Ticker

6/recent/ticker-posts

Mencuba Aneka Makanan Sandakan di Sandakan Food & Agriculture Festival 2019

Mencuba Aneka Makanan Sandakan di Sandakan Food & Agriculture Festival 2019 | 13 September 2019 lepas, berlangsungnya pelancaran Sandakan Food & Agriculture Festival 2019 di bandar Kim Fung, Sandakan, Sabah. Alang-alang dah ada kat Sandakan masa tu, kami pun mengambil peluang untuk turut serta menyaksikan majlis perasmiannya. Nak jugak tengok makanan apa yang menarik dan unik kan!


Sampai tapak festival, meriah sangat sebab ada lampu yang tertera Makan Sandakan ni. Setiap pengunjung yang datang tak melepaskan peluang untuk rakamkan gambar kenangan kat lampu tu. Kena adjust sikit la sebab backlight kannn, kalau tak, memang tak nampak apa muka ko nanti. Haha!


Majlis perasmian dimulakan dengan persembahan dari band anak tempatan Sabah, remaja-remaja  yang berusia dari 13 - 15 tahun. Orang Sabah bah, memang terkenal dengan bakat seni semulajadi diorang kan, vokalisnya tu baru berusia 13 tahun je! Paling kita suka tengok, saxophonist dia, cool gila dia tiup saxophone tu tau! Semoga nanti semakin sukses di masa hadapan ye adik-adik!


Selepas persembahan, festival dirasmikan oleh Pengarah Negeri Tourism Malaysia (TM) Sabah, Jamilah Abd Halim. Menurut Jamilah, selain penerokaan alam semulajadi dan melihat hidupan liar, zaman sekarang ni, makanan tempatan pun boleh dijadikan produk pelancongan. Diharapkan acara macam Sandakan Food & Agriculture Festival 2019 ni akan mempelbagaikan lagi produk pelancongan kat Sandakan.


Turut dikhabarkan, Tourism Malaysia Sabah akan melancarkan risalah pakej terbaik pelancongan tempatan pada 19 September ni. Setiap sorang daripada kitorang dapat risalah Panduan Pelancongan Sandakan selepas majlis perasmian malam tu. Boleh buat rujukan kalau nak ke Sandakan lagi pada masa hadapan.

Lepas majlis perasmian, ape lagiii. Perut dah berkeroncong kannn. Kitorang pun mula meneroka syurga makanan. Hahahaha! Ape yang ade kat sini? Haa, meh tengokkkk!

Cintoi

Apa ni ha? Encik Syafikh yang beli...macam kuih jala tapi kaler coklat dan ada inti kat dalamnya

Ketam bakar cheese

Menu khas Ba Lin Rooftop X San Da Gen Kopitiam

Covisner Crispy Anchovy Snack

Kambing bakar, satay daging dan ubi rebus cicah sos santan

Cendol Durian D24

Tengah semua orang khusyuk mencari makanan, ada UFO tart eating contest jugak

Macam-macam ada kan, tapi kebanyakannya macam makanan hipster sikit lah. Ada lah beberapa makanan Sandakan yang kita tak pernah jumpa kat Johor atau tempat lain. Kalau uols nak cuba lebih banyak makanan Sandakan, boleh ke pasar tamu petang Sabtu kat bandar Kim Fung, Sandakan tu jugak. Banyak jugak makanan yang rare kat sana.





Buah tarap pun adaaaaaaa! Terlerai rasa rindu nak makan buah ni. Masa dalam bas nak ke Sandakan dah terbayang-bayang dah, kan best kalau ada buah tarap. Sedapnyeee. Allah Maha Mendengar, alhamdulillah dapat jugak makan sebab dah lamaaa sangat tak makan! Kalau balik Sarawak aje, mesti bukan musim dia. Kuih basong feveret mak kita pun ada, tapi lupa pulak nak ambil gambarnya. Ade video aje dalam IG story.

Tapi, tapi, tapiiiii tak puas lahhh, rasa macam banyak lagi sebenarnya makanan Sandakan yang belum sempat rasa. 

Kena pergi lagi ke ni? 😆

Us at Sandakan Food & Agriculture Festival 2019

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association

Post a Comment

10 Comments

  1. Uniknya semua makanan. Terliur tengok ketam cheese tu.

    Husniey follow disini #2816

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn...mekasih husniey..nanti kita follow back yaaa

      Delete
  2. Dapat juga merasa buah Tarap dan rumpai laut di Pasaar Tamu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...seronok saya jadi food guide hari tu...hahahha

      Delete
  3. Saya lost kat sini sebab semua makanan menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha! sampai lost jugak dari pandangan 🤣🤣🤣

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com