Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati-hati Dengan Siapa Kita Berkawan, Aisyah Hijanah Kongsi Kisah Disihir Orang Terdekat

Hati-hati Dengan Siapa Kita Berkawan, Aisyah Hijanah Kongsi Kisah Disihir Orang Terdekat | Dalam minggu lepas, saya ternampak post Aisyah Hijanah di Instagram beliau. Kisah beliau terkena sihir oleh orang yang dekat dengannya, sejak dari sebelum beliau berkahwin lagi. Jemput baca dulu kisahnya di bawah.

***


Bismillahirrahmanirrahim, I dont know where to start, but let me thank family, followers, friends sama ada yang kenal ataupun tidak dan semua yang tak putus beri nasihat, tips dan kata semangat. Bersyukur sangat Allah kenalkan Aisyah dengan kalian semua. Alhamdulillah Aisyah dah pulih slowly. Alhamdulillah banyak benda yang Aisyah belajar dan nampak kesungguhan Ummi dan suami yang betul-betul jaga Aisyah.

Okay jom kita start. Firstly, kepada rakan-rakan perempuan, Aisyah nasihatkan kalian untuk berjaga-jaga dengan siapa kalian berkawan. Before this, I went through a lot of relationships. Sebelum hijrah, Aisyah kenal dengan beberapa orang lelaki untuk dijadikan suami. Tapi, semuanya tak menjadi, mungkin bukan jodoh. Perkahwinan Aisyah dan Alif pun bukan disebabkan Aisyah yang suka, tapi dengan redha Ummi Aisyah. Hati-hati dengan sesiapa yang kalian berkawan. Tak kira perempuan atau lelaki. Sebaiknya ambil tahu siapa keluarga dan insan yang kalian kenal. Mungkin ini pengajaran yang Allah nak Aisyah belajar dan sebarkan.

Benda yang dihantar kepada Aisyah ni actually sudah hampir setahun lebih. To be exact, sebelum kahwin lagi dia dah hantar. Cuma, Aisyah sendiri tak perasan. Okay, girls, get ready kalau petanda ni ada pada korang. Daripada sebelum kahwin, Aisyah ada masalah haid dan istihadhah yamg terlampau extreme. Kadang tu, Aisyah pun pening mana satu haid, mana satu istihadhah. Bila jumpa doktor, mesti doktor bagi pil perancang, untuk smooth kan balik kitaran haid. Walaupun dah makan pelbagai jenis ubat, kitaran haid masih tak teratur dan darah makin menjadi-jadi.

Aisyah tak pernah kena rasuk ataupun buatan orang sebelum ni, so sangat mudah benda halus ni nak masuk dalam badan. Satu lagi perangai Aisyah, Aisyah sangat suka tengok cerita hantu. Tak takut langsung. Aisyah dapat tahu yang kena buatan orang pun lepas tengok wayang cerita Makmum. Setiap kali tengok cerita seram, Aisyah akan tunggu part hantu. Teringin nak tengok macam mana rupa hantu. Kadang tu, tak tahu kenapa teringin sangat nak tengok hantu.

Bila nak masuk bilik, kadang tu terasa macam bulu roma naik satu badan. Tapi still positif, mungkin Aisyah je yg fikir lebih.

Ramai yang ingat benda ni dihantar lepas kahwin, tapi rupanya daripada sebelum kahwin lagi dah bersarang dalam rahim. Selama ni ingatkan masalah hormon, rupanya ada benda yang bersarang dalam rahim. Dah 5 kali Aisyah try check kehamilan, dan semuanya gagal. Of course, Aisyah pun rasa sedih sebab kawan lain semua dah pregnant, Aisyah ni masih ada masalah lagi. Korang bayangkanlah, macam mana nak pregnant kalau dah darah keluar dua bulan non stop? Waktu subur pun tak boleh nak estimate. Kebetulan sebelum ni Alif dah dua kali mimpi ular hitam. Aisyah pun pernah mimpi ular sekali, kitaorg dah pelik, tapi husnudzon lagi.

Then, makin lama Aisyah rasa macam badan makin sakit. Tak tahulah kenapa. Just think positif, mungkin Aisyah yang selalu sibuk, sebab tu badan sakit-sakit. Dah hampir setahun lebih, Aisyah rasa tak selesa pakai tudung kalau terlalu lama. Kepala Aisyah akan sakit teramat. Nak kata anak tudung ketat, tak pula. Kadang tu, baru je pakai tudung, tapi bila keluar rumah, terus sakit. Setiap kali pening tu mesti rasa nak muntah. Banyak kali Aisyah nak termuntah sebab pening kepala yang terlampau.

Before pergi China untuk Hijanah Haul, Aisyah memang banyak sangat kerja. Meeting tak habis, pergi talk lagi. Pinggang Aisyah rasa memang sakit sangat. Macam nak tercabut! Aisyah belum pernah kena lagi sakit pinggang macam ni. Sampai kan, nak duduk pun rasa tak sedap. Setiap kali bangun tidur, belakang badan mesti rasa lebam dan kesan kena cubit kuat. Setiap masa rasa macam ada orang perhati. Masa kat China ni la kawan Aisyah nampak ada kelibat hitam dekat Aisyah sepanjang masa. Waktu ni Aisyah tak percaya, tapi kawan Aisyah memang paksa suruh berubat. Badan Aisyah pun makin hari makin sakit.

Aisyah terlupa nak cerita macam mana keadaan Aisyah masa kena buatan ni. Dulu masa awal kahwin, rasa macam semuanya indah. Tapi lama kelamaan, Aisyah ni jadi orang yang kuat marah dan mesti ada benda yang tak kena. Mesti rasa nak marah, mengamuk. Even, Alif sibuk whatsapp sebab kerja pun kadang tu boleh buat Aisyah marah.

Sometimes, Aisyah sendiri pun pelik. Kenapa teruk sangat aku rasa marah ni? Padahal dia cuma balas whatsapp. Kadang tu dia pergi dobi pun Aisyah rasa macam nak marah. Tapi, syukur, Allah jadikan sifat Alif ni seorang yang sangat penyabar. Dia selalu sabar dengan Aisyah, selalu pujuk, selalu puji dan always try untuk buat Aisyah happy.

Waktu lepas berubat, Alif dan Ummi sangat banyak jaga Aisyah. Alif sanggup tunggu sampai tengah malam untuk tengok Aisyah tidur dulu. Dia takut kalau ada benda yang kacau Aisyah waktu tidur. Ummi pula sibuk jaga pemakanan Aisyah. Aisyah memang totally lemah sehari lepas berubat. Alhamdulillah getting better day by day.

Salah satu kesan kena buatan yang orang hantar ni juga, Aisyah makin jauh daripada kawan. Kadang tu terasa diri macam terpinggir, rasa nak jauh daripada orang. Business partner Aisyah yang dulu memang Aisyah rapat pun jadi macam dah jauh. Dia tak buat salah pun, tapi Aisyah mesti akan mengelak kalau nak jumpa dia. Aisyah pun tak tahu kenapa rasa mcm tu.

For now, Alhamdulillah semuanya dah kembali normal. Cuma kena banyakkan zikir dan amalan. Akhir kata, hati-hati dengan sesiapa yang korang kenal. Korang akan faham apa yang Aisyah maksudkan. Aisyah nak minta tips kalau ada yang pernah kena gangguan ke, boleh share tak apa amalan korang? Doakan Aisyah sentiasa sihat dan berjaya dunia Akhirat.

***


Mungkin ada antara kita dalam dunia serba moden ni tak percaya benda-benda macam ni. Rasa macam semua ni karut dan tahayul. Memang apa yang orang hantar tu tahayul, tapi ya ia ada berlaku di sekeliling kita. Antara kita tahu dengan tak tahu, sedar atau tak sedar aje.

Berhati-hati dengan segala tutur kata dan tingkah laku kita, sebab kita tak tahu hati nurani orang lain macam mana. Mungkin kita rasa kita dah buat baik dengan semua orang, tapi siapa sangka ada juga hati yang terluka mahupun yang iri dalam diam.

Dinding diri sebaiknya, kalau rasa diri dah lain, atau orang sekeliling cakap kita tak sama macam dulu ke arah yang lebih negatif, cepat-cepat pergi berubat. Lagi-lagi kalau dah ada banyak tanda bahawa diri kita disihir.


Semoga Allah lindungi kita semua.

Post a Comment

14 Comments

  1. Setiap percakapan harus dijaga, perlakuan dan tingkahlaku juga perlu berhati-hati agar tiada yang terasa hati. Tidak semua orang sukakan kita, cara terbaik ialah buat baik pada semua orang dan bertawakal...

    ReplyDelete
  2. Mintak dijauhkan daripada amalan2 sesat macam ni
    Mudah2an Allah melindungi kita semua

    ReplyDelete
  3. iya waspada walaupun teman dekat juga bisa saja ada niat untuk menyakiti kita

    ReplyDelete
  4. seharusnya itu kita sebagai hamba allah ini menujukan ahlak yang baik pada sesama baik itu dalam berteman atau lain2nya

    ReplyDelete
  5. Semoga kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini

    ReplyDelete
  6. No komen..susah nak kata, nak komen pun tak berani sebab ada yang memerhati ..

    ReplyDelete
  7. Anak saudara kita pun pernah juga...lepas kawen dia jadi benci pada suami...asyik marah...bergaduh...
    Terus keluarga bawa berubat. Alhamdulillah dah ok...

    ReplyDelete
  8. Semoga dijauhkanlah daripada perkara-perkara sebegini. Kita dah hidup zaman teknologi pun amalan khurafat ini masih juga tak nak hilang. Sedih sangat.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com