Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Tumpuan Utama Sandakan Heritage Trail

10 Tumpuan Utama Sandakan Heritage Trail | Ada banyak tempat menarik sekitar Sandakan yang boleh uols jenguk-jenguk kalau bercuti ke sana. Macam Seremban Heritage Trail, Sandakan pun ada jejak warisan bersejarahnya. Ada 10 tapak warisan sejarah yang masih dikekalkan binaannya sehingga ke hari ini. Uols boleh berjalan kaki untuk menjejaki tapak-tapak warisan ni dan mengenali sejarah berkaitan dengannya.


Masjid Jamik - Masjid tertua di Sandakan, berusia lebih 100 tahun, dibina pada tahun 1887 dan masih digunakan sebagai tempat beribadah sehingga kini. Beberapa kesan peluru masih terdapat pada menara masjid. Semasa Sandakan diserang dengan bom pada tahun 1942, kebanyakan bom yang jatuh sekitar masjid tak meletup pun. Subhanallah! Dan masjid ni masih gunakan jam lama German yang berusia lebih 50 tahun.


Willian B. Pryer Monument - Terletak di MPS Square, sebagai memperingati William B Pryer (1845-1899) yang mengasas Sandakan pada tahun 1879, ejen dan Residen untuk North Borneo Company. William meneroka Sungai Kinabatangan dan Segama, memulakan perladangan kopi dan rami, namun perusahaan tembakau merupakan tanaman pertama yang memberi pulangan pendapatan di Sabah pada tahun 1884. Sebahagian besar Sandakan musnah dalam tragedi kebakaran pada 15 Jun 1878. William cuba menghidupkan tapak baru dengan nama Elopura, tapi nama Sandakan jugak yang tetap digunakan sehingga ke hari ni.


Stairs with Hundred Steps - Juga dikenali sebagai "Tangga Seribu" di kalangan masyarakat tempatan. Tak ada maklumat rasmi tentang asal-usul tangga ni, tapi dipercayai, masyarakat Cina yang mendiami puncak bukit juga kawasan sekitar menggunakan tangga ni untuk membawa hasil tani diorang ke pusat bandar untuk dijual. Pegawai British pun bina bangunan kerajaan diorang kat puncak tangga ni, menghadap teluk Sandakan. Sehingga ke hari ni, puncak bukit tu jadi kediaman rasmi kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.


Agnes Keith's House - Agnes Keith merupakan salah seorang penulis Amerika. Beliau dan keluarganya pernah menetap di Sandakan sejak tahun 1934 hingga Mei 1942. Agnes berkahwin dengan Henry George Keith (Harry) di Los Angeles pada tahun 1934, kemudian mereka berlayar ke Sandakan, Sabah. Agnes banyak menulis mengenai Sandakan dan penduduknya, juga tentang pengembaraan bersama suaminya. Artikel-artikel yang ditulis kemudian dihantar ke majalah Atlantic Monthly di Amerika. Dari sinilah wujudnya buku Land Below the Wind pada tahun 1939, hasil kompilasi semua artikel yang pernah beliau tulis. Biarpun diuji dengan peperangan dan pernah ditahan oleh tentera Jepun selama tiga tahun sejak tahun 1942, Agnes tetap menulis sejarah Sandakan dalam senyap-senyap. Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun. Rumah Agnes Keith yang sekarang adalah rumah replika yang dibina selepas perang tamat, di atas tapak asal dengan binaan yang serupa.


Remains of old staircase - Peninggalan anak tangga lama dan sebahagian daripada batu asas di sini dipercayai sebagai tapak lama bangunan Konsulat Kerajaan China sebelum perang, pada tahun 1933 hingga 1946. Berdekatan dengan tangga lama ni adalah Kubur Cina Purba yang terletak di Jalan Aman, antara tanah perkuburan tertua di Sandakan, dipercayai telah digunakan oleh para peneroka China dari tahun 1800 lagi.

Pic: Wikimedia Commons

Goddess of Mercy Chinese Temple / Kun Yam Temple - Salah satu daripada kuil tertua di Sandakan, dinamakan sempena Goddess of Mercy of "Kuan Ying", tersergam di lereng bukit tak jauh dari Singapore Road. Kuil asal dibina kira-kira pada tahun 1880, kemudian dibesarkan. Malangnya takde rekod rasmi yang disimpan, kebanyakan sejarah mengenai kuil ni disampaikan melalui lisan. Kalo ikut pada sain kat kuil tu, ia dibina pada tahun 1868.


St. Michael's and All Angels Church - Gereja batu pertama yang dibina di Sabah, direka oleh seorang rakyat New Zealand, Mr. B. W. Mounfort. Binaan asal menggunakan kayu belian, kemudian diganti dengan bata dan akhirnya menggunakan batu yang dikatakan daripada Buli Sim Sim, manakala batu putih pada tingkap dan pintu dibawakan khas dari Hong Kong. 


Sam Sing Kung Chinese Temple - Salah satu bangunan tertua di Sabah. Pertama kali dibina pada tahun 1885, siap sepenuhnya pada tahun 1887 sebagai pusat keagamaan bagi masyarakat Cina dari Guangdong. Kuil ni menyimpan banyak artifak dan khazanah mengenai sejarah awal Sandakan. Antara yang paling menarik adalah loceng gangsa tertua di Sabah ditemui di sini, disumbangkan oleh 'Kapitan Cina' pertama Sabah, iaitu Fung Ming Shan.

Pic: Wikimedia Commons

Malaysia Fountain - Sebagai memperingati kemerdekaan Sabah dengan menyertai Malaysia pada 16 September 1963 dan menyaksikan pemergian Gabenor terakhir British North Borneo, Sir William Goode. Binaan sekarang telah ditambah kepada binaan asal pada tahun 80-an.

Pic: Travel Notes

Wisma Warisan / Sandakan Heritage Museum - Dibuka pada 5 Disember 2003. Terletak di aras satu dan sebahagian aras bawah Wisma Warisan. Muzium  ni menyimpan sejarah mengenai Sandakan, terutamanya rakyat tempatan yang banyak menyumbang jasa kepada komuniti dan kerajaan. Turut ada di sini adalah satu ruang khas bagi memperingati pengembaraan Martin dan Osa Johnson di aras bawah. Mereka datang dari Amerika untuk merakam kehidupan harian masyarakat tempatan dan juga hidupan liar pada tahun 1920, yang akhirnya menjadi sebuah filem bertajuk "Jungle Adventures". Pada tahun 1935, diorang datang lagi ke Sandakan dan bertemu dengan pasangan Keith. Dalam trip kali ni lah diorang berjaya tangkap dan hantar Orang Utan pertama ke New York Zoo. Pada tahun 1937, 20th Century Fox mengeluarkan filem Borneo, kisah mengenai pengembaraan Martin dan Osa sebelum peperangan. Namun, Martin telah pun meninggal dunia dalam nahas kapal terbang sebelum filem tersebut dikeluarkan. Kalau uols datang ke sini, uols akan tenggelam dalam penceritaan mengenai diorang. Serius saya suka sangat baca kisah-kisah diorang sepanjang kat Sandakan, banyak gambar-gambar menarik yang diorang ambil dan kongsikan kepada pengunjung kat sini.


Kalau uols berminat nak join Free Walking Tour khas untuk Sandakan Heritage Trail, uols boleh hubungi pihak Borneo Sandakan Tours.

Free Walking Tour
Rabu & Jumaat sahaja
10 pagi - 12 tengahari
Mohon tempah 24 jam sebelum tour, maksimum 15 pax
WA: +6016 520 5754

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association

Post a Comment

12 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com