Makan Tengahari Sedap di Restoran Dovist, Lahad Datu, Sabah | Sabah memang terkenal sebagai syurga makanan laut. Kebanyakan restoran kat sana memang bertemakan hidangan laut dalam menu diorang. Uols mesti cuba seafood kat sana kalau ada rezeki untuk ke Sabah tau!
Salah satu restoran seafood yang saya cuba masa trip ke Sabah last week adalah Restoran Dovist, Lahad Datu, Sabah. Restoran ni terletak di Fajar Centre, Lahad Datu dan berkonsepkan hidangan Chinese seafood. Tapi masa saya ke sana, saya tak makan seafood sangat. Lebih kepada makanan signature dia aje. Nak tengok ape yang saya makan tak? Eh, harus lahhh kan!
4 Season Beans - Hidangan sayur kekacang dari 4 jenis kacang, iaitu Kacang Panjang, Kacang Bendi, Kacang Botol dan Kacang Perancis, disalut dengan tepung sebelum digoreng bersama ikan kering, kemudian dicurahkan sos kicap. Sedappp! Suka sangat menu ni!
Lemon Chicken - Isi ayam bersalut tepung digoreng, kemudian digaul dengan sos lemon. Sedap rasanya, masam-masam manis gitu! Ni pun antara my favourite jugak!
Sweet Sour Fish - Isi ikan dori bersalut tepung digoreng kemudian digaul dengan sos masam manis. Sedap juga, tapi rasanya agak manis bagi saya.
Corn Soup - Ahhh, ini pembuka selera paling menarik sepanjang saya di Sabah. Kalau makan kat seafood restaurant, mesti akan ada menu ni. Sedapppp sangat sebab dalam sup telur ada jagung dan nampak sedikit kelibat isi sotong. Rasa dia lebih kurang sama macam bubur jagung. Saya boleh makan bermangkuk-mangkuk benda ni tak toleh kiri kanan 😋
Harga untuk set hidangan ni adalah around RM26.50 bagi satu kepala, termasuk free-flow air teh Cina dan nasi putih. Sangat recommended ya kalau uols datang ke Lahad Datu. Kitorang isi perut kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Tabin Wildlife Reserve yang akan mengambil masa 2 jam lebih. So, boleh lah tahan perut tu lepas lunch sedap-sedap kat Dovist ni. Haha!
Restoran Dovist
NO PORK, NO LARD
Lokasi:
MDLD 3811, Lot73, Fajar Centre, Lahad Datu, Sabah
Waktu perniagaan:
6 pagi - 11 malam (2.30 - 5 petang REHAT)
No. Telefon:
089-889 033
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 Sabah
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
18 Comments
alaaaa lapooo tengok makanan2 dia
ReplyDeleteyeeee mohon bertabah..kejap lagi lunch ye..ahahaha
DeleteMemang nampak menggiurkan makanan tu semua...aduhai...dah la kena pantang semua ni dulu...lepas bulan 10 nanti boleh la makan kot...kot la kannn...
ReplyDeletehahaha mudah-mudahan bolehhhhh..ameen!
Deletemenggoda menu yg pertama tuh, rare betul tuh... kira murah la menu semua tu ngn harga nya...
ReplyDeleteya kak! yang tu saya makan banyak jugakkk, korek2 ikan masin sekali...hahahahha
Deletesedapnyaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesedap sangatttt
Delete$ seasons beans tu memang sedap, nasib ingat orang belakang, kalau tak, dah ku bedal licin hahahaha
ReplyDeleteoooo....mekasih siss, saya la yang membedal sisa-sisanya tu....hahahhaha
DeleteWawww, ini yang buat hati berkobar-kobar nak melancung ke Lahad Datu ni.
ReplyDeleteharusssssssss wakkkk!
Deletetgok gambaq pun tergugat haaa hahaha. sedapnya yg chicken lemon tuuuu.
ReplyDeleteyeeeeeee sedap sangattt...jeles kan kan kannnn...hahahhahahah
DeleteAyam lemon dia nyumsssss
ReplyDeletekannnnn!
DeleteWow apesal nampaknsedap sgt ni
ReplyDeleteharusss mamapp! baru la orang nak cuba makan! hahahha
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com