Ticker

6/recent/ticker-posts

Bermalam di Tabin Wildlife Resort, Lahad Datu, Sabah

Bermalam di Tabin Wildlife Resort, Lahad Datu, Sabah | Hari pertama di Sabah, lepas landed di airport Tawau, saya dan rakan-rakan terus ke Lahad Datu. Singgah makan dulu di Restoran Dovist sebelum memulakan perjalanan sejauh 45 km ke Tabin Wildlife Reserve.



Kalau dari Tawau, dalam 4 jam juga total perjalanannya. Macam mo pergi KL dari Johor bha kan? Haha! Sebab ape 45 km perjalanan boleh jadi lama gila? Sebab jalannya yang tak bertar, cuma berbatu kerikil, menyebabkan kenderaan terpaksa bergerak perlahan. Perasaan saya macam travel around Lake Toba beberapa tahun lepas. Tak ada jalan lain untuk ke sini, memang kena lalu jalan berbatu kerikil tu untuk masuk ke dalam Rizab Hidupan Liar Tabin.


Sepanjang perjalanan, nampak banyak ladang kelapa sawit tepi-tepi jalan. Rasa macam tengah naik kereta kat Johor pun ada. Beberapa kali juga saya tertidur sebab terlalu mengantuk dan penat. Malam sebelumnya saya tak tidur, berjaga di airport sebab flight awal pagi dari KL ke Tawau. Bila sampai depan gate Tabin Wildlife Sdn. Bhd., hati sedikit gembira. Tapi rupanya perjalanan lagi 10 km dari gate tu ke Tabin Wildlife Resort kat dalam. Jalan pun masih berbatu kerikil lagi sampai lah satu tempat tu dah ok sikit jalannya.

Alhamdulillah, sampai pun.


Kitorang disambut mesra oleh staff resort, dan ada welcoming drinks dari lemongrass. Sedap dan menyegarkan. Sebelum check in, kena isi satu borang khas macam perjanjian la, kalau ada apa-apa berlaku yang di luar dari pemantauan resort guide dan sebab dari kita sendiri yang langgar peraturan dalam resort, segala risiko kena tanggung sendiri. Haa, jangan nak memandai-mandai tau dalam hutan hidupan liar ni!


Lepas tu, kitorang dibahagikan ikut bilik masing-masing. Tabin Wildlife Resort ni adalah satu-satunya resort yang ada kat Tabin Wildlife Reserve. Resort ni ada 20 unit penginapan. 10 unit di atas sungai, lagi 10 unit di atas bukit. Setiap unit penginapan dilengkapi dengan twin-bedded, double-bedded atau triple bedded dengan bilik air, shower air panas, pendingin hawa, kipas siling dan balkoni sama ada menghadap hutan di lereng bukit atau sungai Lipad. Saya dan Rosila dapat bilik yang menghadap sungai.


Masuk aje dalam bilik, wowww! Cantik sangat biliknya! Setiap banglo diperbuat daripada kayu balak asli Borneo, memang nampak sangat elegan dengan kaler kayu asal tanpa cat berwarna-warni. Biliknya sangat luas, dengan segala bunyian dari alam semulajadi. Bukak aje pintu balkoni, memang terus nampak sungai Lipad kat depan mata. Guide kata boleh mandi kat dalam sungai tu, tapi kat bahagian bukit sana sikit kalau nak mandi.




Kalau ambil pakej kat Tabin ni, diorang akan sertakan sekali dengan makan minum. Kitorang berkesempatan jugak la makan malam dan sarapan pagi di Sunbird Cafe dia. Tengah-tengah makan tu, tiba-tiba blackout. Tapi kitorang tak panik sangat sebab dah diberitahu awal-awal, generator akan ditukar pada masa-masa tertentu. Masa ditukar tu, seluruh resort akan blackout sekejap dalam 2 - 3 minit.


Yang kelakarnya, disebabkan generator change ni lerrr tengah tidur malam kat resort, tiba-tiba blackout. Sedar-sedar je dah berpeluh sebab lupa bukak kipas 😂 Patut la panas semacam ajeee sebab aircond dia kalo da tertutup, kena bukak balik manually. Memalam pukul 1 tu lerr seketul Sunah bangun bukak aircond, lepas tu terkejut beruk sebab ada bunyi hidupan liar menyapa dari balkoni. Coiiii sangat! Si Rosila nyenyak kemain tidur. Hahaha!

Kenapa tidur dalam hutan?

Ada lah sebabnyaaa. Untuk pengetahuan uols, kat Tabin Wildlife Reserve ni ada macam-macam aktiviti menarik yang uols boleh buat tau! Antara yang sempat saya join kat sini adalah:
  1. Melawat Tabin Visitor Centre
  2. Melihat hidupan liar dalam Night Safari
  3. Jungle-trekking di hutan Tabin
  4. Bermain lumpur di Mud Volcano

Nanti dalam entri seterusnya saya share lebih lanjut ek semua aktiviti kat atas ni!

Bye!

Tabin Wildlife Resort

Location:
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah, Malaysia
5° 11' 15.35" N 118° 30' 8.47" E

Telephone:
+6 088 267266

Facsimile:
+6 088 258266

General Email:
enquiry@tabinwildlife.com.my

Website:

Facebook:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association

Post a Comment

14 Comments

  1. Walaupun dalam hutan, tapi takde nyamukkannn...

    ReplyDelete
  2. Bestnya tempat nih, macam2 aktiviti ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp...nanti tunggu tau entri kul 3 petang, kita share pasal aktiviti menarik kat tabin ni

      Delete
  3. Mana gambar roommate akak kat sini. hmmmmmm >__<

    ReplyDelete
  4. Cantik2 gambar sunah.. tgk bilik tu terasa nak pergi je.. cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, cantik biliknya...saya doakan moga suatu hari nanti mamapp pun ada rezeki untuk ke sana...ameen

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com