Ticker

6/recent/ticker-posts

Nikmati Mexican Dinner Buffet di Cafe BLD, Hotel Renaissance Johor Bahru, September Ini!

Nikmati Mexican Dinner Buffet di Cafe BLD, Hotel Renaissance Johor Bahru, September Ini! | Setiap bulan, pasti ada idea hidangan baru yang dibawakan oleh Hotel Renaissance Johor Bahru untuk restoran Cafe BLD nya. Kalau bulan lepas diorang hidangkan buffet ala Middle Eastern, bulan September ni diorang hidangkan pulak Mexican Dinner Buffet pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.


Dengan rasanya yang memukau dan bahan-bahannya yang unik, juadah Mexican merupakan antara hidangan yang sangat digemari ramai di serata dunia. Satu fakta menarik tentang makanan Mexican adalah: masyarakat Mexico di bahagian Selatan menyukai hidangan ayam dan sayur-sayuran. 

Disebabkan tu, Cafe BLD menyediakan Arroz Con Pollo, Guacamole dan Salsa untuk dimakan bersama nachos rangup dan juicy Pico De Gallo bagi mereka yang sukakan snek sihat! Tak tipu ya, memang healthy rupanya menu Mexican ni, boleh cepat kurus tau kalau makan hari-hari. Sos salsa dia macam-macam jenis dan rasa, hari tu termakan yang pedas pulak. Adoi!







Jangan lupa cuba juga Burritos, Fajitas, Tacos dan Quesadillas kat sini ya! Quesadillas ni lebih kurang macam pizza, tapi stail Mexican gituhh. First time saya makan menu ni kat August Cafe JB lamaaaa dulu. Masa tu memang dah jatuh cinta dengan menu ni. Bila jumpa kat Mexican Dinner Buffet kat Cafe BLD ni, teruja sangat nak mencubanya! Memang tak mengecewakan!





Sediakan juga ruang perut uols untuk aneka daging panggang di ruangan luar Cafe BLD. Daging-daging dibakar dengan cara Mexican adalah sesuatu yang jarang kita jumpa, jadi jangan lepaskan peluang ya untuk rasa sekeping dua!





Dah puas makan aneka makanan berat, cuci mulut dengan aneka kek dan buah-buahan yang disediakan. Kek coklat kat bawah ni rupanya base dia adalah kek pisang, dan atasnya pula adalah mousse coklat. Sedap jugak! Sesedap rupanya yang sangat cantik!



Jadi, apa lagi? Cepat lah buat tempahan!

Mexican Dinner Buffet

September 2019
Jumaat dan Sabtu
6.30 petang - 10.00 malam

Harga:
RM123 nett Dewasa
RM61.50 nett Kanak-kanak (5 - 12 tahun)

Call:
+607 381 3322

Email:
partheeban.sundaramurthy@renaissancehotels.com

WhatsApp Business:

Online booking:


Promosi sepanjang September di Hotel Renaissance Johor Bahru

Malaysia Day Buffet (16 September 2019) at Cafe BLD
To celebrate Malaysia Day, a country of diverse culture and cuisines, we have decided to bring all flavours of Malaysia to you.
Lunch: RM99 nett per person
Dinner: RM123 nett per person

The Chocolate Cake Company
Pandan Sponge and Cream Cake
RM65 nett per kg

For reservations:
Call +607 381 3322
Email Mohamad.abdullah@marriot.com

Oodles of Noodles at Wan Li Chinese Restaurant
Chef Linus Mak has come up with some fancy yet traditional noodle dishes which come in soup, semi dry and dry dishes to savour from.
Have it with or without seafood.
RM25 nett per dish (Chicken based)
RM35 nett per dish (Seafood based)

Fajitas Fiesta Platters at R Bar
A popular Tex-Mex dish with the choices between beef or chicken and served with refreshing Guacamole plus juicy Pico de Gallo.
RM42 nett per serving

For reservations:
Call +607 381 3388
Email henry.lee@renaissancehotels.com

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com