Makan Malam di Truly Malaysian Buffet Dinner, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru | Sebagai peminat makanan Malaysia, wajib datang ke DoubleTree by Hilton, Johor Bahru sepanjang bulan September ni. Sebabnya, sepanjang 1 hingga 30 September ni, ada syurga makanan Malaysia kat Makan Kitchen pada setiap hari Ahad hingga Khamis, bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Sempena Hari Malaysia yang akan tiba dalam bulan September, Makan Kitchen menawarkan Truly Malaysian Buffet Dinner, pada harga RM88 nett untuk dewasa dan RM44 nett untuk kanak-kanak. Menampilkan keharmonian pelbagai budaya di bawah satu bumbung, Makan Kitchen menyediakan aneka hidangan tempatan, di mana pengunjung boleh menikmati hidangan tradisi terbaik Malaysia merangkumi masakan Melayu, Cina dan India.
Antara menu yang dihidangkan adalah Nasi Kakwok, Aneka Ikan Masin dengan Bawang, Sup Tulang Sum Sum Kambing, Assam Laksa, Nasi Dagang Terengganu, Nasi Kerabu Bunga Telang, Stir Fried Carrot Cake dengan Cili, Fish Bail Soup dan banyak lagi.
Kita paling teruja nak rasa Stir Fried Carrot Cake tu. Biasanya kalau ke pasar malam, mesti nampak dan lalu lah gerai Carrot Cake ni, bau dia kemain sedap. Tapi nak beli tu was-was sebab penjualnya bukan Muslim. Bila ada dihidangkan kat Makan Kitchen sempena Truly Malaysian Buffet Dinner yang tak diragui kehalalannya, terus tak sia-siakan peluang nak rasa menu tu. Serius sedap! Rasa macam ubi kentang pun ada tapi sebenarnya ade ke tak ek dalam ramuan dia?
Jangan lupa untuk lengkapkan makan malam uols dengan aneka pencuci mulut kegemaran seperti Pandan Layer Cake, Bubur Cha-Cha, Sago Gula Melaka, Coconut Cream Brulee, Apam Balik with Condiments, Pisang Goreng, aiskrim Malaysia dengan perisa Assamboi, Milo, Kacang Hijau, Jagung, Bandung Cincau dan banyak lagi.
Jangan lupa untuk lengkapkan makan malam uols dengan aneka pencuci mulut kegemaran seperti Pandan Layer Cake, Bubur Cha-Cha, Sago Gula Melaka, Coconut Cream Brulee, Apam Balik with Condiments, Pisang Goreng, aiskrim Malaysia dengan perisa Assamboi, Milo, Kacang Hijau, Jagung, Bandung Cincau dan banyak lagi.
Satu benda takde dalam gambar adalah Durian Meringue Cake. Lupa pulak kita nak snap gambarnya. Yang tu, kalo ada disediakan time uols datang nanti, wajib cuba tau! Kitorang sampai berebut-rebut sebab sedappp sangat! Rasa apa? Mesti lah rasa durian! Hahaha!
Lebih menarik, sepanjang bulan ni akan ada menu-menu istimewa sebagai kejutan rasa buat pengunjung. Kaunter istimewa Hainanese dan Chinese akan menampilkan Baked Wenchang Chicken, Puqian Saopo Local Vinegar Seafood Noodle dan banyak lagi menu yang mengujakan.
Lebih menarik, sepanjang bulan ni akan ada menu-menu istimewa sebagai kejutan rasa buat pengunjung. Kaunter istimewa Hainanese dan Chinese akan menampilkan Baked Wenchang Chicken, Puqian Saopo Local Vinegar Seafood Noodle dan banyak lagi menu yang mengujakan.
Tauhu bakar dia tu sedap tau! Ikan garoupa kukus tu pun sedap gilerrr, sampai kering bekas tu orang lain cedok. Haha! Dan hey, kalau uols datang berpakaian tradisional macam Baju Kurung, Cheongsam, Sari dan lain-lain pakaian Malaysia, uols akan dapat 10% discount tau bila makan malam sempena Truly Malaysian Buffet Dinner ni! Ape lagi, tunjuk la semangat Malaysia sejati tu sikitttt!
Ok lah, kalau nak buat reservation atau nak tanya apa-apa, kita bagi details kat bawah ya!
Truly Malaysian Buffet Dinner
Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru
1 - 30 September 2019
Ahad - Khamis
6.30 petang - 10.30 malam
RM88 nett Dewasa
RM44 nett Kanak-kanak dan Warga Emas
25% discount untuk ahli Hilton Dining APAC
Call 07 268 6868
Email JohorBahru.FB@hilton.com
20 Comments
Ya allah....sedapnya semua makanan tu....bila la nak elok perut ni...
ReplyDeletetunggu perut da ok dulu ekkkk baru pi melantak..hihihi
DeleteIni betul2 masakan malaysia, semua nampak sedap dan berkolesterol tinggi, hahaba
ReplyDeleteeh eh betul jugak tu! hahahhahaha
DeleteOoo samalah ayat kita tu pasal carrot cake tu di IG Sis semalam tu, Sis pun sukakannya, bukan senang nak dapat dan makan yang halal..
ReplyDeletebetul sis! tu lahhh, nampak kat FB semalam, ehhh tersama lak! memang sehati sejiwa ek? hahaha
DeleteYa Allah.. sedap-sedap tengok menu masakan Malaysia ni kan.. bertuah jadi rakyat Malaysia kan.. hehe
ReplyDeleteye kak..alhamdulillah...
Deletesedap2 makanan nya.. kalau begini tiap2 hari mahu naik 10kg ni hahaha
ReplyDeleteiyeee..jadi jangan makan tiap2 hari..hahahah
DeleteKenapa lupa nak makan aiskrim Malaysia tuh ekkk.
ReplyDeletewehhh ayat ko sama ngan aku bila aku reply email Melissa...hahahhahah
DeleteSama laaa kita uyul. Knp laaaa boleh terlupa nak makan aiskrim malaysia tuu
ReplyDeletehahahah sama lerrrr
DeletePerghhh...sedapnya...bikin rosak diet kalau macam ni
ReplyDeletekhennnn...makan sikit2 je boleh
DeleteAdehhh..kenapa semua menu dia sedap² ni. untung kalau datang sini macam-macam boleh rasa. truly malaysian sangat
ReplyDeleteyup betul! macam2 ada!
DeletePergghhh.. Tengok makanan tu rasa nak pergi. Tapi, nasib baik jauh. Yang bagusnya siap ada ais krim malaysia tu. Bagus betul. Boleh tapau bawa balik tak? Hahaha.
ReplyDeletebolehhhhhhhhhh! dengan syarat faarihin belanja!
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com