Ticker

6/recent/ticker-posts

Hujung Minggu Yang Sibuk

Hujung Minggu Yang Sibuk | Hari Ahad, untuk pekerja kerajaan kat negeri Johor, hari ni hari bekerja. Kalau pekerja swasta, cuti panjang lah diorang dari semalam sampai Isnin. Esok kan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Dengarnya banyak aktiviti yang akan diadakan sempena Hari Keputeraan YDP Agong nanti.

Bagi saya yang masih belum bekerja ni dan masih lagi student PhD yang menulis di rumah merangkap baker part time Selera Sakura, hari ni adalah hari yang agak sibuk buat saya. Dari awal pagi lagi, saya dah keluar delivery brownies kat Taman Universiti. Balik dari delivery, standby pulak untuk bake sebiji Snow Cheese Cake untuk delivery petang kejap lagi.


Itu pun ada bahan yang tak cukup kat rumah, lepas update entry ni, saya nak terus keluar beli cream cheese dan cheese cheddar kat kedai bahan kek depan rumah. Balik nanti, kena lepa kek span vanilla pulak yang tengah dibakar lagi dalam oven, masukkan dalam peti ais 1-2 jam, baru keluar balik delivery ke Taman Skudai Baru.

Balik dari Taman Skudai Baru, nak gi AEON Taman Universiti pulak beli barang-barang yang diperlukan untuk travel next week. Malam kang baru nak start packing beg, esok dah nak kena gi Pasir Gudang. Tapi sebelum ke sana, nak ke Johor Bahru dulu pagi esok setelkan benda penting.

Fuhhh, agak pack jadual hujung minggu ni.

Ehhhh, esok kan cuti! Allahu, lupa sungguh saya!

Aiyakk, hari Selasa gamaknya saya ke JB dari PG!

Post a Comment

13 Comments

  1. Wahhh.. Sedapnya kek tu Sunah. Bagusnya Sunah buat part time bisnes dengan nak menulis tesis lagi. All the best, Sunah. Cemburu saya dengan orang yang tengah buat phD ni. Tengok gambar kek, rasa nak buat kek jugalah. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen..thanks faarihin atas doanya..

      Susah dan struggle nak buat banyak benda dalam satu masa tau..huhuhu..dua2 sama penting, tak boleh abaikan salah satu

      Delete
  2. bukan katanya...'tak cukup bahan takpa' ke???

    hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu masak...ini baking..hahahhaha..tak cukup bahan, tak jadi snow cheese cake lerr..jadi sponge cake aje nanti 😂😂

      Delete
  3. Wah bizibee makcik 😁😁Dgr mbaking alu tringin lak tapi mls ke psr meli bahan, lagipun herebu teruk aritok. Nasib bait cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah ho..baca juak berita, teruk jerebu sinun! take care sis!

      Delete
  4. kalau trn KL nak laa sy order sebiji kek ;-)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com