Ticker

6/recent/ticker-posts

Tempat Makan Best di Sandakan, Sabah

Tempat Makan Best di Sandakan, Sabah | Ada banyak tempat makan yang menarik di area Sandakan, Sabah. Kalau uols tengah mencari restoran untuk lunch or dinner kat area sana, boleh teruskan membaca ya! Saya kongsikan beberapa tempat yang saya kunjungi masa ke Sabah minggu lepas.

1. Pusat Makanan Laut Pasir Putih (Baru)

Kalau uols penggemar seafood, wajib cuba menu seafood kat restoran ni. Menu paling popular kat sini adalah Yee Mee Lobster atau Yee Mee Udang Kara. Udang karanya direbus biasa dan diletakkan atas yee mee, kuah mee pula dituang kemudian untuk efek memukau hati dan perut. Haha! Biarkan kuah meresap sebentar ke dalam mee, baru ceduk masuk ke dalam pinggan masing-masing. Sedap, segar dan manis lobsternya. Selain tu, saya juga sukakan Udang Harimau Rebus dan Ketam Bakar Bergaramnya. Yang penting, semua seafood segar dari laut!


Pusat Makanan Laut Pasir Putih (Baru)
Jalan Sapi, Mile 2.5, Sandakan
Buka: Setiap hari 10 pagi - 11 malam
Tel: +6089 612 863
NO PORK, NO LARD

2. Sandokan Seafood Restaurant

Restoran makanan laut Melayu ni terletak berdekatan dengan lapangan terbang Sandakan. Namanya diperoleh daripada nama watak seorang pahlawan dalam novel bersiri Itali yang ditulis oleh Emilio Salgari. Walaupun namanya Sandokan Seafood, tapi ada juga menu lain kalau uols dah rasa jemu dengan seafood. Cuba lah Ikan Alu-alu Masak Tiga Rasa, betul-betul isi ikan bersama kulit, bukan fillet semata-mata tau! Sup Jagung Isi Ketam nya pun kena dengan tekak saya, sampai 3 mangkuk saya habiskan.


Sandokan Seafood Restaurant
No. 197, Lot. 3, Taman Pak Tak, Jalan Airport Batu 7, Sandakan
Buka: Setiap hari 10 pagi - 11 malam
Tel: +6089 667 177
HALAL

3. The Lake Bistro @ Sepilok Nature Resort

Sepilok terletak kurang setengah jam dari bandar Sandakan. Kalau uols berjalan-jalan ke area Sepilok, boleh cuba makan tengahari di Lake Bistro, Sepilok Nature Resort. Nikmati makanan uols sambil menghadap pemandangan tasik di hadapan kafe. Dekorasi dalaman kafe juga sangat memukau dan instaworthy. Rugi kalau datang sini tak ambil gambar! Makanannya pula lebih banyak variasi daripada menu Asia mahupun menu Western. Siap ada menu vegetarian - Vegetarian Fried Rice, Vegetarian Pizza etc.


The Lake Bistro & Bar
Sepilok Nature Resort, Sepilok, Sandakan
Buka: Setiap hari 7 pagi - 10 malam
Tel: +6089 673 999
NO PORK, NO LARD

4. San Da Gen Kopitiam

Restoran ni terletak di tengah-tengah bandar Sandakan, bersebelahan dengan Nak Hotel. Masuk aje ke dalam restoran, uols akan terpesona dengan rekaan dalamannya yang sangat menarik. Restoran ni full house pada hujung minggu, menandakan memang makanannya sedap lah kan! Ada macam-macam menu makanan tempatan dan juga menu hipster kat sini, paling uols kena cuba adalah UFO Tart signaturenya, Salted Egg Lava French Toast, Durian Cream Puff dan juga Avocado Cream Puff. Kalau orang ramai, mohon bersabar menunggu menu uols siap ya.


San Da Gen Kopitiam (sebelah Nak Hotel)
Jalan Pelabuhan Lama, Pusat Bandar Sandakan, Sandakan
Buka: Setiap hari 8 pagi - 5 petang
Tel: +6089 238 988
NO PORK, NO LARD

5. Ba Lin Roof Garden

Terletak betul-betul atas Nak Hotel, Sandakan. Kalau makan kat sini, uols bayar pemandangannya sekali. Haha! Hanya di sini uols boleh jamu selera dengan pelbagai makanan hipster terutamanya aneka bun dan pastri yang istimewa sambil menikmati pemandangan matahari terbenam atau pun view little Hong Kong dari atas bumbung. Saya tak cuba pengalaman makan dan view tu together, tapi secara berasingan. Eh, pelik ke? Jangan lah hairan, sebabnya saya dah cuba makanannya di Sandakan Food Festival hari tu, kemudiannya baru saya naik lif ke tingkat 7 Nak Hotel dan panjat lagi 2 tangga ke atas bumbung untuk ke Ba Lin Roof Garden. Cantik sangat deko dan view atas tu!


Ba Lin Roof Garden Bar & Bistro
Level 8, Nak Hotel, Jalan Pelabuhan Lama, Pusat Bandar Sandakan, Sandakan
Buka: Setiap hari 9 pagi - 11.30 malam
Tel: +6089 272 988
NO PORK, NO LARD

6. The English Tea House & Restaurant @ Rumah Agnes Keith

Kalau uols melawat Rumah Agnes Keith di Sandakan, boleh lah minum kat The English Tea House & Restaurant sebelah tu. Dekorasi bangunannya ada hint British sikit, lamannya sangat menarik dan ada pintu gerbang yang uols boleh OOTD. Rasa tenang dan relax kalau lepak kat sini dengan suasana sekeliling yang mendamaikan. Pilih sama ada nak duduk kat dalm restoran atau kat bahagian laman yang menghadap Laut Sulu. Saya hanya berkunjung sebentar saja ke sini, tak minum apa-apa jadi tak dapat nak komen sangat tentang menu. Diorang sajikan pelbagai menu klasik Barat dan juga menu kegemaran Asia, juga menu vegetarian. Saya ambil menu dari website diorang untuk masukkan dalam gambar kat bawah.


The English Tea House & Restaurant
2002, Jalan Istana, Sandakan
Buka: Setiap hari 10 pagi - 10 malam
Tel: +6089 222 544
NO PORK, NO LARD

Ok, selamat menjamu selera di Sandakan!

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association

Post a Comment

16 Comments

  1. waahhh bestnya.. sy walaupun asal sabah tidak pernah lgi pi sandakan sebab jauh sgat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh itu la..jarak dari satu tempat ke tempat lain tu jauh jugak kan...nanti pergi laaaa kalo ada masa dan rezeki lebih

      Delete
  2. Mengancam jiwa betul seafood2 itu , belum pernah jejak Sandakan lagi, inshaAllah satu masa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang betul2 seafood yang nombor 1 tu, memang puas hati makan kat situ..insya'Allah moga murah rezeki lea...ameen!

      Delete
  3. Wah! Seafood tu mengancam untuk dicuba. Moga ada rezeki untuk jalan-jalan cari makan di Sandakan 😊

    ReplyDelete
  4. Wah, bestnya bila banyak pilihan tempat makan gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa, best sangat...kena duduk lama sikit nak rasa semua tu

      Delete
  5. dari pembacaan kak AJ ramai yang kata makanan di Sabah ni kalau seafoodnya sedap dan segar kan SSS :)

    ReplyDelete
  6. Whoaaaa......banyaknyaaaaaaaaaaaa...harap harap daat sampaiii Sabahhhh..Amin!

    ReplyDelete
  7. Tak boleh move on dengan ketam itu, sedap gile!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com