Borong Ikan Bilis Mata Biru di Sandakan Central Market | Sandakan Central Market ni letaknya tak jauh dari Sandakan Styles Hotel tempat saya menginap pada dua malam terakhir di Sabah. Jarak dua blok aje, jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai.
Bangunan tiga tingkat ni jadi tempat orang tempatan untuk berniaga barangan tempatan, sama ada barang basah mahupun barang kering, juga menempatkan kedai-kedai makan di tingkat satu dan dua. Tumpuan saya bila ke sini, terus cari ikan bilis mata biru. Ye lah, orang luar kalau datang sini mesti nak cari benda ni. Lagi satu, udang kering dan amplang, snek popular Sabah. Tapi yang ni kita tak beli.
Selain daripada barangan kering ni, kat Pasar Umum Sandakan ni jugak banyak dijual makanan laut yang segar-segar macam ikan, udang dan ketam. Hasil makanan laut ni diperolehi dari jeti nelayan sebelahnya aje. Jangan tak tau, hasil laut dari Pasar Umum Sandakan ni terbang naik flight setiap pagi ke Semenanjung Malaysia dan Sarawak tau!
Mula-mula ingat tak nak beli apa-apa kat sini. Tapi sebab murah harga ikan bilisnya, apa lagi? Beli aje lah bawak balik buat bekalan barang dapur kat Johor kan. Rambang jugak mata tengok banyak betul longgokan ikan bilis. Ada yang penuh tak dibuang kepala, jadi kita boleh nampak matanya yang biru. Ada yang dah siap kopek, so kepala tu dah tak ada.
Harganya pun ok, start dari RM5 untuk saiz kecil, dari RM10 untuk setengah kilo dan dari RM20 untuk sekilo. Kalau yang dah siap kopek tu mahal sikit je lah. Saya beli pek setengah kilo dan pek kecil dari dua kedai berbeza. Saja nak tengok, lain ke hasilnya. Hahaha!
Ada jugak dijual pelbagai ikan masin atau ikan kering. Rosila yang berminat nak beli. Lama jugak memilih sebab tak tahu nak beli yang mana satu kan. Last-last, dia pilih ikan kering Filipina, peniaga tu kata ikan tu hanya ada kat Laut Sulu aje, tak ada di Laut China Selatan. Semput agaknya kalo berenang jauh. Wakakaka. Sekilo RM18 ikan kering Filipina tu, Rosila beli setengah kilo aje, then kitorang bahagi dua. Macam teringin pulak sebab katanya rare kannn.
Selain tu, ada jugak dijual mutiara kat tingkat bawah dan tingkat satu. Kat tingkat satu tu, kitorang borong jugak aksesori dari mutiara Sabah. Eh, takde la memborong sangat. Diorang yang memborong. Hahaha! Harganya murah-murah, bermula dari RM5 untuk kerongsang dan gelang kanak-kanak. Kita belikan jugak lah untuk Aisyah dan ibunya sepasang kaler yang sama. Untuk housemate kita belikan kerongsang kembar. Untuk diri sendiri dan family, belikan kerongsang simple aje (dan dapat free gift jugak, jadi lah kan...haha).
Kat kedai mutiara ni jugak uols boleh buat gelang tangan on the spot. Nanti akak tu ukur pergelangan tangan dan buatkan gelang mutiara untuk uols. Harganya dari RM10 kalau tak silap. Sis Lin dengan Rosila buat gelang tu. Kita tak minat laaaa, nanti tak pakai, rugi ajeee. Banyak dah gelang mutiara dulu-dulu orang kasi pun entah dah ke mana. Huhuhu.
Dah siap bermutiara, kitorang turun ke bawah balik sebab Sis Lin dan yang lain-lain belum ronda kat aras bawah lagi. Saya siap beli durian Sabah sebiji masa tu, RM7 aje sebiji. Menunggu jugak nak makan sekali dengan diorang, tapi macam lambat lagi aje diorang nak siap. Sampai terjatuh tergolek dog durian tu terkena ibu jari kaki. Petanda kena makan cepat-cepat. Hahaha!
Tapi bila bukak, kecewa sedikit sebab acik tu cakap durian oren, tapi dalamnya durian putih biasa. Haiyooo, tak jujur acik ni berniaga. Tak pe lah, walaupun putih, sedap jugak berasa duriannya. Makan tepi laut sebelah hotel sebab tak boleh bawak masuk dalam kan. Tu pun kena makan cepat-cepat sebab dah kena balik bilik pack barang untuk checkout. Sampai bilik, bukak stokin. Habis berdarah ibu jari kaki kena durian tergolek 😭
Nak kena pack masuk dalam beg |
Nanti kita sambung lagi cerita Sabah ya.
Ada lagi beberapa tempat menarik yang belum sempat kita share.
Tunggu tau!
Pasar Umum Sandakan @ Sandakan Central Market
Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan, Sandakan
Buka: Setiap hari 3 pagi - 7.30 malam
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 Sabah
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
14 Comments
Nasib Sis ko takde laa pulak teringin nak makan durian Sabah, kalau yang Udang Merah tu nak gak hehehe sian Sunah..
ReplyDeleteLegaaa oiii dh siap semua post Sabah schedule, boleh holiday dengan gumbiranya!!!
sebenarnya, bila saya sebut durian sabah tu, maksudnya segala jenis durian merah, oren, kuning tu la..bukan durian biasa...
Deleterasa macam rugi plak tak beli ikan bilis, duit dah tinggal doploh tu satu hal, kat umah ada sekilo ikan bilis sabah tak bersiang lagi, hihi.
ReplyDeleteaiyokk...banyak lagi kat umah tu..hahahah..saya pun tak siang lagi...
DeleteHaritu kawan Mak Mertua bagi ikan bilis dari Sabah. Memang sedap dan rangup! :)
ReplyDeleteyaa...hari tu da goreng juga..pelik kenapa lama sangat nak garing...rupanya dah garing dah, bila angkat, dan tuskan minyaknya, dia akan jadi garing sendiri di luar..
Deletemurahnyaaa ikan bilis. menangis baca sbb hritu pegi pangkor mahai huhuhu... Aduhhh sakitnya kena timpa durian tu... Hopefully skrg dah okay lah kan kakinya adehh
ReplyDeletetu la...memula ingat mahal la reganya...murah aje rupanya..alhamdulillah, kaki da ok
Deletesunah biru ke mata ikan bilis tu ..x nampak biru pun.. ala sabor la eh kena tipu dgn acik. kalo ke sana wajib try durian merah
ReplyDeleteya kak..biruuu...dia light blue, light sangat...kalo kak wani dekak, boleh kasi tunjuk...hahahaha
DeleteSedap juga isinya walau tak merah. Terima kasih ye saya pun tumpang kenyang melantak durian.. heee. Btw, ikan filipina tu sedapppp. ikan bilis mata biru tak goreng lagik
ReplyDeletekalo ko goreng ikan bilis tu, kejap je tau...jangan lama sangat...sebab dia da goreng dulu...
Deletebestnya beli barang dapur yang banyak pilihan dan terbaik ni. kalau ada peluang tu memang tak lepaskan peluang memborong kan
ReplyDeleteye az..betul tu!
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com