11 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan di Tabin Wildlife Reserve, Lahad Datu, Sabah | Kalau dah duduk kat Tabin Wildlife Resort tu, wajib la buat aktiviti yang berkaitan kat Rizab Hidupan Liar Tabin. Rugi kalau duduk saje tanpa join apa-apa aktiviti. Terlalu banyak yang boleh kita buat kalau duduk sana lebih dari dua hari. Tak percaya ke? Haa, sila baca sampai habis!
Rizab Hidupan Liar Tabin telah diwartakan pada tahun 1984 di bawah Enakmen Hutan,1968 dan dikategorikan sebagai Hutan Simpan Kelas VII. Rizab ini mempunyai keluasan kawasan 120,521 hektar dan merupakan kawasan dilindungi (Protected Area) yang paling besar di Negeri Sabah. Rizab ini merupakan Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Kewujudan Rizab Hidupan Liar Tabin ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk melindungi dan memelihara hidupan liar khususnya mamalia besar terancam seperti Badak Sumatera.
Selain dari usaha Jabatan Hidupan Liar menjalankan program-program konservasi hidupan liar, terdapat dua program atau projek yang sedang dilaksanakan oleh jabatan dengan kerjasama NGO di Rizab Hidupan Liar Tabin iaitu “Orangutan Post-Release Monitoring” yang dijalankan oleh UK Appeal dan Borneo Rhino Sanctuary (BRS) yang dijalankan oleh BORA (Borneo Rhino Alliance).
Kalau uols datang ke sini, berikut adalah antara aktiviti yang boleh uols buat:
1. Melawat Tabin Visitor Centre
Kat Tabin Visitor Centre, uols boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Tabin Wildlife Reserve dan hidupan liar yang mendiami hutan simpan ni. Uols juga akan bertemu dengan si Putung, seekor badak Sumatera yang kudung sebelah kaki depannya, telah mati kerana kanser mulut, kemudian diawet untuk disimpan di pusat pelawat ni. Kat pusat ni juga ada peta besar yang menunjukkan jejak hidupan liar di Tabin Wildlife Reserve yang boleh jadi panduan kepada pencinta haiwan untuk mencari peluang bertemu dengan haiwan-haiwan tersebut.
2. Melawat Trogon Hall Gallery
Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Tabin Wildlife Reserve dan hidupan liar di dalamnya kat sini. Ada fossil tengkorak gajah dan juga beruk dipamerkan kat sini. Lebih banyak mengenai unggas dan serangga juga boleh didapati kat sini. Segala aktiviti di Tabin Wildlife Reserve pulak dibingkaikan dalam gambar pada dinding galeri dari sebelum tahun 2005 lagi.
2. Melawat Trogon Hall Gallery
Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Tabin Wildlife Reserve dan hidupan liar di dalamnya kat sini. Ada fossil tengkorak gajah dan juga beruk dipamerkan kat sini. Lebih banyak mengenai unggas dan serangga juga boleh didapati kat sini. Segala aktiviti di Tabin Wildlife Reserve pulak dibingkaikan dalam gambar pada dinding galeri dari sebelum tahun 2005 lagi.
3. Melihat hidupan liar dalam Night Safari
Jangan biarkan malam uols kosong kat sini. Ikuti Night Safari menaiki trak khas resort bersama guide yang akan menerangkan tentang hidupan liar aktif pada waktu malam (nocturnal animals). Kagum betul dengan kitorang punya guide, Mawi, yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan luas mengenai hidupan liar. Alert betul dia dengan gerakan dan bunyi-bunyi haiwan di sekeliling walau dalam kegelapan. Laju aje lampu spotlight dia menangkap kelibat tupai terbang kat atas pokok, burung hantu yang tengah tidur, kucing leopard Borneo yang tengah cari makanan dan macam-macam lagi yang kitorang jumpa. Thanks so much Mawi untuk semua pengalaman ni!
4. Jungle-trekking di Hutan Simpan Tabin
Pagi-pagi, bersiap sedia untuk jungle-trekking di hutan Tabin untuk belajar mengenai hidupan liar. Ikut aje guide depan uols dan dengar setiap maklumat yang dia sampaikan. Masa ni lah kitorang kenal tahi cacing, pelik betul rupanya. Dan juga cara untuk survive dalam hutan kalau tersesat, semua Mawi share dengan senang hati. Paling menarik, jangan terlepas melihat kesan tapak kaki hidupan liar yang lalu kawasan trekking uols. Kitorang ternampak kesan tapak kaki gajah hari tu, besar tiga kali ganda dari tapak kaki ku ini. Haha! Kalau bernasib baik, uols akan terserempak dengan kancil dan beruk yang keluar cari makanan pagi-pagi.
5. Bermain lumpur di Lipad Mud Volcano
Tabin Wildlife Reserve terkenal dengan gunung berapi lumpurnya yang menjadi pusat tumpuan hidupan liar yang mencari mineral garam. Sebenarnya, kesan tapak kaki hidupan liar dalam jungle-trekking kat atas tu, adalah tapak kaki hidupan yang keluar cari "salt-licks" sebab kitorang buat jungle-trekking di Lipad Mud Volcano trails. Lumpur yang membuak keluar dari dasar bumi sejak bertahun lamanya ni sangat kaya dengan mineral dan baik untuk kulit. Cuba lah sapu sedikit pada muka dan kulit, biarkan mengering sendiri sebelum dibasuh.
6. Mandi-manda di Air Terjun Lipad
Bila dah bermain lumpur kat Lipad Mud Volcano, jungle-trekking semula keluar dari trails dan pergi ke Lipad Waterfalls untuk bersihkan diri uols. Mesti best mandi-manda kat air terjun lepas penat menapak dalam hutan tebal. Tapi malangnya kami tak sempat buat aktiviti ni sebab masa dah suntuk sangat. Insya'Allah nanti nak pergi lama sikit, nak lengkapkan dengan mandi-manda pulak! Haha!
7. Menjejaki hidupan liar dalam Night Walk
Kalau tadi kita jejaki hidupan liar dalam trak khas resort, kali ni kita jejaki hidupan liar dengan berjalan kaki pulak. Sediakan torch light dan ikut aje nature guide uols masuk hutan dalam kegelapan malam. Ini pun tak sempat buat, ye lahhhh tidur sana satu malam ajeee 😂
8. Keluar waktu Subuh menjejaki hidupan liar dan unggas
Masa kitorang nak keluar jungle-trekking dan gi mud volcano, ada trak lain yang dah balik dari Dawn Drive. Perghhh, pukul berapa agaknya diorang keluar ek? Kalo kitorang sampai awal semalamnya, mesti pagi tu sempat juga keluar subuh-subuh nak tengok hidupan liar dan beburung keluar cari makan. Mesti cantik sangat pemandangan hutan masih dihujani embun sejuk.
Kalau perati betul-betul, atas pokok tinggi takde daun tu ada burung Kingfisher melebarkan sayap dia |
Pig-tailed macaque a.k.a beruk |
9. Tabin Rainforest Herbal Foot Soak
Kalau ada peluang, boleh buat Herbal Foot Soak kat rumah khas dalam Tabin Wildlife Reserve ni. Kira macam spa lah tapi untuk rawatan kaki aje. Segala jenis herba khas dari hutan hujan Borneo akan dimasukkan ke dalam besen yang mengandungi air panas sebelum kaki uols direndam dalam tu. Fuhhh, nikmatnya sambil tutup mata dengar muzik semulajadi alam.
10. Menikmati keindahan Tabin di Jambatan Gantung
Ada satu jambatan kat Tabin Wildlife Resort ni yang tergantung merentas Sungai Lipad. Uols boleh menapak sepanjang jambatan ni untuk tengok keindahan hutan dan sungai di bawahnya. Ambil lah gambar banyak-banyak sebagai kenangan. Tapi sebenarnya, jambatan gantung ni lebih kepada untuk Orang Utan lintas sungai tau, diorang kan tak pandai berenang.
11. Buat sendiri Mud Certificate guna lumpur dari Mud Volcano
Antara aktiviti wajib sebelum uols checkout dari Tabin Wildlife Resort, buat Mud Certificate guna lumpur dari Mud Volcano sebagai kenangan. Nanti boleh dibingkaikan untuk tunjuk kepada anak cucu sebagai bukti uols dah jejak ke hutan simpan terbesar di Sabah.
Apa yang perlu dibawa kalau nak join aktiviti di Tabin Wildlife Reserve?
Binoculars, insect repellent, long sleeve shirts and long pants, raincoat/windbreaker, sun hat, swim wear, comfortable trekking shoes, torch light, water bottle, personal toiletries and leech socks. Leech socks ada dijual di kedai cenderahati resort di Tabin Visitor Centre.
Tu antara yang sempat saya fikirkan. Ada banyak lagi sebenarnya yang boleh uols buat sepanjang kat sini. Nak baring-baring malam sambil tengok bintang kat langit keee, nak memancing dalam sungai Lipad keee, eh boleh ke ek? Sukahati aku ajeee. Hahaha!
Ok lah, kalo uols berminat nak join segala aktiviti hutan kat Tabin Wildlife Reserve, uols boleh check pakej kat website dia tau!
Tabin Wildlife Reserve
Location:
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah, Malaysia
5° 11' 15.35" N 118° 30' 8.47" E
Telephone:
+6 088 267266
Facsimile:
+6 088 258266
General Email:
enquiry@tabinwildlife.com.my
Website:
Facebook:
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 Sabah
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
13 Comments
Tak puas menginap di Tabin! Harap boleh ke sana lagi
ReplyDeletemudah2an ada rezeki ke sana lagi!
Deleteinsyaallah...satu hari nanti memang nak bawa anak anak melancong ke sabah. tunggu yang kecik tu faham bahasa dulu...sekarang fasa tak boleh dilarang...ckp hepppp aje pun nangis guling2
ReplyDeletehahahah...iya, tunggu besar sikittt..nanti best sebab diorang pun da boleh ingat sampai besar...
Deletewahhh.. banyak aktiviti ye kak situ..syoknya night walk, mandi air terjun..
ReplyDeleteya kak...syokkk...tapi tak sempat pun mandi air terjun...hahahah
DeleteBest ye mcm2 aktiviti Boleh buat Kat sini
ReplyDeleteya mamapp..tu baru 11, ada banyak lagi sebenarnya kalo kita dapat stay lebih lama...
DeleteBestnyaa awak pergi bercuti di Sabah...teringin juga nak ke sana hehehehe
ReplyDeletemengada nyeee awak niii...dalam gambar tu sape haaaaaa
DeleteWahhh bestnyaaa,
ReplyDeleteTak bosan kat sini sebab banyak sgt aktiviti, dalam masa yg sama dpt have fun dgn kwn kwn atau family.
Nice sharing, tq kak hehe
ya farah...one day, pergi la tau dengan kawan2 or family...serius best...akak da rindu tempat ni!
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com