Ticker

6/recent/ticker-posts

Hikmah di Sebalik Penciptaan Lalat - Penyucian Diri

"Sesungguhnya Allah tidak malu menjadikan nyamuk atau yang lebih kecil daripada itu sebagai perumpamaan. Bagi orang-orang yang beriman, mereka mengetahui bahawa itu adalah kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, "Apa maksud Allah membuat perumpamaan ini?" Menerusi (perumpamaan) itu, ramai orang yang dibiarkan-Nya sesat, dan ramai juga orang yang diberi-Nya petunjuk. Namun tidak ada yang disesatkan-Nya dengan (perumpamaan) itu melaikan orang-orang yang fasik." [al-Baqarah, 2: 26]

Hikmah di Sebalik Penciptaan Lalat - Penyucian Diri | Kecerdikan yang mengagumkan dimiliki oleh beberapa jenis haiwan, seperti serigala, lalat dan labah-labah. Serigala, ketika lapar dan tidak mendapatkan seekor buruan, ia berpura-pura mati. Dia mengembungkan perutnya sehingga burung menyangka ia telah mati lalu turun untuk memakan bangkainya. Ketika itulah ia menerkamnya. Perhatikan pula kecanggihan tipu daya labah-labah, dia membuat jaring sebagai perangkap mangsanya dan dia bersembunyi di tengahnya. Apabila ada nyamuk atau lalat yang terperangkap, dia melompat dan menghisap darahnya. Haiwan ini memakai cara berburu dengan jaring dan perangkap.

Janganlah kamu meremehkan pengajaran dari sesuatu yang remeh, seperti biji sawi dan nyamuk. Sebabnya, suatu makna yang berharga dapat diambil dari sesuatu yang remeh. Meremehkan pengajaran dari sesuatu yang hina adalah warisan dari orang-orang yang akalnya tidak boleh menerima kenapa Allah s.w.t membuat perumpamaan dengan lalat, labah-labah, anjing, keldai, sehingga Allah s.w.t menurunkan Surah al-Baqarah, 2: 26 ini.

Alangkah banyaknya hikmah yang terkandung pada haiwan-haiwan yang mungkin kamu remehkan dan hinakan ini. Berapa banyak dalil yang terkandung di dalamnya yang menyatakan tentang Pencipta, juga mengenai kasih sayang dan hikmah-Nya. Tanyalah orang yang ingkar, siapakah yang mengilhamkan haiwan-haiwan itu untuk membuat tipu daya dan bertindak secara mengagumkan untuk menangkap mangsa? Siapakah yang memberinya kecerdikan ini sebagai ganti dari kekuatan dan kemampuan yang tidak dipunyainya, sehingga dengan kecerdikan itu, ia dapat hidup walaupun tidak memiliki kekuatan? Tiada yang melakukannya, selain Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemberitahu. (Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Miftahu Daris Sa'adati, Juz 2, 1416 H/1996 M: 153 - 154).

Hadis Kesihatan

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila seekor lalat hinggap di tempat minum salah seorang dari kalian, hendaklah ia menenggelamkannya ke dalam minuman tersebut, kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya terdapat penawarnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Penjelasan ini dikuatkan oleh hadis lain. Daripada Abu Sa'id Al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada salah satu sayap lalat itu mengandungi racun dan yang satunya lagi mengandungi ubat. Kerna itu, apabila ia jatuh pada makanan, maka benamkanlah ia ke dalamnya kerana sesungguhnya ia jatuh mendahulukan racun dan mengakhirkan penawarnya." (Hadis Ibnu Majah) (Abu Anas Majid, Sahih At-Tibbi An-Nabawi fi Dhaw'i'l Kitabi wa As-Sunnati wa Aqwali As-Salafi, t.t.: 119).


Sumber: Al-Quran Al-Karim al-haramian Karya Bestari

Post a Comment

11 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian kak. Ain singgah sambil follow sini nah


    blogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tahu pasal sayap lalat tu, thanks for sharing! <3

    ReplyDelete
  3. jalan2 dan follow sini #2815

    zianaeunos.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Perkongsian yang menarik

    ReplyDelete
  5. Perkongsian kak sun ni buatkan kita teringat haritu ada lalat masuk dalam air minuman kita. Memang lemaskan dia pastu tak minum dah air tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ko lemaskan dia lepas tu tak minum air tu! patut minum ajee... 😝

      Delete
  6. perkongsian yang begitu bermakna...thanks for sharing

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com