Ticker

6/recent/ticker-posts

Menjauhi Hati yang Mati - Penyucian Diri

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal, dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air darinya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.'' [al-Baqarah, 2: 74]

Menjauhi Hati yang Mati - Penyucian Diri | Allah membahagikan hati menjadi tiga jenis: dua hati terkena fitnah dan satu hati yang selamat. Dua hati yang terkena fitnah adalah hati yang di dalamnya ada penyakit dan hati yang keras dan mati. Sedangkan yang selamat adalah hati orang mukmin yang merendahkan dirinya kepada Tuhan. Inilah hati yang merasa tenang dengan-Nya, tunduk, berserah diri, serta taat kepada-Nya.

Hati yang mati adalah hati yang tidak ada kehidupan di dalamnya. Ia tidak mengenali Tuhannya. Ia bahkan selalu menuruti keinginan hawa nafsu dan kepuasan dirinya. Disebabkan itu, ia akan dimurkai dan dibenci oleh Allah. Ia tidak mempedulikan semuanya, asalkan dia mendapat bahagian dan keinginannya, tidak kira sama ada Tuhannya rela ataupun murka. Jika ia mencintai maka ia mencintai kerana hawa nafsunya. Jika ia membenci maka ia membenci kerana hawa nafsunya. Jika ia memberi maka ia memberi kerana hawa nafsunya. Jika ia menolak maka ia menolak kerana hawa nafsunya. Hawa nafsu adalah pemimpinnya dan syahwat adalah ikutannya. Ia terbuai dengan fikiran untuk mendapatkan tujuan-tujuan dunia, diasyikkan oleh hawa nafsu dan kesenangan diri. Dia sedikit pun tidak mempedulikan orang yang memberi nasihat kepadanya. Sebaliknya, ia mengikuti setiap langkah dan keinginann syaitan. Dunia kadang-kala membuatnya benci dan kadang-kala membuatnya senang. Hawa nafsu membuatnya tuli dan buta kepada selain daripada kebatilan. Oleh kerana itu, duduk bersama dengan orang yang memiliki hati seperti ini adalah penyakit, bergaul dengannya adalah racun, dan berkawan dengannya adalah kehancuran.

Ibnu Abbas r.a berkata, "Sesungguhnya ada suatu kaum setelah Allah menghidupkan orang yang mati dibunuh, lalu dia memberitahu siapa pembunuhnya, kemudian mereka tidak mengakui pembunuhan itu sambil berkata, "Demi Allah, kami tidak membunuhnya", padahal mereka telah melihat pelbagai bukti dan kebenaran. Kemudian Allah menggambarkan dalam Surah al-Baqarah, 2: 74. Itulah gambaran hati yang mati dan keras." (Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Igasatu'ILahfani fi Masayidi As-Syaitani, Juz 1, t.t.: 44 dan Juz 2, t.t.: 1074).


Sumber: Al-Quran Al-Karim al-haramain Karya Bestari

Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga kita dijauhkan dari penyakit hati, zahir & batin

    ReplyDelete
  2. Cuba ubat hati dari benci tapi...kebencian itu sukar lenyap..makanya lebih baik diam, sebab diam itu menjaga hati agar tidak di sakiti lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha lagi dan lagi...kerna hati yang tidak ada kebencian itu lebih bahagia...

      Delete
  3. Salam jumaat. Moga dijauhkan daripada hati yang mati.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com