Saya Suka Kari, Tapi... | Saya suka kari, sangat-sangat suka! Mungkin sebab sejak kecil, mamak jadikan lauk kari adalah lauk yang special. Sebab hari-hari makan ikan goreng atau kepak goreng, lauk kari tu macam rare sangat lah kalau mamak buat.
Lauk karinya pulak biasanya kari ayam atau kari ikan tongkol. Dua ni aje yang mamak buat untuk kami. Tak pernah mamak buatkan lauk kari daging ke kari udang ke, daging biasanya mamak buatkan sup daging. Ya lah, jarang mamak buat masakan lain untuk lauk daging.
Yang ni kari ayam Ramada Plaza by Windham, Melaka 😁 |
Kadang-kadang, mamak akan buatkan kari kacang dal campur ayam. Ni febret kitorang terutamanya adik yang lelaki. Tak pernah buat sendiri, mamak je buat sedap. Haha! Mungkin satu hari nanti kalau teringin sangat, kena call mamak kot tanya resepi. Hihi.
Agaknya sebab tu lah, kalau makan roti canai, saya lebih suka kuah dal berbanding kuah kari. Lagi pulak, saya tak berapa suka kuah kari "mamak". Bukan kari mamak saya di rumah tu tau, tapi "mamak" yang kedai "mamak" India. Hahaha!
Kebetulan sama pulak panggilan mamak dan kedai "mamak" 😅
Tak suka bila kuah kari "mamak" tu bau rempah India dia kuat sangat. Aduh, tak tahan dengan baunya, boleh sakit kepala dibuatnya. Semalam makan roti canai buka puasa IF kul 10 pagi. Kirim pada kak Ajan, dia beli kat kedai mamak depan aje.
Bau kari dia, adoiii. Melekat kat hidung ni dah.
Kari tu lepas habis roti canai, tak habis, buang la dalam sinki, tapis kat penapis sinki tu. Sampai sekarang melekat bau tu. Nak kena basuh penapis tu jap lagi.
Ok bye!
20 Comments
kari mamak india memang bau kuat hii, kat rumah ni kalo letak rempah yang pelik2 sikit, mulalah nak komen :D..
ReplyDeletehahahah fahammmm! kalo kat kampung, yang banyak komen tu adik lelaki sayaaaa
DeleteSaya tak suka makan kari, tapi suami suka sangat kari kedai "mamak". Arwah mamak saya dulu suka masak kari udang yang tu saya suka.
ReplyDeletewaaa ye kee! citarasa memasing kan...ada jugak yang suka kari "mamak"
DeleteSuka gak kari..tapi tak suka la kari yang pekat likat...suka yang cair2 aje... sebab kalau makan kari pekat...nanti perut rasa macam panas je...anak2 dan suami pulak nanti asyik berulang ke toilet.
ReplyDeletekalo pekat sangat, lemak banyak sangat kan...memang mudah sakit perut...huhuhu
Deletekalau akak xmakan kari mamak kedai. fiza pulak memang tak makan apa apa dari mamak apatah lagi kekedai mamak. tapi kalau kari homemade makan je.
ReplyDeleteooo...kalo roti canai, akak makan...hahahhaha
Deletekari mamakkkkkkkk aslii memang melekatt woah..eeee entah2 ade guna2 dalam tuh..hahahahhahahaa..sebab tu bau dia susah nak hilangg....
ReplyDeletengok kauu..hahahahha
DeleteSuka kari masakan ibu
ReplyDeleteeeee samaaa!
DeleteSaya tak suka kari sebenarnya...tapi....
ReplyDeletetapi saya sukaaaa...yeehaaa...hahahahha
Deletesunah..bila nak mskkan utk i?hihi
ReplyDeletemai la JB....ehekkkk
DeleteMamak tu panggilan untuk mak sunah ke?
ReplyDeleteTapi, saya pun kalau kari kedai mamak tu tak boleh sangat, sekali-sekala makan bolehlah.
Tapi lagi, hahaha.. kari zaman duduk asrama yang paling tak boleh terima. Sebab orang yang sediakan tu kuah kari dia pekat sesangat. Macam lambakkan satu guni serbuk kari je. Haha.
haah, mamak tu mak kita...
Deletemak ai pekat sangat ekkk..kadang2 saya pun terbuat pekat gak...macam tak boleh naka agak sangat lagi nak buh santan banyak mana
Kari kacmg Dal cmpur Aya....sama.mcm.kuah dalca ke
ReplyDeletekalo mamak saya buat, lain sikit dari kuah dalca tu...
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com