"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, sama ada engkau (Muhammad) memberikan peringatan atau tidak kepada mereka, mereka tdak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat."[al-Baqarah, 2: 6 - 7]
Keteguhan Nabi SAW dalam Berdakwah - Sirah Nabawi | Dakwah yang dilakukan Nabi SAW secara terang-terangan ditentang dan ditolak oleh kaum Qurais, dengan alasan bahawa mereka tidak dapat meninggalkan agama yang telah mereka warisi daripada nenek moyang mereka yang sudah menjadi sebahagian dari tradisi kehidupan mereka.
Pada ketika itulah Rasulullah SAW mengingatkan mereka akan perlunya membebaskan akal dan fikiran mereka dari dibelenggu taklid. Selanjutnya dijelaskan oleh Nabi SAW bahawa tuhan-tuhan yang mereka sembah itu tidak dapat memberi manfaat atau menolak bahaya sama sekali. Tradisi nenek moyang mereka dalam menyembah tuhan-tuhan itu tidak dapat dijadikan alasan kuat untuk diikuti, kerana itu adalah taklid buta. Firman Allah di dalam ayat lain menggambarkan bagaimana jawapan mereka dan kerasnya penentangan mereka.
'Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah (mengikuti) apa yang diturunkan Allah dan (mengikuti) Rasul." Mereka menjawab, "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati daripada nenek moyang kami (melakukannya)." Apakah (mereka akan mengikuti) juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?' [al-Ma'idah, 5: 104].
Ketika Nabi SAW mencela tuhan-tuhan mereka, mereka membodohkan mimpi-mimpi mereka, dan mengecam tindakan taqlid buta kepada nenek moyang mereka dalam menyembah berhala, mereka menentangnya dan bersepakat untuk memusuhinya, kecuali bapa saudaranya yang bernama Abu Talib yang membelanya. (Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buty, Fiqhus Sirati, 1990: 72 - 73).
Sebab Penurunan Ayat
Menurut Ibnu 'Abbas, kedua-dua ayat ini diturunkan berkenaan dengan para pendeta Yahudi di sekitar Madinah yang menolak dan mengingkari ciri-ciri kenabian (nubuwwah) Nabi Muhammad SAW. Penafsiran ini menurut At-Tobari adalah penafsiran yang paling tepat dibandingkan dengan penafsiran yang lain, kerana kata kufr sendiri secara etimologi bermaksud menutupi. Kata ini tepat ditujukan kepada para pendeta Yahudi di Madinah kerana mereka telah menyembunyikan dan sentiasa menutupi ciri-ciri kenabian (nubuwwah) Nabi Muhammad SAW, padahal mereka sangat mengenali ciri-ciri kenabian (nubuwwah) itu seperti mengenali anak-anak mereka sendiri. (At-Tabari, Jami'ul Bayani 'An Ta'wili Ayi'l Qurani, Juz 1, 1420 H/2000 M: 258 - 272).
Sumber: Al-Quran Al-Karim al-haramian Karya Bestari
4 Comments
Bacaan yang bermanfaat ..
ReplyDeletealhamdulillah perkongsian yg baik
ReplyDeleteThanks for sharing sis
ReplyDeleteSetiap hari kita kena sentiasa bersyukur, disebabkan keteguhan baginda s.a.w dalam berdakwah, Alhamdulillah, hingga hari ini dapat kita menikmati nikmat iman dan Islam. Thanks, sunah atas perkongsian ni.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com