Wonda Coffee Sarawak dan Melaka Edition | Sempena Hari Malaysia yang akan tiba tak lama lagi, Wonda Coffee ada keluarkan tin kopi baru, khusus bagi negeri Sarawak dan Melaka. Korang da cuba? Saya dahhhh! Excited betul nak try bila nampak iklan dia keluar kat Facebook 😁
Mula-mula saya cuba yang Sarawak, sebab ada 7 Eleven dekat dengan rumah. Oh, Wonda Coffee special edition ni hanya ada di tempat tertentu aje tau. Tak semua kedai ada. Macam Sarawak edition ni, hanya ada dijual di 7 Eleven saja, pada harga promosi RM2.00 sampai 30 September. Bila teguk, woww pahitnya! Hahaha! Sepadan lah dengan description dia. Full bodied with slight BITTERNESS.
Then esoknya saya cuba pulak Melaka edition. Yang ni hanya ada dijual di Shell Select kat stesyen petrol Shell aje. Harganya pulak RM3.00 yang saya beli, kalau beli DUA, harganya RM4 untuk 2 tin. Jadi, better beli dua tin untuk dapat harga lebih murah. Bila teguk yang ni pulak, ehhh! Sedapppp! Ok, saya lebih sukakan rasa Melaka edition berbanding Sarawak edition.
Walaupun saya orang Sarawak 😜
Agaknya ada keluaran negeri lain pulak tak ek?
Kita tunggu!
9 Comments
Kenapa dijual kat tempat2 yg berasingan ek? Kita suka wonda ni tapi bila dah masuk kedai petrol faham2 jer la regenya melambung
ReplyDeleteWOW CANTIK
ReplyDeletemenarik.... nk try jgklah... akak suka ya pahit2 nih...
ReplyDeletepilih2 tempat pulak yg ada jual yek...
suka tgk tin dia cantik kena simpan tu sbb lps ni sure x de lg
ReplyDeletesunah..banjer kita 1..:)
ReplyDeletewow pahit nya HAHAHAHHA kenape lucu sangat blog ni.. hehe wonda coffee best la. saya suka minum.
ReplyDeletebila ditulis begini teringin juga nak mencuba..
ReplyDeleteterutama wonda coffee Sarawak...sebab saya suka yang pahit-pahit
Teringin nak cuba tapi dah setahun tak minum kopi
ReplyDeleteDa ad perak edition .. Try tgk kt petron.. Flavor caremel ..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com