3 Tempat Menarik di Sepilok, Sandakan yang Wajib Anda Kunjungi | Hutan Simpan Kabili-Sepilok menyimpan khazanah flora dan fauna yang sangat berharga di negeri Sabah. Terdapat tiga pusat hidupan liar yang utama kat sini, wajib uols pergi semuanya kalau merancang untuk masukkan Sepilok ke dalam list jalan-jalan Sabah uols.
Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre - Masuk sini untuk mengenali lebih lanjut tentang Orang Utan. Hutan simpan yang sangat luas sebagai pusat pemuliharaan Orang Utan di Sabah, kat sini jugak ada pusat rehabilitasi Orang Utan di mana hidupan ni akan diajar untuk berdikari sebelum dilepaskan ke hutan Kabili-Sepilok. Kalau uols bernasib baik, uols boleh tengok Orang Utan dengan lebih dekat ketika waktu makannya pada pukul 10 pagi dan 3 petang setiap hari. Jangan lepaskan peluang untuk tengok juga video tentang Orangutan Appeal UK, program melepaskan Orang Utan ke hutan simpan di Sabah bagi memelihara kelangsungan hidupnya.
Harga tiket masuk:
Rakyat Malaysia 18 tahun ke atas RM5
Rakyat Malaysia bawah 18 tahun RM2
Non-Malaysian 18 years and above RM30
Non-Malaysian below 18 years RM15
Kamera, video recording untuk kegunaan sendiri: RM10 per unit
Kamera, video recording untuk kegunaan komersil: RM1,000 per unit
Perfileman: RM10,000 tidak lebih 7 hari berturut-turut
Waktu buka:
Setiap hari 9 pagi - 12 tengahari dan 2 - 4 petang
JUMAAT 11 pagi - 12 tengahari dan 2 - 4 petang
Waktu buka:
Setiap hari 9 pagi - 12 tengahari dan 2 - 4 petang
JUMAAT 11 pagi - 12 tengahari dan 2 - 4 petang
Borneon Sun Bear Conservation Centre - Pusat konservasi beruang matahari yang terancam kerana manusia selalu ingat beruang ni adalah haiwan peliharaan. Beruang matahari atau pun lebih dikenali sebagai beruang madu di Malaysia dan Indonesia kerana kegemarannya memakan madu, adalah spesies beruang terkecil di dunia. Setiap daripadanya mempunyai corak dada yang berbeza antara satu sama lain. Beruang-beruang matahari di sini kebanyakannya diselamatkan di hutan dan juga ketika masih dalam peliharaan manusia. Mana-mana beruang matahari yang boleh hidup sendiri atau masih liar akan dilepaskan semula ke dalam hutan. Uols boleh juga join adoption program dengan sumbangan minimum RM300 sebulan kepada setiap ekor beruang matahari kat sini. Rujuk lebih lanjut di website BSBCC.
Harga tiket masuk:
Rakyat Malaysia 18 tahun ke atas RM5.30
Rakyat Malaysia 12 - 17 tahun RM2.10
Rakyat Malaysia bawah 12 tahun PERCUMA
Non-Malaysian 18 years and above RM31.80
Non-Malayian between 12 - 17 years RM15.90
Non-Malaysian below 12 years FREE
Kamera lebih 500mm lens RM1,000
Waktu buka:
Setiap hari 9 pagi - 3.30 petang
Non-Malaysian below 12 years FREE
Kamera lebih 500mm lens RM1,000
Waktu buka:
Setiap hari 9 pagi - 3.30 petang
Rainforest Discovery Centre - Merupakan pusat penemuan hutan hujan Borneo yang letaknya tak jauh daripada Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre dan Borneon Sun Bear Conservation Centre. Uols boleh berjalan kaki dalam hutan kat sini dengan nature guide diorang atau menikmati keindahan hutan pada aras 28 meter dari atas tanah, melalui titian kanopi sepanjang 147 meter. RDC ni lebih kepada hutan pembelajaran, dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Selain daripada Canopy Walkway-nya, kat sini jugak ada Exhibition Hall, Plant Discovery Garden, dan Rainforest Discovery Walk. Ada satu tasik besar juga yang available untuk uols berekreasi dengan bot pada hujung minggu dan cuti umum.
Harga tiket masuk:
Rakyat Malaysia 18 tahun ke atas RM7
Rakyat Malaysia 5 - 17 tahun RM3
Rakyat Malaysia bawah 5 tahun PERCUMA
Rakyat Malaysia bawah 5 tahun PERCUMA
Non-Malaysian 18 years and above RM15
Non-Malaysian between 5 - 17 years RM7
Non-Malaysian below 5 years FREE
Waktu buka:
Setiap hari 8 pagi - 5 petang
Night walk:
Isnin, Rabu dan Jumaat
6 petang - 8 malam
(advanced reservation required)
Waktu buka:
Setiap hari 8 pagi - 5 petang
Night walk:
Isnin, Rabu dan Jumaat
6 petang - 8 malam
(advanced reservation required)
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 Sabah
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
7 Comments
dulu masa sekolah mmg teringin sgt nak ke sepilok sbb pusat orang hutan
ReplyDeleteye kee...kat sarawak pun ada tau...tiberrr sebut sarawak...hahahah
DeleteBest nya dapat jalan2 sandakan. Kite bile nak sampai 🤣🤣🤣
ReplyDeletenanti satu hari!
DeleteTahun depan jom pergi lagi..jeng jeng jeng...
ReplyDeleteya Allah jom sis!!!!
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com