Ticker

6/recent/ticker-posts

Banyaknya Rahsia dalam Novel Shhh...Rahsia! by T Sea

Banyaknya Rahsia dalam Novel Shhh...Rahsia! by T Sea | Impresi pertama saya bila dapat buku ni kat tangan, "macam novel FIXI!" Bila belek belakang, oh bukan buku FIXI, tapi Prolog Media. Jujurnya ini kali pertama saya baca novel karya T Sea. Nama yang agak asing bagi saya, tapi saya pun bukan lah banyak membaca novel macam ni sejak-sejak da berusia ni. Ye lerr, dah tua kannn. Satu dua nama je yang saya rasa saya kena baca kalau diorang release buku.


But, bila tengok cover novel ni, wowww! Something sangat. Dan bila saya baca sinopsis kat belakang novel:
“Tahukah anda, manusia di sekeliling anda masing-masing menyimpan satu identiti yang lain dari apa yang anda lihat. Dan identiti itu menjadi rahsia sehinggalah ada yang membongkarnya.”
Menjadi penulis popular yang anonnymous tak susah bagi Rosie selagi rahsianya disimpan rapi. Dan menjaga rahsia Rosie pula hanya tugas mudah bagi Iris. Perjalanan hidup kedua-duanya lancar sehinggalah muncul Dani di antara mereka.
Kemunculan Dani memberi impak yang besar pada Iris hingga memaksa gadis itu membuka satu persatu rahsia yang tersimpan selama ini. Namun, siapa yang boleh menyangka semua itu bakal mengubah hidup mereka semuanya.
Kejutan demi kejutan berlaku dan selepas tu...

...buat saya tersenyum simpul.

Kerana sinopsis tu dekat dengan saya. Terus jadi bersemangat nak baca. Nyata, lembaran pertama menyebabkan saya terus menyelak lembaran-lembaran seterusnya. Walaupun terjumpa sesetengah part yang ada kesalahan ejaan (typo) dan susun kata berulang, namun tak membantutkan mood saya untuk meneruskan pembacaan.

Sesuai dengan tajuk novelnya, memang banyak rahsia dan plot twist dalam Shhh...Rahsia! ni! But, mungkin sebab dah banyak sangat baca novel thriller seumpama ni, jujurnya dah boleh agak rahsia paling besar tu sebelum T Sea bongkarkan, jadi tak berapa terkejut sangat. Hihi.

Nicely written with good ideas, mampu buat kita senyum sendiri pada babak-babak sweet antara Dani dan Rosie, mampu buat kita mengalirkan air mata pada hujung-hujung novel, dan ending yang "heyyy, bencinyaaa, kenapa tergantung??" Hahaha!

But overall, nice lah!

Apa kisah dalam tu, takmo lah cerita secara detail, sebab tak syok nanti! Saya sendiri, bukan jenis baca muka surat terakhir setiap novel yang saya baca. Hihi. Uols kena baca sendiri kalau nak tahu apa yang rahsia sangat tentang Rosie ni.


P/S: Thanks 'Rosie', memang pilihan novel terbaik untuk saya kenali T Sea. I'm in love!

Post a Comment

13 Comments

  1. Replies
    1. terima kasih anum...nanti kita singgah balik ya!

      Delete
  2. a'ah la , tengok cover novel tu macam FIXI .

    Baris pertama sinopsis tu memang relate dengan hidup manusia . Masing-masing ada satu sisi yang lain yang mana tak ada orang yang tahu .

    ReplyDelete
  3. buat akak teringin nak cari buku ini lah... sbb sekarang mood membaca tengah mari... walaupun sekarang tengah nk abiskan 1 novel tebal pinjam dari kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la kak baca, nanti mesti melekat nak habiskan..haha

      Delete
  4. Lama tak membaca novel..lama sangat.

    ReplyDelete
  5. Jap...pening baca laaa...hahahaha mungkin sebab Sis ko tak berapa gemar novel cenggini huhuhu

    ReplyDelete
  6. Macam menarik...asyik baca novel cinta je kan..kena carik la..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com