. Ada tiga jenis kipas Dyson ni, iaitu tower fan, desk fan dan satu lagi disebut Dyson Pure Cool Me™, kipas personal dengan teknologi Dyson Core Flow™ yang uols boleh letak tepi katil, atas meja atau kat nursery. Menariknya, Dyson Pure Cool™ Purifying Fan ni pun boleh report kat uols tentang kualiti udara di sekelilingnya melalui Dyson Link App. Jadi, kalau uols jauh dari rumah, then udara kat rumah tu tiba-tiba degrade, uols akan dapat notis kat app tu. Sangat reliable untuk ibu bapa yang bekerja kan, rasa lebih selamat la bila terpaksa tinggalkan anak-anak kat rumah.
Dyson Supersonic™ Hair Dryer
Oh, bestnya kalau dapat keringkan rambut panjang yang basah hanya dalam masa 10 minit! Tu la testimoni dari salah seorang pengguna pengering rambut Dyson Supersonic™ ni. Pengering rambut biasa ada masanya sukar nak dikendalikan. Kadang-kadang suhu panasnya terlampau panas, dan boleh merosakkan rambut. Lagi bahaya tapi jarang-jarang berlaku, rambut boleh terselit pada pengering rambut konvensional. Sebab tu lerr pakar Dyson cipta Dyson Supersonic™ ni, dengan teknologi digital motor V9, mesin ni menggunakan aliran udara yang pantas dan berfokus, seimbang bila dipegang dan lebih senyap daripada pengering rambut biasa. Kepintaran Dyson Supersonic™ ni mengawal suhu udara yang dikeluarkan dari mesin tu melindungi rambut daripada rosak akibat suhu yang terlampau panas, hasilnya rambut jadi lebih sihat dan bersinar.
Dyson Airwrap™ Styler
Yesss, ini mesti ramai perempuan suka. Kecik-kecik dulu saya suka acah-acah gulungkan rambut. Nak buat rambut curl tapi tak nak kerinting macam megi. Nampak auntie-auntie Cina kat saloon menggulung rambut secara manually, saya pun nak cuba juga, tapi guna kertas aje gulungkan. Lepas sejam, bukak dan jadilah curl tu walaupun tahannye 10 minit aje. Bahahah! Kalau nak tahan lama, biasanya diorang guna mesin pemanas dan ade la bahannya untuk jadikan rambut tu kerinting. Tapi tak bagus sangat kesannya sebab rambut boleh rosak akibat suhu yang terlampau tinggi. Jadinya, pakar Dyson fikir, baik apply Coanda effect untuk style-kan rambut curl dengan hanya menggunakan tekanan udara yang digabungkan dengan sedikit haba. Hasilnya, rambut curl dengan cantik dan natural dalam masa yang singkat. Kalau ke Dyson Demo Store, uols boleh dapatkan khidmat nasihat dari Dyson Beauty Advisor, bahkan boleh buat temujanji oii untuk buat rambut!
Dyson Lighting
Haaa, teringat projek-projek FYP masa degree dulu. Siapa yang buat Smart Home, mesti suka teknologi Dyson Lighting's Cu-Beam™ ni. Sekarang kan kebanyakan lampu dah guna LED aje. Lebih tahan lama dan lebih terang dari lampu fluorescent biasa. Lampu Dyson ni pun guna LED berkuasa tinggi untuk hasilkan cahaya mengikut kesesuaian waktu harian melalui Dyson Lightcycle™. Rekaan lampu Dyson ni boleh melindungi mata dari cahaya yang terlampau terang, disamping memberi cahaya berkualiti sehingga 60 tahun dengan teknologi Heat Pipe. Lama gilaaa kan?
Yang paling menarik antara semua? Takde, sebab semua menarik! Hahaha! Kalau saya ada rumah sendiri, dan ada rezeki lebih, memang nak ada semua tu sekali! Wakakaka! Tak salah pasang angan-angan kan!
Bagus jugak bila Dyson buka demo store macam ni. Senang orang nak tengok sendiri macam mana rupa produk-produk diorang. Boleh cuba dan belajar sekali macam mana nak guna. Kalau ada apa-apa kemusykilan pun boleh terus tanya pada pakar Dyson kat store tu. Bak kata Design Manager, New Development, Dyson, Mr. Will Kerr:
"It is critical for people to be able to test and experience our technology, so they can understand how it works. This space is designed with that in mind. You can pick-up the machines, pull them apart, and thoroughly test them, whether it is a cord-free vacuum on our test tracks with various dust samples or hair styling with Dyson hair care technology. The opening of the new Dyson Demo Store in Southeast Asia is a testament to our ambitions to expand our footprint further and to bring Dyson technology closer to the people in Johor Bahru.
Yeahhh! So, kalo uols yang stay sekitar JB nak tengok dan cuba sendiri perkakas rumah serta perias rambut Dyson ni, boleh la datang ke Dyson Demo Store kat Mid Valley Southkey!
Dyson Demo Store
G-039, The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru
Waktu Operasi:
Setiap hari
10 pagi - 10 malam
Website:
14 Comments
Kalaulah Suami offer antara tettt gan ini, nak yang mana, tentu ku pilih vakuum tu hahahahaha
ReplyDeleteape la tettt tu eksss
DeleteBerkenan betul dengan barangan dyson ni.. Terutamanya yang vacumm tu.. Mudah nk bersih rumah..
ReplyDeleteakak pulak aim hair dryer tu..hahahah
DeleteDyson ni antara jenama idaman Mak Inche tapi rege kipasnya pun dah... phewwwwwwwwww!
ReplyDeletephewww phewww phewwwww macam bunyi kipas ek
DeleteWah bestnya boleh test live vacuum Dyson. Vacuum dia memang bagus dan power.
ReplyDeletetu lah...alhamdulillah ada rezeki mencubanya...
Deletesuka dyson ni.. vacuum dia best. skg kilang dia kat singapore ... harap2 murahlah macam harga london
ReplyDeleteko try la tengok nanti tatie..
DeleteSuka tengok barang elecktrik brand dyson ni..semua design dia menarik. Harga dia boleh tahan pricey juga
ReplyDeleteyup, agak pricey tapi sangat berkualiti
Deletekalau dapat Dyson ni hari2 mengemas xpe.. orang upah tolong kemas pun sanggup..
ReplyDeletekan siti...yang malas pun jadi rajin..haha
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com