Aduh Penatnya Nak Reply Komen | Siapa kat sini rajin reply komen pembaca yang datang kat blog masing-masing? Kejap lagi mesti Sis Lin datang jawab, SAYAAAAAAAAAA!!! Hahaha!
Uols nak tahu tak, sebenarnya dengan membalas komen-komen kat blog uols tu, ia membantu menaikkan pageviews blog jugak tau! Lagi-lagi yang guna embedded comments. Sebab page akan refresh setiap kali uols tekan Publish comment.
Tapi ia tak dikira sebagai unique pageview ya! Cuma akan menambahkan total pageviews sahaja.
Saya cuba juga untuk reply setiap komen yang ditinggalkan kat blog ni. Kadang-kadang tu berapa hari jugak tak terbalas komen-komennya sebab sibuk dengan komitmen lain. Banyak hari kebelakangan ni saya hanya update entri terbaru, then blogwalking satu dua blog aje. Tak sempat sehhh nak reply komen kat blog sendiri.
Tu yang bila ada je hari kosong tanpa ada apa-apa aktiviti atau job review, saya duduk luangkan masa depan laptop untuk baca betul-betul setiap komen yang ditinggalkan dan balas time tu jugak. Macam hari ni lah! Ni tengah reply-reply komen la ni, tiba-tiba dapat idea nak keluarkan entri sebab rasa penatnyaaaaaaaaaaa bila nkoo timbunkan komen-komen tu sampai beberapa hari tak balas. Haa, padan muka ko nak menelaah satu-satu! Hahaha!
Banyak lagi kelebihan bila kita reply komen ni sebenarnya. Selain dari dapat mengeratkan silaturrahim dengan pembaca yang datang baca balik komen yang dia tinggalkan, kita jugak boleh menyangkut dekat mana-mana seo keywords kalau ada yang cari kat google benda yang kita komen tu.
Jadi, bila tinggalkan komen kat entri blog orang lain, saya usahakan jugak supaya komen saya tu ada nilainya, gituuu kununnya. Haha!
Eh, ok lah. Nak sambung reply komen lepas tu gi blogwalking blog uols pulak! Sementara internet tengah laju ni!
20 Comments
Saya pula reply komen kerana merasakan itu cara saya berinteraksi dengan reader blog saya, lgpun seronok reply komen , tapi reply time internet tengah laju ler ...
ReplyDeletekann...kalau internet lambat, susah jugekkk
Deletei mencuba sedaya upaya membalas. then BW gak. then kalau boleh tinggal comment. seronok kan.
ReplyDeleteyeee...rasa dekat dengan pembaca dan penulis blog yang kita tinggalkan komen
DeleteKalau ada masa, balas juga komen2
ReplyDeleteya wak, perasan jugak wak kadang2 reply komen...hihi terima kasihhhh
DeleteJarang balas komen kecuali komen berbentuk pertanyaan, itupun klu pertanyaannya logik, hahaha
ReplyDeletehahahahahha seketul sunah selalu tinggalkan komen yang tak logik kannn... 🤣🤣🤣
Deletesaya sudah praktis balas komen sejak mula menjadi blogger lagi sehingga sekarang.
ReplyDeletebahkan saya sudi sangat buat kunjungan balik ke blog mereka.
sejujurnya saya rasa tidak letih membalas komen kerana saya hargai komen mereka.
yang letih menulis blog kerana saya menulis berdasarkan rujukan, kajian dan pelbagai lagi faktot yang lainya.
sekarang juga saya berlatih untuk menulis komen yang agak panjang dari kebiasaan supaya bounce rate blog yang saya kunjungi rendah
wowww! saya suka point terakhir tu! baru perasan benda tu, betul jugak ek...kalo kita stay lama kat satu2 blog tu, ia akan menurunkan bounce rate! syabas dan terima kasih!
DeleteTak terbalas..walaupun komen tak beratus macam blog u, sisturrr!
ReplyDeleteTapi, seorang Nona akan usahakan sampai berjaya balas semua komen..muahaha~
Terima kasih kerana sering mengomen blog sy jugak..huhu
hahahah mana ade sampai beratus! over ko non! :p
DeleteAlhamdulillah sekarang ada masa dan rajin nak membalas komen. seronok berbalas komen macam tu
ReplyDeletekan fiza...
DeleteTak pernah plak rasa reply komen sebab nak naikkan PV, cuma reply sebagai tanda jawaban pada si pengomen heheheh..
ReplyDeleteTapi yerr, Sis ko laa yang memang rajin reply komen hahahahahaa
hahaha sebab saya perasan pv tu naik bila hari tu saya reply komen kat entri2
Deleteammi akan cuba balas..tp kalau berkesempatan. Kadang-kadang bila boss takde kat ofis and dah xde apa nak buat gigihlah ammi balas 1-1
ReplyDeleteheheheh...kadang2 tak sempat kan
DeleteOk nanti mama rajinkan diri reply Komen ye.. kesibukn sampai jawab dlm ATI je.. xsmpat nak taip hihi
ReplyDeletehahahaha comel aje, reply dalam hati
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com